Monday, 20 February 2012

Jauh


Mencintaimu..
Seumur hidupku
Selamanya..setia menanti
Walau di hati saja..
Seluruh hidupku
Selamanya.. kau tetap milikku

Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi..
Segalanya.. Teramat berarti di hatiku 
Selamanya..

Mencintaimu..
 Seumur hidupku
Selamanya,
Kau tetap milikku..

Friday, 17 February 2012

Mid Feb

Hampir seminggu selepas balik dari Penang.
Ya di sini, kembali ke tanah Johor.

Seminggu waktu bekerja.
Seperti biasa, kerja banyak yang sedia menanti.
Hari Selasa menghadiri Mesyuarat Pengurusan Guru Bimbingan dan Kaunseling di Southern College, Skudai.
Mewakili rakan sekerja yang masih dalam cuti.
X pasal2 sampai JB.

Isnin, Rabu, Khamis dan hari ini Jumaat - semuanya seperti biasa. Kerja, kerja dan kemaskini fail.
Esok Sabtu, ada latihan persembahan.

Hujung minggu?
Sebulan lebih simpan raket, Ahad ni peluang untuk buang karat raket tenis.
Jadual Sidang Video untuk kuliah sudahpun ada. Esok muat turun.

Teringat kawan2 belajar.
Nik, Pi'e, Zul, Faiz, dua minggu ke sana ke mari, makan bersama, bbual2.
Since Kak Pah di kolej berasingan, so jumpa pun masa buat amali ja.
Just get ready untuk final exam bulan Jun nanti.

Batuk. 
Esok malam baru dapat telan ubat batuk. Kalau telan malam ni, alamatnya esok ada yang terbabas tidur.
Tuhan, rindunya aku mahu menggunung..
Trip bermacam-macam.
Pilih-pilih mana yang boleh adjust dengan masa.

Rindulah mahu pulang kampung! Jumpa mak, kakak, adik, keluarga dan kawan-kawan.

Sedar hampir tiga bulan berlalu. Rindu tetap seperti selalu. Jauh..

Saturday, 11 February 2012

Catatan akhir dari Pulau Pinang

5.50 petang.
Di luar cuaca cerah. Petang yang indah.
Hari terakhir berada di persinggahan ini setelah hampir dua minggu - tidur dan melihat persekitaran yang sama.
Kolej Kediaman Desasiswa Restu, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Esok seawal pukul 7 pagi, in shaa Allah kami akan bertolak pulang ke destinasi masing-masing.
Esok aku akan bertolak bersama Nik Izwan.
Sepanjang dua minggu menjalan Kursus Intensif di sini :
1. Menghadiri kuliah di dewan-dewan kuliah.
2. Menduduki Peperiksaan Berterusan (PB).
3. Makan di kafeteria (paling kerap aktiviti makan). Kafe kegemaranku ialah di Kolej Kediaman Fajar Harapan - di situ ada kuih dan lauknya pun boleh tahan.
4. Meronda malam beramai-ramai dengan menaiki kereta Faiz. Sempat ke Queensbay Mall, Padang Kota Lama, Penang Road, kedai dobi dll.

pasemburrr...


makan pasemburr...

pasemburrrr lagi..

5. Mengejar bas kampus..berjalan kaki ke dewan kuliah..hantar tajuk tugasan. Menghadap pensyarah subjek PJJ & Literasi Komputer, Prof.Dr.Rama. Takut2 juga ada..ayoo..
6. Ke Perpustakaan Hamzah Sendut.

dgn Nik from Kelate depan PHS. Muh ni kecek apo? Hehe

7. Paling penting ialah menghadiri sesi amali untuk subjek Biologi. Melukis spesimen2 haiwan dan tumbuhan.

dgn Kak Pah

ini punyu..

orang utan yg terseksa hingga kiamat
***************************************************************************
membeli jeruk untuk di bawa pulang.

"belilah kuah rojak ni, kak..."
ke Batu Feringgi - Shafie x ikut sebab study maths dlm bilik!

