Saturday, 10 March 2012

Hati yang rapuh

Hampir pertengahan Mac.
Semoga hidup sentiasa diberi kekuatan..

Kongsi lirik lagu.
Dulu ada drama bersiri. 
Pelakonnya Raja Azura, jadi penagih dadah masuk penjara & bergaduh dalam penjara. 
Jadi anak derhaka. Lupa tajuk drama tu. Lagu tema lagu ni.


Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentukan arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...