Saturday, 6 October 2012

Selamat Datang Oktober!

Subhanallah, Alhamdulillah La Ilahaillallah Allahuakbar..!

Sedar dan sedar, sudah pun masuk dalam bulan yang ke-10 bagi tahun 2012.

Bulan ini agak sibuk dengan urusan untuk menyelaraskan Perkhemahan Unit Beruniform. Kertas projek sudah pun di hantar kepada Ketua Jabatan @ Guru Besar. Cuma bahagian perbelanjaan yang masih dinanti sumber kewangannya. Andai kewangan 'bagus', maka aktiviti akan berjalan dengan lancar, inshaa Allah. Moga2 aktiviti @ setiap slot yang dirancang akan dapat kami jalankan dengan jayanya. Cari vest, khemah personal & yang berkaitan.

Bab belajar. Pusat Wilayah di Johor Bahru sedang dalam pemindahan @ penempatan semula ke tempat yang masih belum kami ketahui. Disebabkan itu, kami diminta untuk datang ke Pusat Wilayah Melaka di SMK Tinggi Melaka bagi menjalankan tugasan amali. Minggu lepas iaitu pada 29hb September, aku dan Zul datang ke sana untuk menetapkan tarikh perjumpaan bagi menjalankan kerja amali biologi. Dan tadi, baru sahaja sampai dari Melaka selepas kami selesai menjalankan tugasan amali. Pergi berempat dengan menaiki kereta Faiz bersama Zul dan Shafie. Perjumpaan kami untuk pelajar2 Tahun 2 di JB ini ialah pada hari Khamis pukul 8 malam di McD Carrefour (detail kaa?)

Nampaknya cuti hujung tahun ini akan sama juga seperti tahun lepas. Aku tidak merancang untuk pulang ke kampung sebaliknya akan menghabiskan masa di Johor dengan beberapa aktiviti. Sudah tentu bertungkus-lumus menyiapkan tugasan kuliah. Pada 09 November pula inshaa Allah akan menyertai trip ke Chamah & Ulu Sepat dalam masa 6@7 hari. Berkira-kira membeli backpack baharu kerana beg yang sedia ada sudah agak uzur. Pada masa yang sama, hati ini juga mula terpaut2 pada Nexus 7 yang pada hematku agak affordable @ mampu milik. Fikir-fikir dulu. Alhamdulillah mak di kampung sihat2 dan harap2 begitu juga dengan anggota keluarga yang lain.

Baiklah. Esok ada sesi untuk bakar kalori di Perling. Dua minggu tiada hayun raket. Kadang2 perasan jugak dalam kalangan ramai2 kawan yang bermain sama tu, ada yang macam suka under estimate kebolehan orang lain. Ignore kan saja. Tidak penting. Nothing. Tidak menjadi kudis. Hehe.

Agak letih. Malam ini cari kek untuk ulang tahun hari lahirku pada 03hb Julai.. Sambutan yang tertunda.

Inshaa Allah 24hb November ini aku akan menjejakkan kaki lagi di Temerloh. Bermakna hampir genap setahun aku datang ke situ sejak 28hb Nov 2011 yang lalu.
Dengan satu harapan, cuaca pada 24hb itu cerah sehingga remang senja. Menikmati senja di tepian sungai. Cukuplah itu sebagai ingatan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...