Wednesday, 20 November 2013

Trans Titiwangsa V1 (versi malas menaip)

Salam Gunung!
 
Diperam-peram kerana sibuk & belum ada mood untuk menulis panjang-panjang. So ada kesempatan sebelum terlupa, mari mengarang apa adanya.
 
Hari pertama.
Minggu yang sangatlah sibuk bagi aku. Risau sebab cuti macam x lepas.. Alhamdulillah, kena cuti satu daerah pada hari Jumaat, 1hb November 2013 tu. So, 31hb Oktober 2013 bersamaan hari Khamis petang pukul 2.30, aku pun bawak diri ke KL naik bas. Janji dengan group jumpa di KL Sentral jam 8.00 malam. Dalam bas hujan gerimis sekejap2. Ahhh..dengar lagu..
 
Sampai TBS. Singgah solat then ambil komuter ke KL Sentral. Sementara tunggu komuter, Fendi Lipis telefon. Tanya aku di mana. Terus dalam komuter (bayar RM1 ke KL Sentral, selalu lupa harga tambang ni walaupun berulang kali naik sebelum2 ni). Oh ya, pada petang yang sama flak Kerinchi tempat kakak tinggal tu, terbakar. Alhamdulillah selamat bukan area tingkat rumah dorang.
 
Sampai KL Sentral mcm biasalah, ramai orang tapi belum sesak. Naik ke food court, terus ternampak Eddy, Fendi, Hanif n kawan2 group yang akan sama2 naik sekali. Aku makan nasi. Lapar. Pastu siap2 makan, turun ke bawah. Tunggu train ke Ipoh. Train pukul 9.30 malam. Senandung apa ntah namanya. Lupa. Bukan Dayang Senandung. Dalam 9.45 mlm (bantai), tren bergerak ke Ipoh. Zzz..dengar lagu. Kawan2 baru ada yang berborak2. Aku layan lagu layan telinga layan mata. Sejuk. Sweater pula lupa bawak! Habislah. Nasib x sejuk sangat aircond tren tu.
 
Entah pukul berapa sampai di Stesen KTM Ipoh. 2 pagi? Entah. Kemas2 beg then lelap dalam surau. Bangun subuh. Then dalam pkul 7, van datang kutip kami terus pergi sarapan. Hehe..aku tau jalan ni sebab pernah lalu masa 1st naik 2011 dulu. Hehe. Singgah makan di gerai2 tepi jalan otw ke empangan di Ulu Kinta. Siap bungkus makan tengah hari. Selebihnya kalau rajin aku edit tambah. Sekarang masukkan gambar. 5hari 4malam..banyak cerita ni..malas satu hal mahu mengarang. Lapar ni!
 
 





 
*KALAU rajin aku update dan buang sawang2 ok.
 

Just Walk Away..

"Just Walk Away"
I know I never loved this way before
And no one else has loved me more
With you I've laughed and cried
I have lived and died
What I wouldn't do just to be with you..

I know I must forget you and go on
I can't hold back my tears too long
Though life won't be the same
I've got to take the blame
And find the strenght I need to let you go..

Just walk away
Just say goodbye
Don't turn around now you may see me cry
I mustn't fall apart
Or show my broken heart
Or the love I feel for you..

So walk away
And close the door
And let my life be as it was before
And I'll never never know
Just how I let you go
But there's nothing left to say
Just walk away

There'll never be a moment I'll regret
I've loved you since the day we met
For all the love you gave
And all the love we made
I know I've got to find the strenght to say

Just walk away
Just say goodbye
Don't turn around now you may see me cry
I mustn't fall apart
Or show my broken heart
Or the love I feel for you

So walk away
And close the door
And let my life be as it was before
And I'll never never know
Just how I let you go
But there's nothing left to say
Just walk away..

Tuesday, 1 October 2013

Selamat Datang Oktober!


Sedang berusaha cuba menonton secara online China Open between Serena Williams & Francesca Schiavone tapi tidak berhasil!

Ok, Oktober sudah mari.

Misi YYBTN dah settle. Alhamdulillah! View memuaskan.
Langkawi dah settle. Beli coklat makan coklat nyam3 wink wink best Langkawi jumpa tuuuttt. Haha. Jumpa cable car! Gayat tapi seronok! Nyaman!

