Friday, 28 December 2012

Selamat Tinggal Kenanganku..2012

Ya Tuhan
Alhamdulillah
Lagi dua hari tahun 2012 bakal berlalu pergi
Terasa pantasnya masa pergi

Ini catatan yang pertama dan terakhir untuk Disember 2012.

Bermula pada 17hb Disember yg lalu, aku telah pun mula bekerja setelah menjalani cuti selama lebih kurang sebulan setengah.
Waktu cuti yang sempat aku luangkan untuk menikmati trip ke Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat bersama rakan-rakan daripada Budak Cap Ayam.
Aku juga dapat menunaikan hajat hati untuk sekian kalinya, buat kali ke-2, mengulangi semula perjalanan selama 2 hari 1 malam ke Temerloh, Pahang.
Segalanya sama walaupun situasi cukup berbeza kerana kali ini lebih tenang setelah tahu arah tuju hendak ke mana sepanjang berada di Bandar Ikan Patin itu. Sempat mengunjungi Pekan Sari Temerloh. Buat kali ke-2 juga melawat gajah-gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Lanchang. Hampa kerana masih belum berpeluang untuk mandi bersama gajah-gajah di sana. Sempat bertemu dengan Kak Elis untuk mengambil kek yang aku tempah dua hari awal sebelum sampai ke sana. Juga berkesempatan melawat Tasik Bera yang indah dan mendamaikan.

Cuti ini juga sempat ke Melaka beberapa kali atas tujuan urusan amali dan ujian lisan PJJ.

Akhir-akhir cuti iaitu pada Sabtu - Selasa lepas, sempat menerima kunjungan Azmi sahabat sejak zaman belajar di maktab. Membawa Azmi berjalan-jalan sekitar sini. Kami sempat ke JPO dan Pasar Karat. Jalan-jalan biasa.

Juga sempat masuk ke Legoland buat kali ke-2 (kali pertama bersama Ust.Zul lebih kurang empat minggu lepas) dan Sabtu lepas bersama sahabat Ai dan keluarganya. 

2012 lebih kurang tahun all-out untuk outdoor gunung bagi aku. Banyak ikut trip dengan kawan-kawan dan paling manis sudah tentu trip ke Air Terjun Lansir di Dungun, Terengganu semasa menikmati kemeriahan Syawal yg lepas. Seronok kami bermain air, makan lemang cicah serunding dan menikmati bunga api pada malam hari.

2012 mengajar untuk menjadi lebih tabah dan terus tabah.

Alhamdulillah, Dia telah memberi aku begitu banyak peristiwa manis dan kesenangan sepanjang tahun ini.

Mengharap kebahagiaan, kesenangan dan kejayaan berganda untuk 2013.

2013, aku akan menyahut cabaran!

1 comment:

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...