Tuesday, 28 August 2012

Hujung Ogos

Tahun lepas = '0' sakit.
Tahun ni, hari ini buat pertama kali pakej demam + cherry berry + sakit otot badan + mual.

Ahad pagi turun main tenis selepas dua bulan tiada pegang raket. 
Sempat main 3 set doubles match.
Lepas main tenis pergi makan dengan Abg Fendi & Nurizam.

Sekarang badan sakit.
Kepala berat.
Ikutkan hati mau pergi kerja tapi risau silap2 masuk longkang sepanjang satu jam perjalanan ke tempat kerja.

Kelmarin pergi klinik. Dapat ubat. 

Tidur dalam sleeping bag.

Hujan. Ibnas telefon tadi. Chit chat.
Sambil buat kerja online dgn line yang slow sangkut2.
Kerja orang yg tidak buat, aku yg kena mulakan & sambung.
Terima kasih sebab tambah kerja aku.

Paip utama di luar rumah pecah.

Ada jembalang reverse kereta? hentam paip tu. Pulang2 daripada cuti, nampak paip retak. 
Terima kasih sebab buat aku tambah pening.
Mana mau cari plumber dalam kampung ni.

Friday, 10 August 2012

Sama Tidak Serupa & Ex-GB

Bulan Ramadhan so mahu x mahu (memang mahu), kaki ni sampai juga ke bazaar.

So yang terdekat di Pekan Nanas.
Ada satu gerai tu barang jualannya 'Puding Gebu Mak Jah'. Tuan punya gerai tu muka SAMA dengan kawanku Mas Sharfie Jowo Kokosen!!! Ni wajib ambil gambar ni tunjuk banding. Hidung, mata, putih2, tinggi2 pun lebih kurang. Rabun juga dua2 pakai cermin mata.

Jalan lagi. Masih di bazaar yang sama. Gerai puyuh goreng Fama yang dulu tu tiada pulak berniaga tahun ni. Mungkin beralih tempat.

Eh eh, tiba2 menoleh ke satu gerai lalu 'terbertatap' mata dengan bekas Guru Besar. Puan Mek Limah binti Mohamad. Baru pencen pada 1hb Julai yang lalu. Beliau itu meniaga nasi dagang, nasi kerabu dan laksam. Agak susut parasnya berbanding dahulu. Sempat berbual-bual2. Soalan kahwin "jangan tunggu lama-lama" sempat beliau nyanyikan secara perlahan. Haha. Belilah nasi dagang. Lauknya ikan tongkol. Terjumpa juga dengan Cikgu Baharom & Kak Suraya suami isteri.

Kalau ke bazaar Kulai dekat Temenggung tu, huh asyik2 terjumpa dengan orang yang dikenal. Kalau yang memang dikenal, ok jugak. Kawan2. Ni kalau kawan2 yang sekali dua jumpa time kursus, so terpaksa buat muka manis. Jahatkah?

Dua hari lagi pulang kampung. Yahuuu.
Esok masuk ke Melayu Raya cari bahulu dengan Ai.
Di tempat kerja esok ada Majlis Khatam al-Qur'an dan tadi juga dapat kuih ros, bahulu dan rempeyek daripada si Natasya. Ambil je, katanya. Heyy, ndakkan la aku ambil percuma sedangkan aku order! Haha. So order lagi 1 set dan esok bagi dia duit. Sedap peyeknya. Cukup rasa.

Cikgu Amin hantar mesej bagitau kad raya sudah diterima.. :)
Nisma, Eddy pun sama.

Kasihan aku cari seluar cari kasut tapi tiada yang berkenan dimata. Ada yang berkenan tapi tahap2 bunuh diri kalau dibeli. Wow, adakah aku sekarang telah berubah mempunya citarasa yang tinggi dalam membeli-belah? Cis.

Pulang nanti Syafiq hantar ke airport. Mesti gerak awal tau! :)

Tuesday, 7 August 2012

Semangatnya Raya Pulang Kampung!!!

19 Ramadhan 1433 H.
Hari ke-18 berpuasa.

Waran tiket pulang kampung - settled.

Route kali ini :

Senai Airport, JB --- LCCT, KL --- Sandakan Airport

Petang ini bertolak ke Johor Bahru untuk Ihya' Ramadhan selama 3 hari.
Dapat surat hari Sabtu lepas.
Sebelum subuh tadi kelam-kabut kemas beg.
Pagi ni sempat kerja macam biasa sebelum cabut awal untuk lapor diri.

Sabtu lepas sempat ke Pasar Karat. Yeayyy jumpa headlamp yang terang benderang cahayanya (ntah brand mcm Made in China). Rechargeable battery.
Dapat tshirt cantik T90.

Hujung minggu ni ke Batu Pahat cari bahulu gulung dan kerepek2 untuk bawa pulang kampung.

Ohooohooo balik kampunggggg....!!!
Ohooohooo balik kampunggggg....!!!

Saturday, 4 August 2012

Freedom - Jauh Dirindu

Di mana
Katakan di mana salah silapnya
Ku terasa-rasa hubungan kita
Berubah mengikut masa..

Ke mana
Mana hilang keajaiban itu
Kelembutan serta kemanisanmu
Yang pernah menghias hidupku..

Mengapa kita kini
Saling mengasingkan diri
Kemesraan lalu
Dingin dan membeku
Tetapi hati tidak dapat dibohongi
Bila saja berjauhan
Kita kerinduan..

Kau dan aku
Diuji gelombang waktu..

Sayangku
Biar genting usah berputus terus
Kenangan lalu tak mudah dihapus
Segalanya terukir di hati
Jika ditakdirkan tak sehaluan lagi
Kau tetap aku ingati.

*Ke mana kumpulan Freedom, ahli2 yang tinggal..? Seha sudah tiada. Shuib?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...