Friday, 18 November 2011

Cuti pun bermula

inilah sebahagian pemandangan yg aku lalui setiap hari ke tempat kerja. ini suasana sekitar dalam
pukul 6.50 pagi - 7.00 pagi.  kadang2, boleh nampak matahari oren mcm telur masin kalau cuaca baik. damainya rasa..
boleh katakan tiap hari nampak ada binatang mati; biawak la, ular hitam la, tupai la, burung la, burung hantu pun ada. paling banyak biawak. hancur kena lenyek. *menuju ke Layang-Layang.

Hari ini merupakan hari terakhir bekerja secara rasmi. Budak-budak pun gembira dan riang-ria. Kami sempat bersalam-salaman antara guru, kakitangan sekolah dan murid-sebelum berpisah untuk tahun 2011. Seperti biasa, ada sedikit keharuan dalam perasaan tapi berjaya ditahan. Si Armansah, kan. Memanglah begitu. Sikit2 melankolik. Cis.

Ada juga Majlis Jamuan Perpisahan Murid-Murid Tahun 6 yang diadakan di kantin sekolah. Kenyang. Alhamdulillah. Lupa bawa kamera dan tiada pula keinginanku mengambil gambar. Sedap menu siang tadi. Sate ayam dan daging melimpah-limpah ke ladang gandum. Tidaklah. Tapi kenyang dan puas juga. Teringat zaman-zaman sekolah dahulu..tengok cikgu-cikgu makan sedap di kantin, aku just tengok. Berangan2 waktu tu. Sekarang? Ha, aku dapatlah juga makan sedap-sedap. Hihi.
Sempat kemas kelas dan meja kerusi untuk kelas Tahun 2 pada 2012. Aku jadi guru kelas. So, sebelum mula sesi persekolahan 2012, bolehlah menghias dan menceriakan bilik darjah tahun 2 yang kusam-kusam tu.
Seperti biasa, walaupun cuti tapi bagi aku kerja-kerja lain tetap ada. Tugasan PJJ, kerja-kerja online (sambung buat pada minggu hadapan, extend kerja seminggu di sekolah). Seronoknya, dapat juga luangkan masa bermain tenis pada setiap hujung minggu. Oh ya for tennis, i lost 3 straight matches in group stage. Try my best next time. Kalah! Uwaaa. Apapun, enjoy dan seronok!
Ada anak kucing comel di kantin sekolah. Ambil? Fikir-fikir dululah. Belang-belang kelabu juga warnanya. Jinak-jinak takut dengan aku tapi sejak dua hari ni aku bagi makan masa aku bersarapan di kantin, anak kucing tu makin jinak dan manja walaupun masih nampak cuak dengan aku.
Mudah-mudahan tercapai hajat hendak ke Terengganu minggu hadapan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...