Monday, 29 October 2012

Tutup Akaun Oktober

Hari pertama dtg ke tempat kerja setelah lima hari bercuti.
Perasaan yang biasa. Kerja banyak.
OK, sebenarnya aku sampai hari Ahad jam 10.30 malam. Datang ke rumah bujang tengok tenis.
Tidur pukul 2.30 pagi.
Bangun 6.30 pagi.
Mujur lebih segar sebab hari ini tidak perlu memandu jauh. Lompat katak pun sampai.

Lesu. Bagi hadiah budak2 yg dapat markah tertinggi untuk mata pelajaran sains Tahun 3, 4 dan 5. Harap2 budak2 suka hadiah2 yang mereka dapat.

Masing2 sibuk dengan SPSK. 

Sempat tukar tayar sendiri. Tayar belakang sebelah kiri sudah retak2.
Rim tu jangan cakap. Memang dah lama patut diganti. Tunggu lepas balik dari CUS baru tukar. OTW pulang rumah tadi, dapat call daripada Abg Akmar Pusat Ko. Katanya next week Isnin - Khamis ada Kursus Etiket & Protokol. "Boleh keluar?" Hmmm..minggu akhir persekolahan tu.. Mesti sibuk.. Tengok dulu.

Sedang 'memanggil2' mood untuk menyiapakn tugasan.

Makan. Lapar pulak.

Hari ni skip rutin petang disebabkan aku mengantuk.
Minggu ini mau pergi beli head buff. 

Jadi ular. Yawn.

Thursday, 25 October 2012

Dipenghujung Oktober

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar!

Bulan Oktober yang agak meletihkan tetapi berbaloi.

1. 10-13 Oktober yang lepas pergi menghadiri Kursus Penyebaran KSSR Dunia Muzik Tahun 3 di SK Indahpura II. Belajar sebab tahun depan kena ajar ikut sistem baru. So, sempatlah belajar main rekoder. Pada masa yang sama iaitu pada 12 & 13 Oktober aku sepatutnya hadir ke Pusat Kokurikulum @Kem Tasek, bersama dengan rakan2 yang lain bertugas utk Perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia. Terpaksa batalkan ke sana atas sebab kursus KSSR itu lebih penting dan tiada pengganti. Alhamdulillah, kursus berjalan dengan lancar. Cuma perlu buat latihan dalaman peringkat sekolah selepas ini.

2. Akhirnya, pada 19-21 Oktober yang lepas, kami berjaya melaksanakan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah. Sebagai penyelaras, aku gembira kerana dapat melaksanakan semua aktiviti mengikut perancangan. Terima kasih kepada rakan2 guru, rakan2 kakitangan sekolah dan pihak2 yang telah memberi sumbangan. Alhamdulillah, program berjalan baik walaupun tetamu yang diundang untuk menyempurnakan majlis - tidak hadir. Yang penting, sumbangan $$$ itu telah sampai..selesai bayaran semua. Alhamdulillah, bebas hutang. Cuma perlu mengedarkan sedikit cenderahati kepada semua AJK. Budak-budak pun seronok sampai ada sorang yang pengsan semasa aktiviti 'Malam Si Pungguk'. Padan muka! Aktiviti berjaya! Haha. Alhamdulillah juga kerana anak2 murid semuanya pulang dengan selamat dan cukup sifat. Hujan, alhamdulillah..bersyukur sangat2 kerana hujan lebat hanya turun semasa majlis penutupan rasmi. Syukur. Post-mortem ringkas - sudah. Laporan perlu disiapkan. Tahun depan turn Pengakap @ Puteri Islam pulak yang organisasikan perkhemahan.

Majlis Penutupan Rasmi. Thn depan mesti lengkapkan pakaian seragam mereka.

