Friday, 28 December 2012

Selamat Tinggal Kenanganku..2012

Ya Tuhan
Alhamdulillah
Lagi dua hari tahun 2012 bakal berlalu pergi
Terasa pantasnya masa pergi

Ini catatan yang pertama dan terakhir untuk Disember 2012.

Bermula pada 17hb Disember yg lalu, aku telah pun mula bekerja setelah menjalani cuti selama lebih kurang sebulan setengah.
Waktu cuti yang sempat aku luangkan untuk menikmati trip ke Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat bersama rakan-rakan daripada Budak Cap Ayam.
Aku juga dapat menunaikan hajat hati untuk sekian kalinya, buat kali ke-2, mengulangi semula perjalanan selama 2 hari 1 malam ke Temerloh, Pahang.
Segalanya sama walaupun situasi cukup berbeza kerana kali ini lebih tenang setelah tahu arah tuju hendak ke mana sepanjang berada di Bandar Ikan Patin itu. Sempat mengunjungi Pekan Sari Temerloh. Buat kali ke-2 juga melawat gajah-gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Lanchang. Hampa kerana masih belum berpeluang untuk mandi bersama gajah-gajah di sana. Sempat bertemu dengan Kak Elis untuk mengambil kek yang aku tempah dua hari awal sebelum sampai ke sana. Juga berkesempatan melawat Tasik Bera yang indah dan mendamaikan.

Cuti ini juga sempat ke Melaka beberapa kali atas tujuan urusan amali dan ujian lisan PJJ.

Akhir-akhir cuti iaitu pada Sabtu - Selasa lepas, sempat menerima kunjungan Azmi sahabat sejak zaman belajar di maktab. Membawa Azmi berjalan-jalan sekitar sini. Kami sempat ke JPO dan Pasar Karat. Jalan-jalan biasa.

Juga sempat masuk ke Legoland buat kali ke-2 (kali pertama bersama Ust.Zul lebih kurang empat minggu lepas) dan Sabtu lepas bersama sahabat Ai dan keluarganya. 

2012 lebih kurang tahun all-out untuk outdoor gunung bagi aku. Banyak ikut trip dengan kawan-kawan dan paling manis sudah tentu trip ke Air Terjun Lansir di Dungun, Terengganu semasa menikmati kemeriahan Syawal yg lepas. Seronok kami bermain air, makan lemang cicah serunding dan menikmati bunga api pada malam hari.

2012 mengajar untuk menjadi lebih tabah dan terus tabah.

Alhamdulillah, Dia telah memberi aku begitu banyak peristiwa manis dan kesenangan sepanjang tahun ini.

Mengharap kebahagiaan, kesenangan dan kejayaan berganda untuk 2013.

2013, aku akan menyahut cabaran!

Tuesday, 20 November 2012

Sekejap

Assalamualaikum, Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia!

Hari ini Selasa. Baru tergerak untuk mencoret-coret di sini
Hari ke-4 balik daripada Chamah - Ulu Sepat. 'Kurang' memenatkan sebab puas tidur dalam bas dan sempat jadi gelandangan tidur di kaki lima stesen LRT Masjid Jamek daripada pukul 3 pagi hingga 6 pagi hari Jumaat 16hb Nov yg lepas. Dgn Azly, Cik Nah, Aidil dan Hafiz. Kalau rajin barulah tulis entry pasal CUS tu. Kalau rajinlah.

Kelmarin pergi ke tempat kerja. Siapkan SPPBS yg sengal2 tu. Dgn line yg tersangkut-sangkut, dapat juga siapkan. Gwe jadi stress!

Ahhh cuti. Banyak assignment dan lab report kena buat. Hmmphhh!!! Mengeluh di sini x apa, kan.

Musim hujan sudah mari.. Terjaga daripada tidur awal pagi..hujan.

Hancurlah kau Israel laknatullah. Suka hati bunuh org.

Thursday, 1 November 2012

New November!

Bulan November!

Weekend ni sibuk (konon la) menyiapkan dokumen2 sebelum cuti.

Next week Isnin - Khamis ada Kursus Etiket dan Protokol di Kem Tasek.

09hb - 16hb Nov trip ke Chamah-Ulu Sepat.

24, 25 dan 26hb ke Temerloh.

Lab reports!
Assignment!

