Sunday, 6 January 2013

Minggu Pertama Januari 2013

Tahun Baru 2013.
 
Minggu ini aku hanya bekerja selama tiga hari iaitu mula bekerja hari Rabu (02/01) hingga hari Jumaat (04/01). Satu permulaan yang baik untuk menghadapi hari2 bekerja yang seterusnya. Kelmarin, Sabtu aku datang lagi ke tempat kerja. Kami bergotong-royong membersihkan stor belakang yang aku dalam fikiran aku, penghuni tahun lepas memang pengotor dan bagi aku, there is no point stor tu ada di situ. Hanya menjadi tempat pengumpulan sampah dan habuk. Sekarang stor tu sudah kosong dan denga kuasa yang ada, aku MENGHARAMKAN budak-budak masuk ke dalam tu. Tiada urusan! Gerobok dan almari usang di dalam tu pun hanya jadi bahan bakar selayaknya.
 
Esok 07/01 aku mengambil cuti rehat.
Sebab? Temujanji yang telah diaturkan oleh doktor di Klinik Pergigian Kulai bertujuan mencabut third molar / geraham bongsu rahang bawah sebelah kiri. Tiga minggu lepas aku datang buat scaling gigi dan terus mengadu dengan doktor. Rasanya gigi yang serupa sebelah kanan pun perlu dibuang. Akan aku usulkan esok. So esok kena keluar awal ke HSAJB kerana temujanji pada pukul 8.30 pagi. Faham2lah JB jalan pagi mesti sesak.
 
Lebih kurang dua minggu lagi kami akan berangkat ke USM, Pulau Pinang untuk menghadiri Kursus Intensif RPPJJ. Sama seperti tahun lalu, aku akan memandu. Bezanya kali ni aku akan bersama Faiz.
 
Semoga urusan seharian dipermudahkan. Amiin.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...