Tuesday, 25 September 2012

Hujung September

Alhamdulillah, trip ke Gunung Tahan melalui Merapoh telah selamat kami sempurnakan pada Hari Malaysia yang lepas. Seronok bersama DMG Trekkers. Kak Nonie, Abg Zumi, Lan, Osman, Lokman, Abg Nassir, Shah Ujang, Kak Salwa, Ena, Abg Nazri dan guide kami iaitu Abg Asri. Perjalanan yang panjang untuk sampai ke puncak Tahan. Sejuk, berangin. Cuma kali ini mental lebih kuat berbanding mental level sewaktu naik ke puncak Korbu - Gayong.

Sekarang beralih pula dengan musim belajar di tahun ke-2.
Tugasan sudah bermula. Yang terdekat kena submit sebelum hujung bulan ni.
Sabtu 29hb ni perlu ke Melaka untuk penetapan tarikh amali biologi.

Kerja - urus untuk perkhemahan pada hujung bulan 10. 

Jadual agak padat sehingga bulan 12 ttapi bulan 11 aku MESTI pergi bercuti lagi. Bercuti ke daerah itu. Ya, daerah sepi itu..

Terbaikkk...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...