Monday, 29 October 2012

Tutup Akaun Oktober

Hari pertama dtg ke tempat kerja setelah lima hari bercuti.
Perasaan yang biasa. Kerja banyak.
OK, sebenarnya aku sampai hari Ahad jam 10.30 malam. Datang ke rumah bujang tengok tenis.
Tidur pukul 2.30 pagi.
Bangun 6.30 pagi.
Mujur lebih segar sebab hari ini tidak perlu memandu jauh. Lompat katak pun sampai.

Lesu. Bagi hadiah budak2 yg dapat markah tertinggi untuk mata pelajaran sains Tahun 3, 4 dan 5. Harap2 budak2 suka hadiah2 yang mereka dapat.

Masing2 sibuk dengan SPSK. 

Sempat tukar tayar sendiri. Tayar belakang sebelah kiri sudah retak2.
Rim tu jangan cakap. Memang dah lama patut diganti. Tunggu lepas balik dari CUS baru tukar. OTW pulang rumah tadi, dapat call daripada Abg Akmar Pusat Ko. Katanya next week Isnin - Khamis ada Kursus Etiket & Protokol. "Boleh keluar?" Hmmm..minggu akhir persekolahan tu.. Mesti sibuk.. Tengok dulu.

Sedang 'memanggil2' mood untuk menyiapakn tugasan.

Makan. Lapar pulak.

Hari ni skip rutin petang disebabkan aku mengantuk.
Minggu ini mau pergi beli head buff. 

Jadi ular. Yawn.

Thursday, 25 October 2012

Dipenghujung Oktober

Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar!

Bulan Oktober yang agak meletihkan tetapi berbaloi.

1. 10-13 Oktober yang lepas pergi menghadiri Kursus Penyebaran KSSR Dunia Muzik Tahun 3 di SK Indahpura II. Belajar sebab tahun depan kena ajar ikut sistem baru. So, sempatlah belajar main rekoder. Pada masa yang sama iaitu pada 12 & 13 Oktober aku sepatutnya hadir ke Pusat Kokurikulum @Kem Tasek, bersama dengan rakan2 yang lain bertugas utk Perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia. Terpaksa batalkan ke sana atas sebab kursus KSSR itu lebih penting dan tiada pengganti. Alhamdulillah, kursus berjalan dengan lancar. Cuma perlu buat latihan dalaman peringkat sekolah selepas ini.

2. Akhirnya, pada 19-21 Oktober yang lepas, kami berjaya melaksanakan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah. Sebagai penyelaras, aku gembira kerana dapat melaksanakan semua aktiviti mengikut perancangan. Terima kasih kepada rakan2 guru, rakan2 kakitangan sekolah dan pihak2 yang telah memberi sumbangan. Alhamdulillah, program berjalan baik walaupun tetamu yang diundang untuk menyempurnakan majlis - tidak hadir. Yang penting, sumbangan $$$ itu telah sampai..selesai bayaran semua. Alhamdulillah, bebas hutang. Cuma perlu mengedarkan sedikit cenderahati kepada semua AJK. Budak-budak pun seronok sampai ada sorang yang pengsan semasa aktiviti 'Malam Si Pungguk'. Padan muka! Aktiviti berjaya! Haha. Alhamdulillah juga kerana anak2 murid semuanya pulang dengan selamat dan cukup sifat. Hujan, alhamdulillah..bersyukur sangat2 kerana hujan lebat hanya turun semasa majlis penutupan rasmi. Syukur. Post-mortem ringkas - sudah. Laporan perlu disiapkan. Tahun depan turn Pengakap @ Puteri Islam pulak yang organisasikan perkhemahan.

Majlis Penutupan Rasmi. Thn depan mesti lengkapkan pakaian seragam mereka.

3. My Belated Birthday! Hari ini barulah berkesempatan membeli sebiji kek kecil. Hari lahirku yang ke-28! Bakar lilin dan tiup, makan kek. Semoga dipanjangkan umur dan lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Selamat Hari Genap Usia, Arman!
* Kelmarin turun bermain tenis setelah hampir dua bulan tiada memukul bola. Sempat singgah gim walaupun perut kekenyangan selepas membaham nasi lemak Wak Kentut ketika dalam perjalanan pulang dari Perling. Assignment..menunggu.. Esok Hari Raya Aidiladha..layan raya di Kulai saja.. Esok join org buat ibadah Korban. Cuti 5 hari dan kertas2 exam menunggu minta ditanda. Tadi kereta siap servis. Lega. Air minum pun sudah penuh. Haha. Ramai pulak yg tolong isi air dalam botol td. Thanks2.