Next is Trans Titiwangsa V1 untuk route Puncak Korbu, Puncak Gayong dan Puncak Yong Belar. Will be on 1st - 5th Nov 2013. Inshaa Allah!

Kuliah, esaimen dah start. Yahoo.

Bulan 11 @ 12 ni kena ke Penang pulak! Amali untuk Animal Physiology. Yeayyy. Buat2 suka walaupun memikirkan, alahai jauhnya hendak memandu nanti.
Borong jeruk pulak nanti. Hehe.

Internet ni laju la pulak! Menakutkan.

Telefon mak kelmarin. Alhamdulillah semua OK!

Kerja banyak! Yeayyy. Buat2 suka. Lagi. Haha.

Ok sekian untuk kali ini.

Salam sayang..xxx!!!

Tuesday, 3 September 2013

Salam September!


Uuuuuuuu berkuruuuuunnn tiada menyapa di sini.
Hai..hai..hai..

Kesibukan sentiasa melanda.

UPSR minggu hadapan 10-12 September 2013.
Ni sedang sibuk menyiapkan Kertas Kerja Perkampungan UPSR.
Bajet oh bajet..

Then by 13th ke Yong Yap Bubu Tok Nenek. Yahoo. Excited to be there!

On 23rd pulak ke Langkawi. Zzz..penatnya..

Kuliah sidang baru pun start.

Puasa, Raya, Pulang Kampung.
Rugi x update blog untuk bulan2 yang lepas. Hmmm.

Macam-macam.

Happy! :)

Monday, 22 July 2013

Sudirman Hj.Arshad - One Day In You Life

One Day in Your Life - Michael Jackson

One Day In Your Life - MJ

Writer(s):Brown, Sam, Iii / Armand, Renee

One day in your life
You'll remember a place
Someone touching your face
You'll come back and you'll look around, you'll

One day in your life
You'll remember the love you found here
You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day


One day in your life
When you find that you're always waiting
For a love we used to share
Just call my name, and I'll be there
You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day

One day in your life
When you find that you're always lonely
For a love we used to share
Just call my name, and I'll be there.


Sedihnya lagu..alahai..!
*credit : www.lyrics007.com

Tuesday, 21 May 2013

Mei..!

Assalamualaikum..!

Lama tidak masuk ke sini dan berpotpet2.

Kerja..bermain tenis..kerja..berenang..merayap sikit2..jalan2..

Rindu naik gunung...rindu hiking.. 2013 ialah tahun gantung beg buat sementara.

Lagi dua minggu final exam. Berusaha!!!

Cuaca tidak menentu.

Kurang daripada dua bulan untuk sampai ke bulan Ramadhan.

X sabar balik kampung.

Letih. Mengantuk. Happy. Excited. Ahhhh!!!


All the best.

Alhamdulillah!!!

Monday, 28 January 2013

Penang Januari

Alhamdulillah.

Menghampiri penghujung Januari 2013. Cepat, kan masa berlalu! 

Hari ini, saat dan tika ini aku berada di Desasiswa Aman Damai, Universiti Sains Malaysia. Menginap di sini atas keperluan Kursus Intensif RPPJJ bagi tahun ke-2. Tahun lepas kami di tempatkan di Desasiswa Restu (blok yang agak jauh) tetapi kali ini kami berada di blok yang lebih dekat. Mudah pergerakan kami.
Alhamdulillah, Dia mempermudahkan urusan2ku di sini setakat ini.
Kawan-kawan yang baik dan sporting pun ramai.
Cuaca panas. Berbahang. Maklumlah, negeri pulau. 
Oh ya, 21hb Jan yang lepas aku bertolak dari Johor ke Pulau Pinang ini bersama2 dengan Faiz. Uuu.. terasa juga jauh perjalanan. 

Ni kawan2 lain keluar pergi fotostat contoh set soalan exam. Aku tinggal dalam bilik sendirian. Berat kaki mahu keluar dengan cuaca2 yang terik macam sekarang ni.

