Monday, 28 January 2013

Penang Januari

Alhamdulillah.

Menghampiri penghujung Januari 2013. Cepat, kan masa berlalu! 

Hari ini, saat dan tika ini aku berada di Desasiswa Aman Damai, Universiti Sains Malaysia. Menginap di sini atas keperluan Kursus Intensif RPPJJ bagi tahun ke-2. Tahun lepas kami di tempatkan di Desasiswa Restu (blok yang agak jauh) tetapi kali ini kami berada di blok yang lebih dekat. Mudah pergerakan kami.
Alhamdulillah, Dia mempermudahkan urusan2ku di sini setakat ini.
Kawan-kawan yang baik dan sporting pun ramai.
Cuaca panas. Berbahang. Maklumlah, negeri pulau. 
Oh ya, 21hb Jan yang lepas aku bertolak dari Johor ke Pulau Pinang ini bersama2 dengan Faiz. Uuu.. terasa juga jauh perjalanan. 

Ni kawan2 lain keluar pergi fotostat contoh set soalan exam. Aku tinggal dalam bilik sendirian. Berat kaki mahu keluar dengan cuaca2 yang terik macam sekarang ni.

Petang-petang kami pergi ke kolam renang. Beriadah mengisi masa yang agak lapang.
Waktu pagi, aku pergi jogging berseorangan mengelilingi Tasik Fajar dan Tasik Aman. Seronok. (baru dua kali pergi). Esok pagi pergi lagi. Plan hari ni mahu ke Perpustakaan Hamzah Sendut tetapi tutup pula sempena cuti peristiwa Thaipusam kelmarin.

Sabtu 26hb yang lepas aku ke Plaza Gurney. Menonton filem 'The Impossible' yang diadaptasi daripada kisah tsunami sebenar kejadian di Thailand (26 Dis 2004). Ada babak2 yang menyentuh perasaan. Keseluruhannya, 4.2 / 5 . 

Setakat ini kami sudah melepas beberapa slot pembelajaran di sini. Ini gambar-gambar kami semasa menjalankan tugasan untuk subjek Ekologi di Tanjung Asam, Pulau Pinang pada hari Rabu, 23hb Jan yang lepas. Mujur cuaca tidak panas. Kami pun sempat bergambar2 dan sedikit bersukaria :)










Oh hampir terlupa. Hari ke-2 / ke-3 di USM ni, kami (aku dan Nik) sempat singgah di Tasik Aman. Singgah bergambar & bagi makan biawak jinak di kolam ni. Ini kami :)





Ok, rumah di Kulai. Kunci ada pada Zainol. Dia tolong bagi makan ikan2ku yang empat ekor tu. Rindu pulak dengan kucing tua yang aku panggil "WangWang". Sudah jinak dan manja dan terbiasa datang ke rumahku sebab selalu aku bagi makan. Mesti dia tertunggu2 aku buka pintu & tuangkan keropoknya dalam bekas. Ahhh banyak kerja di sini. Kerja pun angkut sampai ke Penang ni. Banyak kerja perlu diselesaikan tetapi tidur jugaklah yang paling best.

Ok, mari kita mulakan belajar dengan penambahbaikan semangat!! Ayuh bersemangat!!

Kami merancang untuk singgah berjalan2 di KL pada 8hb Feb nanti. Minggu depannya cuti Tahun Baru Cina. Mungkin aku akan ke tempat kakak. Rindu dengan kakak. Kelmarin telefon mak. Alhamdulillah semua ok. Harap semua baik. Aku mahukan yang terbaik. Tuhan, kurniakan aku hambaMu yang baik2 dan yang terbaik. Amiin.

** Desa Siswa Aman Damai, K02 / 105.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...