Saturday, 13 October 2012

Catatan

Aaaa penat & hari ini aku terpaksa berada di 3 tempat berasingan pada masa yang sama tapi terpaksa pilih satu!

Saturday, 6 October 2012

Selamat Datang Oktober!

Subhanallah, Alhamdulillah La Ilahaillallah Allahuakbar..!

Sedar dan sedar, sudah pun masuk dalam bulan yang ke-10 bagi tahun 2012.

Bulan ini agak sibuk dengan urusan untuk menyelaraskan Perkhemahan Unit Beruniform. Kertas projek sudah pun di hantar kepada Ketua Jabatan @ Guru Besar. Cuma bahagian perbelanjaan yang masih dinanti sumber kewangannya. Andai kewangan 'bagus', maka aktiviti akan berjalan dengan lancar, inshaa Allah. Moga2 aktiviti @ setiap slot yang dirancang akan dapat kami jalankan dengan jayanya. Cari vest, khemah personal & yang berkaitan.

Bab belajar. Pusat Wilayah di Johor Bahru sedang dalam pemindahan @ penempatan semula ke tempat yang masih belum kami ketahui. Disebabkan itu, kami diminta untuk datang ke Pusat Wilayah Melaka di SMK Tinggi Melaka bagi menjalankan tugasan amali. Minggu lepas iaitu pada 29hb September, aku dan Zul datang ke sana untuk menetapkan tarikh perjumpaan bagi menjalankan kerja amali biologi. Dan tadi, baru sahaja sampai dari Melaka selepas kami selesai menjalankan tugasan amali. Pergi berempat dengan menaiki kereta Faiz bersama Zul dan Shafie. Perjumpaan kami untuk pelajar2 Tahun 2 di JB ini ialah pada hari Khamis pukul 8 malam di McD Carrefour (detail kaa?)

Nampaknya cuti hujung tahun ini akan sama juga seperti tahun lepas. Aku tidak merancang untuk pulang ke kampung sebaliknya akan menghabiskan masa di Johor dengan beberapa aktiviti. Sudah tentu bertungkus-lumus menyiapkan tugasan kuliah. Pada 09 November pula inshaa Allah akan menyertai trip ke Chamah & Ulu Sepat dalam masa 6@7 hari. Berkira-kira membeli backpack baharu kerana beg yang sedia ada sudah agak uzur. Pada masa yang sama, hati ini juga mula terpaut2 pada Nexus 7 yang pada hematku agak affordable @ mampu milik. Fikir-fikir dulu. Alhamdulillah mak di kampung sihat2 dan harap2 begitu juga dengan anggota keluarga yang lain.

Baiklah. Esok ada sesi untuk bakar kalori di Perling. Dua minggu tiada hayun raket. Kadang2 perasan jugak dalam kalangan ramai2 kawan yang bermain sama tu, ada yang macam suka under estimate kebolehan orang lain. Ignore kan saja. Tidak penting. Nothing. Tidak menjadi kudis. Hehe.

Agak letih. Malam ini cari kek untuk ulang tahun hari lahirku pada 03hb Julai.. Sambutan yang tertunda.

Inshaa Allah 24hb November ini aku akan menjejakkan kaki lagi di Temerloh. Bermakna hampir genap setahun aku datang ke situ sejak 28hb Nov 2011 yang lalu.
Dengan satu harapan, cuaca pada 24hb itu cerah sehingga remang senja. Menikmati senja di tepian sungai. Cukuplah itu sebagai ingatan.

Tuesday, 25 September 2012

Hujung September

Alhamdulillah, trip ke Gunung Tahan melalui Merapoh telah selamat kami sempurnakan pada Hari Malaysia yang lepas. Seronok bersama DMG Trekkers. Kak Nonie, Abg Zumi, Lan, Osman, Lokman, Abg Nassir, Shah Ujang, Kak Salwa, Ena, Abg Nazri dan guide kami iaitu Abg Asri. Perjalanan yang panjang untuk sampai ke puncak Tahan. Sejuk, berangin. Cuma kali ini mental lebih kuat berbanding mental level sewaktu naik ke puncak Korbu - Gayong.

Sekarang beralih pula dengan musim belajar di tahun ke-2.
Tugasan sudah bermula. Yang terdekat kena submit sebelum hujung bulan ni.
Sabtu 29hb ni perlu ke Melaka untuk penetapan tarikh amali biologi.

