Wednesday, 4 July 2012

Selamat Hari Genap Usia yg ke-28!

Alhamdulillah..cecah umur 28 tahun tapi tenaga rasa macam 20 tahun! Mungkin sebab semasa zaman remaja kurang aktif, tenaga tersimpan so sekarang baru dikeluarkan (salah! haha mana ada begini!). Semoga sentiasa sentiasa sentiasa kekal sihat, cergas dan aktif!!

Semoga kehidupan terus bahagia dan gembira.
Thank you Allah for let me be healthy, let my family be with me,
Let my friends keep around me.

Semoga aku sentiasa dipertemukan dengan insan-insan yang berjiwa positif, bersemangat dan menghargai apa jua situasi / keadaan dan tegar menghadapi cabaran. Inshaa Allah. Amiinn.

29hb Jun - 01hb Julai 2012 trip ke Gunung Rajah di Bentong, Pahang.
Terasa 'putus asa' sebab trek yang panjang dan turun dari puncak pada waktu malam menjelang pukul 1 pagi. Mengantuk dan lenguh. 
Sungai menjadi pengubat lelah untuk trip kali ini.
Di sini juga bertemu semula dengan rakan2 dari trip CBL.. Jejai, Sha, Ijad, Apit, Dann dan Mirul a.k.a Simpang yang sama2 dalam trip ke Liang beberapa minggu lepas.
Memang letih dan setiap gunung itu pastinya memberikan pengajaran, pengalaman dan keunikannya yang tersendiri.

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar.
Berikan aku terus kekuatan untuk hari ini dan masa depan.

Yeayyy sampai juga di Puncak Rajah, akhirnya!


penat sudah muka masam

sotong candat dari Ganu..haha mcmana boleh sampai Bentong

Line-up!


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...