Sunday, 29 July 2012

Sisa-sisa Julai

Kelmarin barulah ada hujan turun buat pertama kali sejak hari pertama berpuasa.
Sejuklah sedikit alam yang membahang.

Esok hari Isnin dan boleh datang ke JPN untuk ambil waran pulang kampung pada 18hb nanti. Seronoknya! Terima kasihlah Cik Norizwah yang telah tolong uruskan.
***
Inshaa Allah perjalanan kami pada 13hb September malam, kami akan menggunakan khidmat KTMB direct dari sini ke stesen Gua Musang. Tiga hari lepas aku sempat menelefon pejabat KTM. Harga tiketnya RM37.00 untuk satu perjalanan. Ada dua trip. Pertama pada pukul 6.30 pagi dan dijangka tiba di Gua Musang pada pukul 3 petang. Trip ke-2 pada pukul 8.00 malam dan tiba pada pukul 5.00 pagi keesokannya. Trip ke-2 lebih sesuai. Teruja. Ada lebih kurang satu setengah bulan lagi. Headlamp, bateri tambahan, rain cover dan beberapa peralatan tambahan yang perlu disediakan sebelum trip kali ini.
 ***
Hujung bulan ini juga pointer untuk exam akan dikeluarkan. Aku tidaklah harap dapat high pointer. Cukup sekadar lepas apa yang patut. Nampak perkataan 'LULUS' pun sudah memadai. Kuang3..
***
Kelmarin juga kol mama. Berbual2 itu ini. Ah, genap setahun aku tidak pulang ke kampung. Sempat ke Plaza Angsana membeli kad hari raya untuk beberapa orang kawan. Regular friends untuk terima kad saban tahun daripada aku. Sesetengahnya rapat dan sebahagian lagi tidak rapat tapi sesuai untuk menerima kad ucapan hari raya.

Pilihan sentiasa hadir. Pilihlah yang terbaik. Setiap manusia berhak membuat pilihan berdasarkan panduan dan kesesuaian.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...