Kerja - urus untuk perkhemahan pada hujung bulan 10. 

Jadual agak padat sehingga bulan 12 ttapi bulan 11 aku MESTI pergi bercuti lagi. Bercuti ke daerah itu. Ya, daerah sepi itu..

Terbaikkk...!

Tuesday, 28 August 2012

Hujung Ogos

Tahun lepas = '0' sakit.
Tahun ni, hari ini buat pertama kali pakej demam + cherry berry + sakit otot badan + mual.

Ahad pagi turun main tenis selepas dua bulan tiada pegang raket. 
Sempat main 3 set doubles match.
Lepas main tenis pergi makan dengan Abg Fendi & Nurizam.

Sekarang badan sakit.
Kepala berat.
Ikutkan hati mau pergi kerja tapi risau silap2 masuk longkang sepanjang satu jam perjalanan ke tempat kerja.

Kelmarin pergi klinik. Dapat ubat. 

Tidur dalam sleeping bag.

Hujan. Ibnas telefon tadi. Chit chat.
Sambil buat kerja online dgn line yang slow sangkut2.
Kerja orang yg tidak buat, aku yg kena mulakan & sambung.
Terima kasih sebab tambah kerja aku.

Paip utama di luar rumah pecah.

Ada jembalang reverse kereta? hentam paip tu. Pulang2 daripada cuti, nampak paip retak. 
Terima kasih sebab buat aku tambah pening.
Mana mau cari plumber dalam kampung ni.

Friday, 10 August 2012

Sama Tidak Serupa & Ex-GB

Bulan Ramadhan so mahu x mahu (memang mahu), kaki ni sampai juga ke bazaar.

So yang terdekat di Pekan Nanas.
Ada satu gerai tu barang jualannya 'Puding Gebu Mak Jah'. Tuan punya gerai tu muka SAMA dengan kawanku Mas Sharfie Jowo Kokosen!!! Ni wajib ambil gambar ni tunjuk banding. Hidung, mata, putih2, tinggi2 pun lebih kurang. Rabun juga dua2 pakai cermin mata.

Jalan lagi. Masih di bazaar yang sama. Gerai puyuh goreng Fama yang dulu tu tiada pulak berniaga tahun ni. Mungkin beralih tempat.

Eh eh, tiba2 menoleh ke satu gerai lalu 'terbertatap' mata dengan bekas Guru Besar. Puan Mek Limah binti Mohamad. Baru pencen pada 1hb Julai yang lalu. Beliau itu meniaga nasi dagang, nasi kerabu dan laksam. Agak susut parasnya berbanding dahulu. Sempat berbual-bual2. Soalan kahwin "jangan tunggu lama-lama" sempat beliau nyanyikan secara perlahan. Haha. Belilah nasi dagang. Lauknya ikan tongkol. Terjumpa juga dengan Cikgu Baharom & Kak Suraya suami isteri.

Kalau ke bazaar Kulai dekat Temenggung tu, huh asyik2 terjumpa dengan orang yang dikenal. Kalau yang memang dikenal, ok jugak. Kawan2. Ni kalau kawan2 yang sekali dua jumpa time kursus, so terpaksa buat muka manis. Jahatkah?

Dua hari lagi pulang kampung. Yahuuu.
Esok masuk ke Melayu Raya cari bahulu dengan Ai.
Di tempat kerja esok ada Majlis Khatam al-Qur'an dan tadi juga dapat kuih ros, bahulu dan rempeyek daripada si Natasya. Ambil je, katanya. Heyy, ndakkan la aku ambil percuma sedangkan aku order! Haha. So order lagi 1 set dan esok bagi dia duit. Sedap peyeknya. Cukup rasa.

Cikgu Amin hantar mesej bagitau kad raya sudah diterima.. :)
Nisma, Eddy pun sama.

Kasihan aku cari seluar cari kasut tapi tiada yang berkenan dimata. Ada yang berkenan tapi tahap2 bunuh diri kalau dibeli. Wow, adakah aku sekarang telah berubah mempunya citarasa yang tinggi dalam membeli-belah? Cis.

Pulang nanti Syafiq hantar ke airport. Mesti gerak awal tau! :)

Tuesday, 7 August 2012

Semangatnya Raya Pulang Kampung!!!

19 Ramadhan 1433 H.
Hari ke-18 berpuasa.

Waran tiket pulang kampung - settled.

