Sunday, 29 July 2012

Sisa-sisa Julai

Kelmarin barulah ada hujan turun buat pertama kali sejak hari pertama berpuasa.
Sejuklah sedikit alam yang membahang.

Esok hari Isnin dan boleh datang ke JPN untuk ambil waran pulang kampung pada 18hb nanti. Seronoknya! Terima kasihlah Cik Norizwah yang telah tolong uruskan.
***
Inshaa Allah perjalanan kami pada 13hb September malam, kami akan menggunakan khidmat KTMB direct dari sini ke stesen Gua Musang. Tiga hari lepas aku sempat menelefon pejabat KTM. Harga tiketnya RM37.00 untuk satu perjalanan. Ada dua trip. Pertama pada pukul 6.30 pagi dan dijangka tiba di Gua Musang pada pukul 3 petang. Trip ke-2 pada pukul 8.00 malam dan tiba pada pukul 5.00 pagi keesokannya. Trip ke-2 lebih sesuai. Teruja. Ada lebih kurang satu setengah bulan lagi. Headlamp, bateri tambahan, rain cover dan beberapa peralatan tambahan yang perlu disediakan sebelum trip kali ini.
 ***
Hujung bulan ini juga pointer untuk exam akan dikeluarkan. Aku tidaklah harap dapat high pointer. Cukup sekadar lepas apa yang patut. Nampak perkataan 'LULUS' pun sudah memadai. Kuang3..
***
Kelmarin juga kol mama. Berbual2 itu ini. Ah, genap setahun aku tidak pulang ke kampung. Sempat ke Plaza Angsana membeli kad hari raya untuk beberapa orang kawan. Regular friends untuk terima kad saban tahun daripada aku. Sesetengahnya rapat dan sebahagian lagi tidak rapat tapi sesuai untuk menerima kad ucapan hari raya.

Pilihan sentiasa hadir. Pilihlah yang terbaik. Setiap manusia berhak membuat pilihan berdasarkan panduan dan kesesuaian.

Wednesday, 25 July 2012

Teruskan hidup

6 Ramadhan
Hari ke-5 berpuasa.
Malam tadi dapat saf yang betul-betul menghadap kipas gergasi tu. Perrgghhh! Rasa macam terbuai-buai ditambah dengan kekenyangan.


Cheese tart 50 biji daripada Ai.
Masuk dalam peti sejuk. 
Crust dia jadi keras2 sejuk. Yummy! Sedapnya makan waktu berbuka.


DH hampir tamat. Episod malam tadi membuatkan aku jadi sedih. Sedihlah konon.
Menunggu tiket daripada Jabatan.
Bila sampai tu?
credit : 4kiki.com

Saturday, 21 July 2012

Marhaban Ya Ramdhan!

Hari pertama berpuasa.
Malam ke-2 menunaikan solat tarawih.

Tuesday, 17 July 2012

Oh Julai!

Hari ini keputusan / result exam akhir RPPJJ USM Sidang 2011 / 2012 telah dikeluarkan. 

Yeayyyyy LULUS semua subjek KECUALI satu subjek yang aku memang expect & usaha untuk gagalkan iaitu Maths! Lalalalalalalalaaaa.. I HATE NUMBERS EXCEPT $$$$$$$$. Ka Ching! Ada unsur2 mata duitan di situ. Heyy, semua orang suka duit! So, repeat paper maths la next2 year.

Nik Izwan kol tadi bagitau.
Faiz pun kol tanya result.
Alhamdulillah.
Will do much much more better for next2 years.

Tiga @ empat hari lagi sebelum menjelangnya Ramadhan.
Ahlan Wa Sahlan!
Marhaban ya Ramadhan!

Dua bulan lagi inshaa Allah untuk misi ke Puncak Tahan.
Berdebar dan excited!
Mudah2an dipermudahkan.

Tahniah juga kerana Rumah Sukan Biru telah menang BESAR dalam Kejohanan Olahraga Kali ke-15 peringkat SKMJ tahun 2012 yg telah berlangsung pada 14hb Julai 2012.

Kami menang :

1. Johan keseluruhan (439 mata, 18 mata mengatasi pencabar)
2. Khemah Terbaik
3. Perbarisan Terbaik
4. Olahragawati Perempuan 10 (Maizatul Aini)
5. Olahragawan Lelaki 8 (Amirul Haqqim)
6. Olahragawati Perempuan 8 (Nurul Sofea)

Juga terima kasih yg amat sangat kepada Kak Shidah, Kak Nora, Cikgu Hamid, Azlina, Syamaizar, Epul & Darisham selaku pembimbing dan penasihat Rumah Biru 2012. 
Tapi tahun ni rasa kurang penat berbanding sukan tahun2 lepas di tempat kerja lama. Apa sebab agaknya? Hmm..
Alhamdulillah, hampir genap setahun berkhidmat di sini.

Berdoa dan jangan henti teruskan berdoa.
Berusaha dan tingkatkan usaha.
Moga hasil yang terbaik dijanjikan oleh-Nya.

Ameen.

*kemudian baru masukkan gambar2 berkaitan.

Wednesday, 4 July 2012

Selamat Hari Genap Usia yg ke-28!

Alhamdulillah..cecah umur 28 tahun tapi tenaga rasa macam 20 tahun! Mungkin sebab semasa zaman remaja kurang aktif, tenaga tersimpan so sekarang baru dikeluarkan (salah! haha mana ada begini!). Semoga sentiasa sentiasa sentiasa kekal sihat, cergas dan aktif!!

Semoga kehidupan terus bahagia dan gembira.
Thank you Allah for let me be healthy, let my family be with me,
Let my friends keep around me.

Semoga aku sentiasa dipertemukan dengan insan-insan yang berjiwa positif, bersemangat dan menghargai apa jua situasi / keadaan dan tegar menghadapi cabaran. Inshaa Allah. Amiinn.

29hb Jun - 01hb Julai 2012 trip ke Gunung Rajah di Bentong, Pahang.
Terasa 'putus asa' sebab trek yang panjang dan turun dari puncak pada waktu malam menjelang pukul 1 pagi. Mengantuk dan lenguh. 
Sungai menjadi pengubat lelah untuk trip kali ini.
Di sini juga bertemu semula dengan rakan2 dari trip CBL.. Jejai, Sha, Ijad, Apit, Dann dan Mirul a.k.a Simpang yang sama2 dalam trip ke Liang beberapa minggu lepas.
Memang letih dan setiap gunung itu pastinya memberikan pengajaran, pengalaman dan keunikannya yang tersendiri.

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar.
Berikan aku terus kekuatan untuk hari ini dan masa depan.

Yeayyy sampai juga di Puncak Rajah, akhirnya!


penat sudah muka masam

sotong candat dari Ganu..haha mcmana boleh sampai Bentong

Line-up!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...