Bandar Georgetown agak sibuk. Kelihatan sempit.
Hajat untuk bertemu kakak, sepupu dan beberapa orang kawan lama tidak kesampaian. Masing-masing sibuk.

Siap berkemas serba sedikit barang-barang dalam bilik.
Esok Ahad 12hb Feb pulang.
Isnin13hb Feb kerja.
Banyak keindahan di sini.
Kenangan.
Nampak Pulau Jerejak.
Terima kasih kawan2 yg menghiburkan.. Terlanjur cakap gurau senda memanglah banyak. Padan muka kau orang..! Haha.
In shaa Allah tahun akan datang, kaki akan jejak ke sini lagi. Bertemu di Johor.
Catatan terakhir dari Pulau Pinang :)

**Awat tak habaq??! Haha.

Saturday, 4 February 2012

Kursus Intensif : Life on campus

Alhamdulillah.
Subhanallah.

Hari ini hari Sabtu.
Hari ini 04 Februari 2012.
Seminggu yang lalu iaitu pada 28 Januari 2012 aku selamat sampai dengan berkonvoi bersama Meema dan sepupunya. Berjumpa di R&R Tapah. Perjalanan daripada pukul 10.40 pagi (Kulai) dan tiba di Gelugor ini lebih kurang pada pukul 7.00 malam. Pemanduan lancar.

Dan hari ini,
Genap seminggu aku berada di bumi Pulau Pinang.
Berada dalam Desasiswa Restu (kolej kediaman).
Situasinya begini :
Kereta terpaksa diletakkan dalam kawasan desasiswa saja.
Setakat ini aku belum lagi memandu keluar dari desasiswa. Sebabnya? Apabila kereta keluar dari kawasan desasiswa ni, besar kemungkinan tidak dapat masuk semula. Pengawal keselamatan yang bertugas tidak membenarkan sejak semalam. Tambahan lagi aku tiada memohon pelekat kenderaan @ sticker kereta. Kalau dapat sticker tu pun, belum tentu dapat masuk semula. 
Perjalanan kami ke bilik kuliah - dengan menaiki kereta Faiz, mengejar bas dan berjalan kaki. Paling kurang pun setiap hari, kami akan berjalan kaki dalam jarak 1-2 kilometer. Mujur juga kelas bukan hari-hari. Terima kasih Faiz sebab rajin ajak pergi makan dan pergi kuliah dengan menaiki keretanya. Terima kasih! Terima kasih! Terima kasih!
Gembira dapat berjumpa kawan-kawan yang baik di sini..

Alhamdulillah, beberapa kertas telah selesai dan beberapa kertas lagi sedang menanti.
Malam tadi kami ada kerja amali di makmal Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat. Melukis spesimen-spesimen seperti ketam, udang, lipan, kala jengking, rama-rama dan macam-macam lagi. Bermula pukul 8.00 malam sehingga lebih kurang pukul 10.45 malam.


Aku, Faiz dan Shafie dan seorang lagi kawan, Zul dari Pusat Wilayah KL. Nik Izwan dan Zulhairi berada dalam kumpulan giliran hari yang lain. Profesor tegas. Takut-takut aku dibuatnya. Lukisan pun tidak sempurna. Nampak rupa nampak bentuk pun, jadilah. Dalam masa lebih kurang 2.5 jam kami dikehendaki melukis & melabel 30 spesimen. Selesai menghantar lukisan amali ni, kami keluar makan ke McDonald berhampiran pintu Sungai Dua. Perutku kembung..masuk angin..minum lagi air bergas berkarbonat.. Mungkin juga sebab kekerapan makan di sini.


Malam ni ada amali lagi. Lukis dedaunan berguguran pulak.
Belum sempat jumpa orang2 di Penang ni. Acok, Raja Azlan, Haizal, Mama Jah (majlis kahwin anak Mama Jah hari ni..x dpt pergi..), Badrul Munir yang baru dihubungi semalam..an old-old friend since sekolah rendah.

Baca novel Harga Sebuah Maruah.
Kenyang.
Baru pulang daripada bersarapan dengan Nik Izwan dan Zulhairi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...