Route kali ini :

Senai Airport, JB --- LCCT, KL --- Sandakan Airport

Petang ini bertolak ke Johor Bahru untuk Ihya' Ramadhan selama 3 hari.
Dapat surat hari Sabtu lepas.
Sebelum subuh tadi kelam-kabut kemas beg.
Pagi ni sempat kerja macam biasa sebelum cabut awal untuk lapor diri.

Sabtu lepas sempat ke Pasar Karat. Yeayyy jumpa headlamp yang terang benderang cahayanya (ntah brand mcm Made in China). Rechargeable battery.
Dapat tshirt cantik T90.

Hujung minggu ni ke Batu Pahat cari bahulu gulung dan kerepek2 untuk bawa pulang kampung.

Ohooohooo balik kampunggggg....!!!
Ohooohooo balik kampunggggg....!!!

Saturday, 4 August 2012

Freedom - Jauh Dirindu

Di mana
Katakan di mana salah silapnya
Ku terasa-rasa hubungan kita
Berubah mengikut masa..

Ke mana
Mana hilang keajaiban itu
Kelembutan serta kemanisanmu
Yang pernah menghias hidupku..

Mengapa kita kini
Saling mengasingkan diri
Kemesraan lalu
Dingin dan membeku
Tetapi hati tidak dapat dibohongi
Bila saja berjauhan
Kita kerinduan..

Kau dan aku
Diuji gelombang waktu..

Sayangku
Biar genting usah berputus terus
Kenangan lalu tak mudah dihapus
Segalanya terukir di hati
Jika ditakdirkan tak sehaluan lagi
Kau tetap aku ingati.

*Ke mana kumpulan Freedom, ahli2 yang tinggal..? Seha sudah tiada. Shuib?

Sunday, 29 July 2012

Sisa-sisa Julai

Kelmarin barulah ada hujan turun buat pertama kali sejak hari pertama berpuasa.
Sejuklah sedikit alam yang membahang.

Esok hari Isnin dan boleh datang ke JPN untuk ambil waran pulang kampung pada 18hb nanti. Seronoknya! Terima kasihlah Cik Norizwah yang telah tolong uruskan.
***
Inshaa Allah perjalanan kami pada 13hb September malam, kami akan menggunakan khidmat KTMB direct dari sini ke stesen Gua Musang. Tiga hari lepas aku sempat menelefon pejabat KTM. Harga tiketnya RM37.00 untuk satu perjalanan. Ada dua trip. Pertama pada pukul 6.30 pagi dan dijangka tiba di Gua Musang pada pukul 3 petang. Trip ke-2 pada pukul 8.00 malam dan tiba pada pukul 5.00 pagi keesokannya. Trip ke-2 lebih sesuai. Teruja. Ada lebih kurang satu setengah bulan lagi. Headlamp, bateri tambahan, rain cover dan beberapa peralatan tambahan yang perlu disediakan sebelum trip kali ini.
 ***
Hujung bulan ini juga pointer untuk exam akan dikeluarkan. Aku tidaklah harap dapat high pointer. Cukup sekadar lepas apa yang patut. Nampak perkataan 'LULUS' pun sudah memadai. Kuang3..
***
Kelmarin juga kol mama. Berbual2 itu ini. Ah, genap setahun aku tidak pulang ke kampung. Sempat ke Plaza Angsana membeli kad hari raya untuk beberapa orang kawan. Regular friends untuk terima kad saban tahun daripada aku. Sesetengahnya rapat dan sebahagian lagi tidak rapat tapi sesuai untuk menerima kad ucapan hari raya.

Pilihan sentiasa hadir. Pilihlah yang terbaik. Setiap manusia berhak membuat pilihan berdasarkan panduan dan kesesuaian.

Wednesday, 25 July 2012

Teruskan hidup

6 Ramadhan
Hari ke-5 berpuasa.
Malam tadi dapat saf yang betul-betul menghadap kipas gergasi tu. Perrgghhh! Rasa macam terbuai-buai ditambah dengan kekenyangan.


Cheese tart 50 biji daripada Ai.
Masuk dalam peti sejuk. 
Crust dia jadi keras2 sejuk. Yummy! Sedapnya makan waktu berbuka.


DH hampir tamat. Episod malam tadi membuatkan aku jadi sedih. Sedihlah konon.
Menunggu tiket daripada Jabatan.
Bila sampai tu?
credit : 4kiki.com

Saturday, 21 July 2012

Marhaban Ya Ramdhan!

