Monday, 4 June 2012

Awal Jun

Isnin, 04hb Jun 2012 - 6.00 petang.

Lenguh letih badan.

Pukul 3.30 pagi tadi baru sampai rumah dari Tanjung Malim. Ke Liang East-West dengan kawan2 ORA.

Seperti biasa, naik bas. Dari Gombak naik kereta Hassan ke Tanjung Malim. Nampak UPSI. Teringat dengan BFF Inra yang pernah belajar di UPSI. 

Pulang pun sama, naik kereta Hassan. Hassan hantar sampai ke Stesen Komuter Kepong. Dengan Danial & Husaini, kami bergerak ke KL Sentral (Danial), aku dan Husaini terus ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Aku dapat bas pukul 11 malam ke Kulai.

Kemas beg, keluarkan kain kotor, basuh diri, makan Pau Yuk Min (indah khabar daripada rasa, konon2 sedap? Biasa jaa..) tidur sejam setengah then bangun. Huwarggghh..

Pukul 7.30 bergerak ke MPC Bandar Baru Uda. Exam Akhir RPJJ 2011 / 2012 - paper Maths. Hujan lebat beberapa kawasan. Siap pukul 11. Pulang rumah. Tidur. Sakit betis lagi.

Dapat gatal-gatal dari Liang. Kali ni kaki terasa extra lenguh compare dengan trip2 sebelum ni.

Penat. Makan. Sambung study Sastera. Sebelum tu, kita main Plants vs Zombies dulu ya.. ;p

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...