Saturday, 4 February 2012

Kursus Intensif : Life on campus

Alhamdulillah.
Subhanallah.

Hari ini hari Sabtu.
Hari ini 04 Februari 2012.
Seminggu yang lalu iaitu pada 28 Januari 2012 aku selamat sampai dengan berkonvoi bersama Meema dan sepupunya. Berjumpa di R&R Tapah. Perjalanan daripada pukul 10.40 pagi (Kulai) dan tiba di Gelugor ini lebih kurang pada pukul 7.00 malam. Pemanduan lancar.

Dan hari ini,
Genap seminggu aku berada di bumi Pulau Pinang.
Berada dalam Desasiswa Restu (kolej kediaman).
Situasinya begini :
Kereta terpaksa diletakkan dalam kawasan desasiswa saja.
Setakat ini aku belum lagi memandu keluar dari desasiswa. Sebabnya? Apabila kereta keluar dari kawasan desasiswa ni, besar kemungkinan tidak dapat masuk semula. Pengawal keselamatan yang bertugas tidak membenarkan sejak semalam. Tambahan lagi aku tiada memohon pelekat kenderaan @ sticker kereta. Kalau dapat sticker tu pun, belum tentu dapat masuk semula. 
Perjalanan kami ke bilik kuliah - dengan menaiki kereta Faiz, mengejar bas dan berjalan kaki. Paling kurang pun setiap hari, kami akan berjalan kaki dalam jarak 1-2 kilometer. Mujur juga kelas bukan hari-hari. Terima kasih Faiz sebab rajin ajak pergi makan dan pergi kuliah dengan menaiki keretanya. Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!
Gembira dapat berjumpa kawan-kawan yang baik di sini..

Alhamdulillah, beberapa kertas telah selesai dan beberapa kertas lagi sedang menanti.
Malam tadi kami ada kerja amali di makmal Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat. Melukis spesimen-spesimen seperti ketam, udang, lipan, kala jengking, rama-rama dan macam-macam lagi. Bermula pukul 8.00 malam sehingga lebih kurang pukul 10.45 malam.


Aku, Faiz dan Shafie dan seorang lagi kawan, Zul dari Pusat Wilayah KL. Nik Izwan dan Zulhairi berada dalam kumpulan giliran hari yang lain. Profesor tegas. Takut-takut aku dibuatnya. Lukisan pun tidak sempurna. Nampak rupa nampak bentuk pun, jadilah. Dalam masa lebih kurang 2.5 jam kami dikehendaki melukis & melabel 30 spesimen. Selesai menghantar lukisan amali ni, kami keluar makan ke McDonald berhampiran pintu Sungai Dua. Perutku kembung..masuk angin..minum lagi air bergas berkarbonat.. Mungkin juga sebab kekerapan makan di sini.


Malam ni ada amali lagi. Lukis dedaunan berguguran pulak.
Belum sempat jumpa orang2 di Penang ni. Acok, Raja Azlan, Haizal, Mama Jah (majlis kahwin anak Mama Jah hari ni..x dpt pergi..), Badrul Munir yang baru dihubungi semalam..an old-old friend since sekolah rendah.

Baca novel Harga Sebuah Maruah.
Kenyang.
Baru pulang daripada bersarapan dengan Nik Izwan dan Zulhairi.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...