Hari pertama berpuasa.
Malam ke-2 menunaikan solat tarawih.

Tuesday, 17 July 2012

Oh Julai!

Hari ini keputusan / result exam akhir RPPJJ USM Sidang 2011 / 2012 telah dikeluarkan. 

Yeayyyyy LULUS semua subjek KECUALI satu subjek yang aku memang expect & usaha untuk gagalkan iaitu Maths! Lalalalalalalalaaaa.. I HATE NUMBERS EXCEPT $$$$$$$$. Ka Ching! Ada unsur2 mata duitan di situ. Heyy, semua orang suka duit! So, repeat paper maths la next2 year.

Nik Izwan kol tadi bagitau.
Faiz pun kol tanya result.
Alhamdulillah.
Will do much much more better for next2 years.

Tiga @ empat hari lagi sebelum menjelangnya Ramadhan.
Ahlan Wa Sahlan!
Marhaban ya Ramadhan!

Dua bulan lagi inshaa Allah untuk misi ke Puncak Tahan.
Berdebar dan excited!
Mudah2an dipermudahkan.

Tahniah juga kerana Rumah Sukan Biru telah menang BESAR dalam Kejohanan Olahraga Kali ke-15 peringkat SKMJ tahun 2012 yg telah berlangsung pada 14hb Julai 2012.

Kami menang :

1. Johan keseluruhan (439 mata, 18 mata mengatasi pencabar)
2. Khemah Terbaik
3. Perbarisan Terbaik
4. Olahragawati Perempuan 10 (Maizatul Aini)
5. Olahragawan Lelaki 8 (Amirul Haqqim)
6. Olahragawati Perempuan 8 (Nurul Sofea)

Juga terima kasih yg amat sangat kepada Kak Shidah, Kak Nora, Cikgu Hamid, Azlina, Syamaizar, Epul & Darisham selaku pembimbing dan penasihat Rumah Biru 2012. 
Tapi tahun ni rasa kurang penat berbanding sukan tahun2 lepas di tempat kerja lama. Apa sebab agaknya? Hmm..
Alhamdulillah, hampir genap setahun berkhidmat di sini.

Berdoa dan jangan henti teruskan berdoa.
Berusaha dan tingkatkan usaha.
Moga hasil yang terbaik dijanjikan oleh-Nya.

Ameen.

*kemudian baru masukkan gambar2 berkaitan.

Wednesday, 4 July 2012

Selamat Hari Genap Usia yg ke-28!

Alhamdulillah..cecah umur 28 tahun tapi tenaga rasa macam 20 tahun! Mungkin sebab semasa zaman remaja kurang aktif, tenaga tersimpan so sekarang baru dikeluarkan (salah! haha mana ada begini!). Semoga sentiasa sentiasa sentiasa kekal sihat, cergas dan aktif!!

Semoga kehidupan terus bahagia dan gembira.
Thank you Allah for let me be healthy, let my family be with me,
Let my friends keep around me.

Semoga aku sentiasa dipertemukan dengan insan-insan yang berjiwa positif, bersemangat dan menghargai apa jua situasi / keadaan dan tegar menghadapi cabaran. Inshaa Allah. Amiinn.

29hb Jun - 01hb Julai 2012 trip ke Gunung Rajah di Bentong, Pahang.
Terasa 'putus asa' sebab trek yang panjang dan turun dari puncak pada waktu malam menjelang pukul 1 pagi. Mengantuk dan lenguh. 
Sungai menjadi pengubat lelah untuk trip kali ini.
Di sini juga bertemu semula dengan rakan2 dari trip CBL.. Jejai, Sha, Ijad, Apit, Dann dan Mirul a.k.a Simpang yang sama2 dalam trip ke Liang beberapa minggu lepas.
Memang letih dan setiap gunung itu pastinya memberikan pengajaran, pengalaman dan keunikannya yang tersendiri.

Alhamdulillah, Subhanallah, Allahu Akbar.
Berikan aku terus kekuatan untuk hari ini dan masa depan.

Yeayyy sampai juga di Puncak Rajah, akhirnya!


penat sudah muka masam

sotong candat dari Ganu..haha mcmana boleh sampai Bentong

Line-up!


