Thursday, 25 October 2012

Dipenghujung Oktober

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar!

Bulan Oktober yang agak meletihkan tetapi berbaloi.

1. 10-13 Oktober yang lepas pergi menghadiri Kursus Penyebaran KSSR Dunia Muzik Tahun 3 di SK Indahpura II. Belajar sebab tahun depan kena ajar ikut sistem baru. So, sempatlah belajar main rekoder. Pada masa yang sama iaitu pada 12 & 13 Oktober aku sepatutnya hadir ke Pusat Kokurikulum @Kem Tasek, bersama dengan rakan2 yang lain bertugas utk Perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia. Terpaksa batalkan ke sana atas sebab kursus KSSR itu lebih penting dan tiada pengganti. Alhamdulillah, kursus berjalan dengan lancar. Cuma perlu buat latihan dalaman peringkat sekolah selepas ini.

2. Akhirnya, pada 19-21 Oktober yang lepas, kami berjaya melaksanakan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah. Sebagai penyelaras, aku gembira kerana dapat melaksanakan semua aktiviti mengikut perancangan. Terima kasih kepada rakan2 guru, rakan2 kakitangan sekolah dan pihak2 yang telah memberi sumbangan. Alhamdulillah, program berjalan baik walaupun tetamu yang diundang untuk menyempurnakan majlis - tidak hadir. Yang penting, sumbangan $$$ itu telah sampai..selesai bayaran semua. Alhamdulillah, bebas hutang. Cuma perlu mengedarkan sedikit cenderahati kepada semua AJK. Budak-budak pun seronok sampai ada sorang yang pengsan semasa aktiviti 'Malam Si Pungguk'. Padan muka! Aktiviti berjaya! Haha. Alhamdulillah juga kerana anak2 murid semuanya pulang dengan selamat dan cukup sifat. Hujan, alhamdulillah..bersyukur sangat2 kerana hujan lebat hanya turun semasa majlis penutupan rasmi. Syukur. Post-mortem ringkas - sudah. Laporan perlu disiapkan. Tahun depan turn Pengakap @ Puteri Islam pulak yang organisasikan perkhemahan.

Majlis Penutupan Rasmi. Thn depan mesti lengkapkan pakaian seragam mereka.

3. My Belated Birthday! Hari ini barulah berkesempatan membeli sebiji kek kecil. Hari lahirku yang ke-28! Bakar lilin dan tiup, makan kek. Semoga dipanjangkan umur dan lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Selamat Hari Genap Usia, Arman!
* Kelmarin turun bermain tenis setelah hampir dua bulan tiada memukul bola. Sempat singgah gim walaupun perut kekenyangan selepas membaham nasi lemak Wak Kentut ketika dalam perjalanan pulang dari Perling. Assignment..menunggu.. Esok Hari Raya Aidiladha..layan raya di Kulai saja.. Esok join org buat ibadah Korban. Cuti 5 hari dan kertas2 exam menunggu minta ditanda. Tadi kereta siap servis. Lega. Air minum pun sudah penuh. Haha. Ramai pulak yg tolong isi air dalam botol td. Thanks2.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...