Tuesday, 24 January 2012

Ada Apa Dengan Kecewa?

Hari berganti hari.
Ini merupakan minggu cuti dan minggu belajar untuk aku sebelum ke Pulau Pinang.
Bergelut dengan tajuk-tajuk matematik yang cukup menduga.
Petang tadi sempat keluar ke bandar. Berkurung dalam rumah, akhirnya aku hayun langkah ke Mydin baru buka tu. Sempatlah menyambar sabun pencuci kereta & krimer pekat Cap Teko.

Pernah kamu mengalami rasa kekecewaan?
Apa yang menyebabkan kita kecewa..? Biasanya kegagalan untuk mendapatkan sesuatu. Juga apabila mendapat sesuatu tidak seperti yang diinginkan. Boleh jadi, kecewa hadir disebabkan manusia-manusia yang kita temui dalam hidup. Suka atau tidak, harus dihadapi.

Ada kekecewaan yang kecil dan ada kekecewaan yang besar. 
Setiap orang ada cara untuk menghadapi dan mengatasi kekecewaan.
Ada yang boleh ditebus dan ada juga yang hanya dapat kita biarkan masa menjadi ubat merawat perasaan yang terluka.
Sebagai manusia yang berakal, waras dan beragama, sudah pasti kita melakukan cara yang terbaik untuk mengatasi rasa kecewa.
Kadang-kala terbaca dan terdengar berita melaporkan ada manusia yang sanggup minum racun, terjun bangunan, makan pil berlebihan, terjun bangunan.. Semuanya kerana kecewa. Nauzubillah..

Memang perit apabila dihimpit rasa kecewa. Sedih yang teramat adakalanya berpanjangan, satu hal lagi untuk melupakan rasa kecewa itu. Bukan mudah.
Orang-orang yang mengambil jalan singkat dengan menamatkan riwayat sendiri; pernah kita cuba memahami mereka? Mungkin kerana beratnya beban dan dugaan diperasaan mereka. Buntu fikiran sehingga berani membuang nyawa sendiri.
Bagi kita yang menasihati, berat mata memandang sesungguhnya berat lagi perasaan mereka yang menghadapi.

Jelas dan nyata bahawa kekecewaan itu dapat dijelmakan menjadi sumber kekuatan yang baru. 
Berfikir, muhasabah diri.. Tanya kepada hati.. Minta pandangan drpd mereka yg neutral.. Dapatkan nasihat drpd yang layak memberi nasihat..
Paling penting...? SABAR. Berusaha. Mesti berusaha. Baiki diri. Belajar. Berfikiran positif dan jangan putus asa. Setiap kekecewaan itu ada ubatnya. Kita silap apabila menjadikan Allah sebagai tempat terakhir untuk meluahkan segalanya sedangkan kita tahu, bukankah Allah itu lebih mengetahui segala2nya?
Dia Maha Mendengar. Luahkan pada-Nya.
Berusaha. 
Gagal sekali dalam Matematik Tambahan, bukan bermakna gagal selama-lamanya..
Dan realitinya aku cuma lulus satu kali sepanjang dua tahun belajar subjek itu..haha.

Esok study lagi. Semoga diberikan kekuatan. Ameenn..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...