Saturday, 23 June 2012

Jun menghampiri Julai

Alhamdulillah, Peperiksaan Akhir untuk Sidang 2011 / 2012 baru sahaja selesai kelmarin (22/06/2012). Lega. Boleh simpan buku. Keputusan akan diumumkan pada 31hb Julai 2012. Borang daftar subjek untuk Sidang 2012 / 2013 pun sudah diterima. Buku-buku kuliah boleh simpan. Dapat jumpa kawan2 study. Ok, done.

Lusa (25 - 28 / Jun / 2012) sepatutnya bertugas di Pusat Koko Kem Tasek tapi terpaksa tarik diri. Perkhemahan Integriti Murid Sekolah Menengah Negeri Johor. Memandangkan minggu depan sibuk untuk hari terbuka (banyak kerja yang belum sempurna dan di sini lebih penting, so utamakan kerja di sini). Hari Terbuka pada 29hb Jun 2012 bersamaan hari Jumaat. Kenalah menghadap ibu bapa.

30hb Jun nti inshaa Allah, mudah2an tercapai hajat tertangguh selama setahun untuk sampai ke Gunung Rajah. Dengan Jejai & kwn2 lain. Rindulah dgn kawan2 CBL! Haha.

Permohonan untuk waran tiket pulang cuti Hari Raya Aidilfitri akan dipos ke JPNJ pada hari Isnin ini, dengan harapan dapat penerbangan dengan waktu yang 'sedap'. Sebelum ni (tiga tahun lepas) dapat flight gila terbang pada pagi raya. Orang bertakbir di masjid, aku pula mamai di airport tunggu kapal. Dari 7.00 pagi hingga 3.00 petang. Sampai rumah pada hari raya pertama, aku pun dalam keadaan busuk, basi dan keletihan + pening turun naik kapal.

Bila mahu buat coaching untuk tenis ni? Aku yang perlu dicoaching ni. Sekian lama bermain dengan teknik dan skill yang semberono. Tapi bola aku pukul tetap masuk, kan? Ha. Tangan hayun x habis sampai ke belakang & poor footwork. Tunggulah! Nantilah! Ahhh.. Sempat itu ini dengan coach tenis, Abg Rozelan minggu lepas di Perling.

Ok, skrg ala2 musim cuaca panas. Malam2 sebelum tidur terpaksa jirus badan 2-3 gayung. Baru sedap tidur. 

Study, kerja, hobi. I need to refresh myself. Tabung Vietnam @ Laos tu minta ditambah lagi. Haha. Alang2 tukar jadi Tabung Makassar. Di Makassar ni pun best, destinasi AirAsia pun ada ke sana. Yang skrg ni selalu nampak kwn2 ke Bandung, Jakarta, Lombok, Sumatera, Padang. Aku try ke Makassar pulak! Google2, tidak kurang hebatnya Makassar ni.


Rindu..rindu..serindu2nya.. Kepada semua!

Monday, 4 June 2012

Awal Jun

Isnin, 04hb Jun 2012 - 6.00 petang.

Lenguh letih badan.

Pukul 3.30 pagi tadi baru sampai rumah dari Tanjung Malim. Ke Liang East-West dengan kawan2 ORA.

Seperti biasa, naik bas. Dari Gombak naik kereta Hassan ke Tanjung Malim. Nampak UPSI. Teringat dengan BFF Inra yang pernah belajar di UPSI. 

Pulang pun sama, naik kereta Hassan. Hassan hantar sampai ke Stesen Komuter Kepong. Dengan Danial & Husaini, kami bergerak ke KL Sentral (Danial), aku dan Husaini terus ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Aku dapat bas pukul 11 malam ke Kulai.

Kemas beg, keluarkan kain kotor, basuh diri, makan Pau Yuk Min (indah khabar daripada rasa, konon2 sedap? Biasa jaa..) tidur sejam setengah then bangun. Huwarggghh..

Pukul 7.30 bergerak ke MPC Bandar Baru Uda. Exam Akhir RPJJ 2011 / 2012 - paper Maths. Hujan lebat beberapa kawasan. Siap pukul 11. Pulang rumah. Tidur. Sakit betis lagi.

Dapat gatal-gatal dari Liang. Kali ni kaki terasa extra lenguh compare dengan trip2 sebelum ni.

Penat. Makan. Sambung study Sastera. Sebelum tu, kita main Plants vs Zombies dulu ya.. ;p

Friday, 25 May 2012

Gunung Berembun

Alhamdulillah..
Setakat ni aku telah menjejakkan kaki di ketiga2 puncak Gunung Berembun..
Di mana lagi ada Gunung Berembun di Malaysia..? Ada yg tertinggal lagi?

