Wednesday, 20 November 2013

Trans Titiwangsa V1 (versi malas menaip)

Salam Gunung!
 
Diperam-peram kerana sibuk & belum ada mood untuk menulis panjang-panjang. So ada kesempatan sebelum terlupa, mari mengarang apa adanya.
 
Hari pertama.
Minggu yang sangatlah sibuk bagi aku. Risau sebab cuti macam x lepas.. Alhamdulillah, kena cuti satu daerah pada hari Jumaat, 1hb November 2013 tu. So, 31hb Oktober 2013 bersamaan hari Khamis petang pukul 2.30, aku pun bawak diri ke KL naik bas. Janji dengan group jumpa di KL Sentral jam 8.00 malam. Dalam bas hujan gerimis sekejap2. Ahhh..dengar lagu..
 
Sampai TBS. Singgah solat then ambil komuter ke KL Sentral. Sementara tunggu komuter, Fendi Lipis telefon. Tanya aku di mana. Terus dalam komuter (bayar RM1 ke KL Sentral, selalu lupa harga tambang ni walaupun berulang kali naik sebelum2 ni). Oh ya, pada petang yang sama flak Kerinchi tempat kakak tinggal tu, terbakar. Alhamdulillah selamat bukan area tingkat rumah dorang.
 
Sampai KL Sentral mcm biasalah, ramai orang tapi belum sesak. Naik ke food court, terus ternampak Eddy, Fendi, Hanif n kawan2 group yang akan sama2 naik sekali. Aku makan nasi. Lapar. Pastu siap2 makan, turun ke bawah. Tunggu train ke Ipoh. Train pukul 9.30 malam. Senandung apa ntah namanya. Lupa. Bukan Dayang Senandung. Dalam 9.45 mlm (bantai), tren bergerak ke Ipoh. Zzz..dengar lagu. Kawan2 baru ada yang berborak2. Aku layan lagu layan telinga layan mata. Sejuk. Sweater pula lupa bawak! Habislah. Nasib x sejuk sangat aircond tren tu.
 
Entah pukul berapa sampai di Stesen KTM Ipoh. 2 pagi? Entah. Kemas2 beg then lelap dalam surau. Bangun subuh. Then dalam pkul 7, van datang kutip kami terus pergi sarapan. Hehe..aku tau jalan ni sebab pernah lalu masa 1st naik 2011 dulu. Hehe. Singgah makan di gerai2 tepi jalan otw ke empangan di Ulu Kinta. Siap bungkus makan tengah hari. Selebihnya kalau rajin aku edit tambah. Sekarang masukkan gambar. 5hari 4malam..banyak cerita ni..malas satu hal mahu mengarang. Lapar ni!
 
 





 
*KALAU rajin aku update dan buang sawang2 ok.
 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...