Petang-petang kami pergi ke kolam renang. Beriadah mengisi masa yang agak lapang.
Waktu pagi, aku pergi jogging berseorangan mengelilingi Tasik Fajar dan Tasik Aman. Seronok. (baru dua kali pergi). Esok pagi pergi lagi. Plan hari ni mahu ke Perpustakaan Hamzah Sendut tetapi tutup pula sempena cuti peristiwa Thaipusam kelmarin.

Sabtu 26hb yang lepas aku ke Plaza Gurney. Menonton filem 'The Impossible' yang diadaptasi daripada kisah tsunami sebenar kejadian di Thailand (26 Dis 2004). Ada babak2 yang menyentuh perasaan. Keseluruhannya, 4.2 / 5 . 

Setakat ini kami sudah melepas beberapa slot pembelajaran di sini. Ini gambar-gambar kami semasa menjalankan tugasan untuk subjek Ekologi di Tanjung Asam, Pulau Pinang pada hari Rabu, 23hb Jan yang lepas. Mujur cuaca tidak panas. Kami pun sempat bergambar2 dan sedikit bersukaria :)










Oh hampir terlupa. Hari ke-2 / ke-3 di USM ni, kami (aku dan Nik) sempat singgah di Tasik Aman. Singgah bergambar & bagi makan biawak jinak di kolam ni. Ini kami :)





Ok, rumah di Kulai. Kunci ada pada Zainol. Dia tolong bagi makan ikan2ku yang empat ekor tu. Rindu pulak dengan kucing tua yang aku panggil "WangWang". Sudah jinak dan manja dan terbiasa datang ke rumahku sebab selalu aku bagi makan. Mesti dia tertunggu2 aku buka pintu & tuangkan keropoknya dalam bekas. Ahhh banyak kerja di sini. Kerja pun angkut sampai ke Penang ni. Banyak kerja perlu diselesaikan tetapi tidur jugaklah yang paling best.

Ok, mari kita mulakan belajar dengan penambahbaikan semangat!! Ayuh bersemangat!!

Kami merancang untuk singgah berjalan2 di KL pada 8hb Feb nanti. Minggu depannya cuti Tahun Baru Cina. Mungkin aku akan ke tempat kakak. Rindu dengan kakak. Kelmarin telefon mak. Alhamdulillah semua ok. Harap semua baik. Aku mahukan yang terbaik. Tuhan, kurniakan aku hambaMu yang baik2 dan yang terbaik. Amiin.

** Desa Siswa Aman Damai, K02 / 105.

Sunday, 6 January 2013

Minggu Pertama Januari 2013

Tahun Baru 2013.
 
Minggu ini aku hanya bekerja selama tiga hari iaitu mula bekerja hari Rabu (02/01) hingga hari Jumaat (04/01). Satu permulaan yang baik untuk menghadapi hari2 bekerja yang seterusnya. Kelmarin, Sabtu aku datang lagi ke tempat kerja. Kami bergotong-royong membersihkan stor belakang yang aku dalam fikiran aku, penghuni tahun lepas memang pengotor dan bagi aku, there is no point stor tu ada di situ. Hanya menjadi tempat pengumpulan sampah dan habuk. Sekarang stor tu sudah kosong dan denga kuasa yang ada, aku MENGHARAMKAN budak-budak masuk ke dalam tu. Tiada urusan! Gerobok dan almari usang di dalam tu pun hanya jadi bahan bakar selayaknya.
 
Esok 07/01 aku mengambil cuti rehat.
Sebab? Temujanji yang telah diaturkan oleh doktor di Klinik Pergigian Kulai bertujuan mencabut third molar / geraham bongsu rahang bawah sebelah kiri. Tiga minggu lepas aku datang buat scaling gigi dan terus mengadu dengan doktor. Rasanya gigi yang serupa sebelah kanan pun perlu dibuang. Akan aku usulkan esok. So esok kena keluar awal ke HSAJB kerana temujanji pada pukul 8.30 pagi. Faham2lah JB jalan pagi mesti sesak.
 
Lebih kurang dua minggu lagi kami akan berangkat ke USM, Pulau Pinang untuk menghadiri Kursus Intensif RPPJJ. Sama seperti tahun lalu, aku akan memandu. Bezanya kali ni aku akan bersama Faiz.
 
Semoga urusan seharian dipermudahkan. Amiin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...