Ini puncak Gunung Berembun di Cameron Highlands, New Year 2011 dgn Hairi MKA Booster


Puncak Gunung Berembun di Ulu Klawang, N.9 bersama Sepul & kwn2 KOHM.

Lokasi Dungun semasa trip Chemerong, Air Terjun Lansir & Gunung Berembun
Ini pla 'berembun' malam2 di Danga Bay..dulu2..haha. Ada bubbles2 lagi..Jom Heboh 2009


Wednesday, 23 May 2012

Broga Hills

Alhamdulillah, tercapai juga 'impian' sampai ke Bukit Broga untuk menikmati keindahan lalang.

Hari Isnin pukul 3 pagi sampai rumah kakak di KL then pagi tu dalam pukul 9.00 pagi tu dapat mesej & kol daripada Azmi & Rahmah & Neng. Broga! dengan penat, letih pulang dari CBL Terengganu, pagi tu dalam pukul 10.30 kami shoot ke Semenyih naik Persona si Neng.
Ah, terharu-biru aku.
So kami pun naik ke Broga dalam keadaan cuaca yang panas membakar. Sunblock 3 lapis bilang si Rama..

Azmi Neng Rama *paling bnyk aksesori..aihhhhh
laju..laju..buaiku lajuu..

Rama penat panas

tumpassuuunnn..



Biarkanlah di sini, kasihku dan kasihmu bersatu ke hujung titisan..yang akhir..

Tuesday, 8 May 2012

Hutan Lipur Chemerong, Air Terjun Lansir, Gunung Berembun

Misi ke Terengganu.
Pertama kali jejak kaki di Terengganu tapi sayang tidak jumpa penyu @ pantainya yang cantik.
Sebaliknya masuk ke Hutan Lipur Chemerong dalam Daerah Dungun Terengganu.
Sempat jejakkan kaki di Masjid Al Muktafibillah Syah di Bandar Al-Muktafibillah Syah.
Bersama kawan-kawan yang diketuai oleh Fendi Lipis dan penganjur Jejai SOS.

Trek panjang tapi memang berbaloi sebab puas mandi sungai dan jumpa air terjun di tapak perkhemahan. Puas! Eh x puas la! 
Alhamdulillah, free injury sepanjang trek.
Tidak sia-sia outdoor ke sini.
Jumpa lagi :) 















Saturday, 21 April 2012

Minggu ke-3 April

Isnin 16-19/April/2012

Menghadiri Kursus Asas Renang Jurulatih Lelaki Pusat Kokurikulum Kem Tasek Utara, JPNJ.
Seronok, tangan lenguh2 dan memang meletihkan. 
Kulit pun bertukar jadi puding karamel.







Hari ini Sabtu, sekarang hari bekerja. Ada sekolah ganti guna jadual hari Khamis. 40 minit lagi untuk masuk ke kelas Tahun 3 mata pelajaran Dunia Seni Visual. Hari ni buat kolaj. Kolaj ikan.

Kena 'racun' oleh si Lini untuk trip Yellow-Pass-Irau 12-13/Mei/2012 ni. Inshaa Allah, mudah2an tiada halangan. Trip idaman ni. Hajat 2011 tidak tercapai, harap2 kali ni berhasil bersama ORA.

Exam USM start pada 04/Jun/2012 di MPC, Tampoi dan first paper is Maths! @_@ poning..
Minggu ke-2 cuti sekolah pertengahan tahun.

27/Mei/2012 inshaa Allah akan ikut rombongan ke Cheras? untuk majlis perkahwinan Azhar. Naik bas ramai2.
Tarikh yang sama, Raja Muhammad Azlan Shah bin Raja Aznin Shah ('adikku Raja') juga akan bernikah.
Tahniah.

Lepas kerja kejap lagi kami mahu ke Tutti Frutti Jusco Taman U :)

Thursday, 5 April 2012

Ledang via Lagenda

24th Mac 2012 / Sabtu.
 
Akhirnya tercapai impian sampai ke Puncak Gunung Ledang. Thanks alot Dr James & friends 1 Malaysia yang bersama2 dalam trip kali ini.
Sah bergelar 'orang Johor'. Haha.
Rakan2 dari IMU Seremban. 
Zaidi, Farid, Hareez, Farid & sisters Sara & Sera.
Puas.








Jumpa lagi! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...