Friday, 10 August 2012

Sama Tidak Serupa & Ex-GB

Bulan Ramadhan so mahu x mahu (memang mahu), kaki ni sampai juga ke bazaar.

So yang terdekat di Pekan Nanas.
Ada satu gerai tu barang jualannya 'Puding Gebu Mak Jah'. Tuan punya gerai tu muka SAMA dengan kawanku Mas Sharfie Jowo Kokosen!!! Ni wajib ambil gambar ni tunjuk banding. Hidung, mata, putih2, tinggi2 pun lebih kurang. Rabun juga dua2 pakai cermin mata.

Jalan lagi. Masih di bazaar yang sama. Gerai puyuh goreng Fama yang dulu tu tiada pulak berniaga tahun ni. Mungkin beralih tempat.

Eh eh, tiba2 menoleh ke satu gerai lalu 'terbertatap' mata dengan bekas Guru Besar. Puan Mek Limah binti Mohamad. Baru pencen pada 1hb Julai yang lalu. Beliau itu meniaga nasi dagang, nasi kerabu dan laksam. Agak susut parasnya berbanding dahulu. Sempat berbual-bual2. Soalan kahwin "jangan tunggu lama-lama" sempat beliau nyanyikan secara perlahan. Haha. Belilah nasi dagang. Lauknya ikan tongkol. Terjumpa juga dengan Cikgu Baharom & Kak Suraya suami isteri.

Kalau ke bazaar Kulai dekat Temenggung tu, huh asyik2 terjumpa dengan orang yang dikenal. Kalau yang memang dikenal, ok jugak. Kawan2. Ni kalau kawan2 yang sekali dua jumpa time kursus, so terpaksa buat muka manis. Jahatkah?

Dua hari lagi pulang kampung. Yahuuu.
Esok masuk ke Melayu Raya cari bahulu dengan Ai.
Di tempat kerja esok ada Majlis Khatam al-Qur'an dan tadi juga dapat kuih ros, bahulu dan rempeyek daripada si Natasya. Ambil je, katanya. Heyy, ndakkan la aku ambil percuma sedangkan aku order! Haha. So order lagi 1 set dan esok bagi dia duit. Sedap peyeknya. Cukup rasa.

Cikgu Amin hantar mesej bagitau kad raya sudah diterima.. :)
Nisma, Eddy pun sama.

Kasihan aku cari seluar cari kasut tapi tiada yang berkenan dimata. Ada yang berkenan tapi tahap2 bunuh diri kalau dibeli. Wow, adakah aku sekarang telah berubah mempunya citarasa yang tinggi dalam membeli-belah? Cis.

Pulang nanti Syafiq hantar ke airport. Mesti gerak awal tau! :)

2 comments:

  1. makin teruja aku nk berblog.....
    mari kita...
    mood:terasa sudah ketinggalan zaman

    ReplyDelete
  2. Bwahahahahha selamett dateng... Ya ya rajin2 la berblog pas ni.. Rajin2 je menaip..hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...