3. My Belated Birthday! Hari ini barulah berkesempatan membeli sebiji kek kecil. Hari lahirku yang ke-28! Bakar lilin dan tiup, makan kek. Semoga dipanjangkan umur dan lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Selamat Hari Genap Usia, Arman!
* Kelmarin turun bermain tenis setelah hampir dua bulan tiada memukul bola. Sempat singgah gim walaupun perut kekenyangan selepas membaham nasi lemak Wak Kentut ketika dalam perjalanan pulang dari Perling. Assignment..menunggu.. Esok Hari Raya Aidiladha..layan raya di Kulai saja.. Esok join org buat ibadah Korban. Cuti 5 hari dan kertas2 exam menunggu minta ditanda. Tadi kereta siap servis. Lega. Air minum pun sudah penuh. Haha. Ramai pulak yg tolong isi air dalam botol td. Thanks2.

Saturday, 13 October 2012

Catatan

Aaaa penat & hari ini aku terpaksa berada di 3 tempat berasingan pada masa yang sama tapi terpaksa pilih satu!

Saturday, 6 October 2012

Selamat Datang Oktober!

Subhanallah, Alhamdulillah La Ilahaillallah Allahuakbar..!

Sedar dan sedar, sudah pun masuk dalam bulan yang ke-10 bagi tahun 2012.

Bulan ini agak sibuk dengan urusan untuk menyelaraskan Perkhemahan Unit Beruniform. Kertas projek sudah pun di hantar kepada Ketua Jabatan @ Guru Besar. Cuma bahagian perbelanjaan yang masih dinanti sumber kewangannya. Andai kewangan 'bagus', maka aktiviti akan berjalan dengan lancar, inshaa Allah. Moga2 aktiviti @ setiap slot yang dirancang akan dapat kami jalankan dengan jayanya. Cari vest, khemah personal & yang berkaitan.

Bab belajar. Pusat Wilayah di Johor Bahru sedang dalam pemindahan @ penempatan semula ke tempat yang masih belum kami ketahui. Disebabkan itu, kami diminta untuk datang ke Pusat Wilayah Melaka di SMK Tinggi Melaka bagi menjalankan tugasan amali. Minggu lepas iaitu pada 29hb September, aku dan Zul datang ke sana untuk menetapkan tarikh perjumpaan bagi menjalankan kerja amali biologi. Dan tadi, baru sahaja sampai dari Melaka selepas kami selesai menjalankan tugasan amali. Pergi berempat dengan menaiki kereta Faiz bersama Zul dan Shafie. Perjumpaan kami untuk pelajar2 Tahun 2 di JB ini ialah pada hari Khamis pukul 8 malam di McD Carrefour (detail kaa?)

Nampaknya cuti hujung tahun ini akan sama juga seperti tahun lepas. Aku tidak merancang untuk pulang ke kampung sebaliknya akan menghabiskan masa di Johor dengan beberapa aktiviti. Sudah tentu bertungkus-lumus menyiapkan tugasan kuliah. Pada 09 November pula inshaa Allah akan menyertai trip ke Chamah & Ulu Sepat dalam masa 6@7 hari. Berkira-kira membeli backpack baharu kerana beg yang sedia ada sudah agak uzur. Pada masa yang sama, hati ini juga mula terpaut2 pada Nexus 7 yang pada hematku agak affordable @ mampu milik. Fikir-fikir dulu. Alhamdulillah mak di kampung sihat2 dan harap2 begitu juga dengan anggota keluarga yang lain.

Baiklah. Esok ada sesi untuk bakar kalori di Perling. Dua minggu tiada hayun raket. Kadang2 perasan jugak dalam kalangan ramai2 kawan yang bermain sama tu, ada yang macam suka under estimate kebolehan orang lain. Ignore kan saja. Tidak penting. Nothing. Tidak menjadi kudis. Hehe.

Agak letih. Malam ini cari kek untuk ulang tahun hari lahirku pada 03hb Julai.. Sambutan yang tertunda.

Inshaa Allah 24hb November ini aku akan menjejakkan kaki lagi di Temerloh. Bermakna hampir genap setahun aku datang ke situ sejak 28hb Nov 2011 yang lalu.
Dengan satu harapan, cuaca pada 24hb itu cerah sehingga remang senja. Menikmati senja di tepian sungai. Cukuplah itu sebagai ingatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...