Saturday, 23 June 2012

Jun menghampiri Julai

Alhamdulillah, Peperiksaan Akhir untuk Sidang 2011 / 2012 baru sahaja selesai kelmarin (22/06/2012). Lega. Boleh simpan buku. Keputusan akan diumumkan pada 31hb Julai 2012. Borang daftar subjek untuk Sidang 2012 / 2013 pun sudah diterima. Buku-buku kuliah boleh simpan. Dapat jumpa kawan2 study. Ok, done.

Lusa (25 - 28 / Jun / 2012) sepatutnya bertugas di Pusat Koko Kem Tasek tapi terpaksa tarik diri. Perkhemahan Integriti Murid Sekolah Menengah Negeri Johor. Memandangkan minggu depan sibuk untuk hari terbuka (banyak kerja yang belum sempurna dan di sini lebih penting, so utamakan kerja di sini). Hari Terbuka pada 29hb Jun 2012 bersamaan hari Jumaat. Kenalah menghadap ibu bapa.

30hb Jun nti inshaa Allah, mudah2an tercapai hajat tertangguh selama setahun untuk sampai ke Gunung Rajah. Dengan Jejai & kwn2 lain. Rindulah dgn kawan2 CBL! Haha.

Permohonan untuk waran tiket pulang cuti Hari Raya Aidilfitri akan dipos ke JPNJ pada hari Isnin ini, dengan harapan dapat penerbangan dengan waktu yang 'sedap'. Sebelum ni (tiga tahun lepas) dapat flight gila terbang pada pagi raya. Orang bertakbir di masjid, aku pula mamai di airport tunggu kapal. Dari 7.00 pagi hingga 3.00 petang. Sampai rumah pada hari raya pertama, aku pun dalam keadaan busuk, basi dan keletihan + pening turun naik kapal.

Bila mahu buat coaching untuk tenis ni? Aku yang perlu dicoaching ni. Sekian lama bermain dengan teknik dan skill yang semberono. Tapi bola aku pukul tetap masuk, kan? Ha. Tangan hayun x habis sampai ke belakang & poor footwork. Tunggulah! Nantilah! Ahhh.. Sempat itu ini dengan coach tenis, Abg Rozelan minggu lepas di Perling.

Ok, skrg ala2 musim cuaca panas. Malam2 sebelum tidur terpaksa jirus badan 2-3 gayung. Baru sedap tidur. 

Study, kerja, hobi. I need to refresh myself. Tabung Vietnam @ Laos tu minta ditambah lagi. Haha. Alang2 tukar jadi Tabung Makassar. Di Makassar ni pun best, destinasi AirAsia pun ada ke sana. Yang skrg ni selalu nampak kwn2 ke Bandung, Jakarta, Lombok, Sumatera, Padang. Aku try ke Makassar pulak! Google2, tidak kurang hebatnya Makassar ni.


Rindu..rindu..serindu2nya.. Kepada semua!

Monday, 4 June 2012

Awal Jun

Isnin, 04hb Jun 2012 - 6.00 petang.

Lenguh letih badan.

Pukul 3.30 pagi tadi baru sampai rumah dari Tanjung Malim. Ke Liang East-West dengan kawan2 ORA.

Seperti biasa, naik bas. Dari Gombak naik kereta Hassan ke Tanjung Malim. Nampak UPSI. Teringat dengan BFF Inra yang pernah belajar di UPSI. 

Pulang pun sama, naik kereta Hassan. Hassan hantar sampai ke Stesen Komuter Kepong. Dengan Danial & Husaini, kami bergerak ke KL Sentral (Danial), aku dan Husaini terus ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Aku dapat bas pukul 11 malam ke Kulai.

Kemas beg, keluarkan kain kotor, basuh diri, makan Pau Yuk Min (indah khabar daripada rasa, konon2 sedap? Biasa jaa..) tidur sejam setengah then bangun. Huwarggghh..

Pukul 7.30 bergerak ke MPC Bandar Baru Uda. Exam Akhir RPJJ 2011 / 2012 - paper Maths. Hujan lebat beberapa kawasan. Siap pukul 11. Pulang rumah. Tidur. Sakit betis lagi.

Dapat gatal-gatal dari Liang. Kali ni kaki terasa extra lenguh compare dengan trip2 sebelum ni.

Penat. Makan. Sambung study Sastera. Sebelum tu, kita main Plants vs Zombies dulu ya.. ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...