Wednesday, 30 November 2011

Pilihan & Kehidupan

Hidup sentiasa meminta manusia untuk membuat pilihan.

Mengapa perlu ada pilihan? Kerana manusia inginkan perubahan. Manusia inginkan kelainan. Inginkan kesenangan. Mahukan kebahagiaan.

Ada manusia yang silap membuat pilihan maka terjadinya penyesalan, kesedihan dan kekecewaan. 

Pilihan selalunya melibatkan dua perkara :
i. Baik atau buruk?
ii. Kiri atau kanan?
iii. Simpan atau buang?
iv. Lapar atau kenyang?

Kadang-kala kita punya banyak pilihan. Selalunya untuk perkara-perkara yang tidak mencemaskan. Sebagai contoh, jika hujung minggu yang lapang, kita bebas untuk memilih melakukan pelbagai aktiviti selagi perasaan lapang dan aman itu ada.
Kadang-kala kita tiada pilihan melainkan terpaksa memilih untuk meneruskan sesuatu. Misalannya terpaksa telan ubat dengan harapan segera sembuh daripada demam. Kalau tidak ambil ubat, nanti penyakit melarat.
Beruntunglah mereka yang mempunyai banyak pilihan. 

2 comments:

  1. Benci membuat pilihan. Acapkali tersilap. Antara cinta dan tanggungjawab. Susah utk dipilih...realitinya? Semua penting.

    ReplyDelete
  2. Betul. Semuanya dimau. Dilema. Yg pnting berusaha & cari titik keseimbangan. Go for the best.

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...