Tuesday, 29 November 2011

Kenangan Cuti di Pahang

Dengan sedikit maklumat yang aku peroleh daripada carian internet & panduan daripada kawan iaitu Mohd.Yamin (orang Triang, so bolehlah minta tips tunjuk arah jalan) akhirnya aku sampai juga ke destinasi yang aku tuju iaitu TEMERLOH. Alasan utama : Kuala Gandah mau tengok gajah. Huweeee...

Aku bertolak dari rumah (Johor) pada pukul 6.15 pagi, 26hb November 2011 bersamaan hari Sabtu (apasal detail sangat ni! haha) Cuaca baik. Aku mengambil laluan PLUS bermula dari Plaza Tol Kulaijaya sehingga ke Plaza Tol Yong Peng Selatan. Memasuki Pekan Yong Peng, aku meneruskan perjalanan. Melalui Pekan Chaah, Pekan / Bandar Labis dan memasuki Bandar Segamat. Dari Segamat (jalan agak berkabus sekitar pukul 8.30 pagi) aku meneruskan pemanduan hingga ke Gemas. Di Gemas, aku menghubungi Mohd.Yamin kerana kurang pasti laluan seterusnya. Selepas itu, aku meneruskan perjalanan sehingga bertemu satu simpang jalan singkat ke Bahau yang memasuki kawasan Negeri Sembilan.

Sawah padi pun ada. Singgah ambil gambar.
Senang hati nampak sign 'Temerloh'
Sebelum menemui papan tanda di atas, aku telah melalui jalan pintas selepas dari Bandar Gemas. Selepas melintasi landasan kereta api ke-2, akan jumpa satu lampu isyarat dan membelok ke satu kawasan kampung yang terdapat banyak rumah-rumah inap desa @ homestay. Salah satu kampung di situ ialah Kampung Bangkahulu. Ada kawasan sawah padi. Penghujung jalan ini ialah simpang membelok ke kiri (ke Tampin dan masuk semula ke Gemas) dan simpang belok ke kanan yang akan menuju ke arah tempat seperti papan tanda di atas. So, kita belok ke? Ya, belok kanan. Teruskan perjalanan lagi. Ada dalam 110km lagi hendak sampai ke Temerloh, Bandar Ikan Patin.

Kereta kecilku yang banyak berjasa :)
Pinggiran sungai @ Waterfront Bera.
Memasuki daerah Temerloh :) yeaayy
Memasuki daerah Bera & Temerloh, rupa-rupanya jalan raya menyusur sepanjang tepi Sungai Pahang. Tepi jalan boleh nampak gerai-gerai yang menjual ikan patin sangkar dan ikan talapia.

Aku tiba di Bandar Temerloh lebih kurang pukul 11.30 pagi. Mengikut arus trafik, akhirnya aku sampai di tengah-tengah Bandar Baru Temerloh. Di sini ada pusat beli-belah 'The Store' yang bergabung dengan Terminal Baru Bas Temerloh. Lapar. Singgah makan tengah hari di sebuah kedai makan yang banyak hidangan lauk-pauknya. Barisan kedai di belakang terminal bas tadi. Selepas makan, aku menuju ke terminal dan bertanya dengan kaunter Majlis Perbandaran Temerloh. Ada petugas di situ. Aku bertanya arah ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah yang terletak dalam daerah Lanchang. Maklumat daripada petugas tu kurang membantu. Blurr. Aku meneruskan pemanduan keluar dari bandar baru tu dan ternampak Bangunan Pejabat Majlis Perbandaran Temerloh. Turun bertanya tetapi tiada orang di situ. Di sebelahnya pula pejabat pos. Bertanya lagi. Staf di situ (seorang perempuan) yang baik hati membantu aku dengan melakar arah jalan yang menjadi panduanku ke Kuala Gandah. Syukur alhamdulillah. Aku sampai ke Kuala Gandah. 

Perjalanan ke sini lebih kurang sejam. Papan tanda arah memang sangat membantu. Di Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang ini, aku menghabiskan masa lebih kurang 3 jam. Dapat tengok gajah, pegang gajah, usap gajah dan ambil gambar bersama gajah. Aktiviti menunggang gajah terlepas sebab aku terlewat. Aktiviti mandi bersama gajah pula tidak dapat dijalankan kerana paras air sungai yang agak tinggi (hujan) dan berbahaya kepada anak-anak gajah. Ramai juga pengunjung yang datang. Bagi makan gajah dengan tebu dan kacang, nampak gajah dimandikan dan persembahan daripada gajah-gajah yang bijak dan jinak. Sekali dia bertempik, memang kuat dan nyaring.

Kian hampir ke Kuala Gandah
Gambar bersama gajah di Kuala Gandah
Sesi bergambar bersama anak-anak gajah.


