Thursday, 15 March 2012

Perjalanan Mac

Kelmarin aku ke Kota Tinggi. Misi naik ke Gunung Panti dalam keadaan hujan. Renyai2. Target ikut jalan yang berhampiran dengan air terjun tapi tidak jumpa pula starting treknya. Dua kali yang lepas ikut laluan belakang lalu Kampung Lukut. 
Misi tidak tercapai. Kena cari jalan lain. Terjumpa warung nasi lemak di tepi jalan. Sedap. Hujan-hujan memang lapar.
Singgah di Plaza Kota Tinggi beli tights utk program weekend ni.

Minggu ini cuti sekolah. 
Aktiviti menanda kertas ujian sedang berjalan. 
Alhamdulillah semakin serasi dengan anak-anak di sini selepas 4 bulan.
Masih ada yang malu-malu. Takutkah?

Oh. Minggu lepas sempat jumpa dengan Kak Pah dan Faiz untuk sesi temubual tugasan Hubungan Etnik.
Pertama kali jejak kaki ke Makmal Kesihatan Awam, JB. Alhamdulillah tugasan kami berjalan lancar walaupun semasa sesi rakaman berjalan, kamera merakam video kehabisan bateri! Mujur ada hp Faiz jadi penyelamat.

Cuaca sepanjang minggu ini mendung-mendung berawan. Bulan Mac bermulanya musim panas sehingga November nanti. Biasalah cuaca, sukar diramal.

Malam esok inshaa Allah pikul beg ke Liberator + Telapa Buruk + Berembun.

Pujian, penghargaan, teguran, kesedihan, kesulitan dan cabaran; moga semua itu menjadi pencetus kepada satu - KEKUATAN.

*surat ke Team Building Kluang next week..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...