Monday, 9 January 2012

Jangan..Jangan..Jangan..

Jangan sengaja lewatkan solat;
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar);
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
Mengotori seluruh rumah kita.


Jangan tidak menutup kepala ketika membuang air kecil dan besar;
Kerana jika tidak,
Kelak di Padang Mahsyar kepala dipenuhi oleh najis-najis itu.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing;
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh;
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh;
Nanti rezeki mahal.
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan;
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan;
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan;
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar diperjalanan;
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa;
Mati datang tanpa mengira masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan;
Nanti rosak persahabatan kita dan hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita;
Nanti kita sombong apabila berjaya -
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah;
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa;
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong;
Ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan;
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia;
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. 
Terima kasih : Niezam@c.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...