Jumpa lagi big elephants, comel-comel  baby elephants dan semua gajah Kuala Gandah. Sehingga berjumpa lagi. Juga kepada staf2 dan pelawat-pelawat lain yang sudi tolong snapkan gambarku yang datang berseorangan. Mini tripod pun banyak membantu.
Pulang dari tempat gajah, aku singgah di 'Deerland' yang juga terletak di Kuala Gandah. Dalam 10-15 minit sahaja dari tempat gajah tadi. Di sini banyak rusa. Ada ular sawa. Ada cerpelai, arnab, burung puyuh, ayam dan 2-3 jenis haiwan lain. Haiwannya tidak banyak. Nah ini sempat ambil gambar dengan ular sawa. Oh, kepada yg hendak ke sini, bayaran masuk RM6.00. Di Pusat Konservasi Gajah tadi tiada bayaran dikenakan.

Ular sawa albino
Ini cerpelai tidur yg diberi pegang oleh petugas. Baunya hancing!
Berpatah semula memasuki Temerloh.
Aku tidur di sebuah hotel sederhana. Namanya Hotel Isis. Simple. Yang ni hotel yang dekat dan dijumpai masa pusing-pusing bandar. Rupa2nya dekat ja. Penat. Letih. Berehat. Esok pagi kena ke Universiti Malaysia Pahang, Gambang untuk jumpa dengan sepupu, Linda. SELAMAT TAHUN BARU 1433 HIJRIAH BUAT SEMUA. Sempat baca post2 kawan dalam facebook.

Gambar ni semasa plg dari Kuantan. Wow TITIK TENGAH!
Antara mercu tanda di LPT Temerloh

Atas ni semasa di atas Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Plaza Tol Temerloh menghala ke Gambang dan Kuantan (kalau terus boleh sampai Terengganu dan terus ke kawasan2 Pantai Timur). Sejam suku sampai UMP. Jumpa Linda dan kami ke Kuantan. Besar juga bandar Kuantan. Kami makan di East Coast Mall. Makan di 'Laksa Shacks' x silap ejaan nama kedai tu. Pengunjung pun ramai. Singgah ke Parkson membeli cenderahati sebagai tanda kenangan...
Di bawah ni ialah gambar semasa di Esplanade Kuantan. Uniknya Pahang, nama2 setiap daerah dinyatakan dengan blok huruf besar di tepi Sungai Pahang yang mengalir. Kali ini aku hanya dapat nampak BERA, TEMERLOH dan KUANTAN. Untuk daerah lain aku kurang pasti sama ada tanda nama begini atau tidak.

Sungai Pahang. Linda tolong ambilkan gambar.

Semasa di Bandar Kuantan,sempatlah nampak Hospital Tengku Ampuan Afzan @HTAA yang selama ni aku cuma dengar namanya disebut dalam berita tv. Berpatah balik ke Gambang hantar Linda ke UMP. Pesan belajar baik2. Sepupu yang sangat jarang dijumpa. Aku meneruskan perjalanan ke Temerloh. Balik semula ke bilik dalam pukul 7.15 malam. Letihnya. Gerimis2. Kenyang lagi so rasa tiada selera hendak makan malam. Mandi, berehat dan tengok-tengok gambar setakat yang ada dalam kamera. 
Malam terakhir di Pahang.


Isnin 28hb Nov, solat subuh. 6.30 pagi. Alarm hset bangun pagi berbunyi..dingdong.

Hari terakhir berada di Pahang. Harap akan ada lagi jejakku di sini suatu masa nanti.
Pukul 8.30 pagi aku keluar sebentar pergi bersarapan di tepi Sungai Pahang @ Esplanade Temerloh. Sempat mengambil gambar. Ada 3-4 keluarga yang turut berada di sini. Sempat bertanya serba sedikit tentang Temerloh dengan pakcik pemilik gerai pertama tempat aku bersarapan. Gerai berhampiran jambatan gantung yang katanya belum boleh dilalui. Ada kucing manja.

Hingga bertemu lagi..

Pukul 10.15 pagi, aku mula berkemas. Tepat 10.30 pagi aku keluar dan lebih kurang 10.35 pagi, aku pun bergerak meninggalkan Temerloh. Mengikut laluan yang sama ketika datang dua hari lepas. Perjalanan pulang yang kurasakan jauh. Mengantuk. Sampai di rumah pada pukul 4.10 petang. Hujan lebat. Penat. Hanya gambar menjadi kenangan percutian singkat ke Pahang. Insya Allah, jumpa lagi :)

4 comments:

  1. pembetulan, Lanchang dalam daerah temerloh, tiada daerah Lanchang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owe u that. Thanks for the correction.

      Delete
  2. Ke Kuala Gandah tu laluan kesana hutan ke.. if perempuan drive kesana encik rasa ok x? Tapi bukan sorang with the kids..

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...