Wednesday, 30 November 2011

Pilihan & Kehidupan

Hidup sentiasa meminta manusia untuk membuat pilihan.

Mengapa perlu ada pilihan? Kerana manusia inginkan perubahan. Manusia inginkan kelainan. Inginkan kesenangan. Mahukan kebahagiaan.

Ada manusia yang silap membuat pilihan maka terjadinya penyesalan, kesedihan dan kekecewaan. 

Pilihan selalunya melibatkan dua perkara :
i. Baik atau buruk?
ii. Kiri atau kanan?
iii. Simpan atau buang?
iv. Lapar atau kenyang?

Kadang-kala kita punya banyak pilihan. Selalunya untuk perkara-perkara yang tidak mencemaskan. Sebagai contoh, jika hujung minggu yang lapang, kita bebas untuk memilih melakukan pelbagai aktiviti selagi perasaan lapang dan aman itu ada.
Kadang-kala kita tiada pilihan melainkan terpaksa memilih untuk meneruskan sesuatu. Misalannya terpaksa telan ubat dengan harapan segera sembuh daripada demam. Kalau tidak ambil ubat, nanti penyakit melarat.
Beruntunglah mereka yang mempunyai banyak pilihan. 

Tuesday, 29 November 2011

Kenangan Cuti di Pahang

Dengan sedikit maklumat yang aku peroleh daripada carian internet & panduan daripada kawan iaitu Mohd.Yamin (orang Triang, so bolehlah minta tips tunjuk arah jalan) akhirnya aku sampai juga ke destinasi yang aku tuju iaitu TEMERLOH. Alasan utama : Kuala Gandah mau tengok gajah. Huweeee...

Aku bertolak dari rumah (Johor) pada pukul 6.15 pagi, 26hb November 2011 bersamaan hari Sabtu (apasal detail sangat ni! haha) Cuaca baik. Aku mengambil laluan PLUS bermula dari Plaza Tol Kulaijaya sehingga ke Plaza Tol Yong Peng Selatan. Memasuki Pekan Yong Peng, aku meneruskan perjalanan. Melalui Pekan Chaah, Pekan / Bandar Labis dan memasuki Bandar Segamat. Dari Segamat (jalan agak berkabus sekitar pukul 8.30 pagi) aku meneruskan pemanduan hingga ke Gemas. Di Gemas, aku menghubungi Mohd.Yamin kerana kurang pasti laluan seterusnya. Selepas itu, aku meneruskan perjalanan sehingga bertemu satu simpang jalan singkat ke Bahau yang memasuki kawasan Negeri Sembilan.

Sawah padi pun ada. Singgah ambil gambar.
Senang hati nampak sign 'Temerloh'
Sebelum menemui papan tanda di atas, aku telah melalui jalan pintas selepas dari Bandar Gemas. Selepas melintasi landasan kereta api ke-2, akan jumpa satu lampu isyarat dan membelok ke satu kawasan kampung yang terdapat banyak rumah-rumah inap desa @ homestay. Salah satu kampung di situ ialah Kampung Bangkahulu. Ada kawasan sawah padi. Penghujung jalan ini ialah simpang membelok ke kiri (ke Tampin dan masuk semula ke Gemas) dan simpang belok ke kanan yang akan menuju ke arah tempat seperti papan tanda di atas. So, kita belok ke? Ya, belok kanan. Teruskan perjalanan lagi. Ada dalam 110km lagi hendak sampai ke Temerloh, Bandar Ikan Patin.

Kereta kecilku yang banyak berjasa :)
Pinggiran sungai @ Waterfront Bera.
Memasuki daerah Temerloh :) yeaayy
Memasuki daerah Bera & Temerloh, rupa-rupanya jalan raya menyusur sepanjang tepi Sungai Pahang. Tepi jalan boleh nampak gerai-gerai yang menjual ikan patin sangkar dan ikan talapia.

Aku tiba di Bandar Temerloh lebih kurang pukul 11.30 pagi. Mengikut arus trafik, akhirnya aku sampai di tengah-tengah Bandar Baru Temerloh. Di sini ada pusat beli-belah 'The Store' yang bergabung dengan Terminal Baru Bas Temerloh. Lapar. Singgah makan tengah hari di sebuah kedai makan yang banyak hidangan lauk-pauknya. Barisan kedai di belakang terminal bas tadi. Selepas makan, aku menuju ke terminal dan bertanya dengan kaunter Majlis Perbandaran Temerloh. Ada petugas di situ. Aku bertanya arah ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah yang terletak dalam daerah Lanchang. Maklumat daripada petugas tu kurang membantu. Blurr. Aku meneruskan pemanduan keluar dari bandar baru tu dan ternampak Bangunan Pejabat Majlis Perbandaran Temerloh. Turun bertanya tetapi tiada orang di situ. Di sebelahnya pula pejabat pos. Bertanya lagi. Staf di situ (seorang perempuan) yang baik hati membantu aku dengan melakar arah jalan yang menjadi panduanku ke Kuala Gandah. Syukur alhamdulillah. Aku sampai ke Kuala Gandah. 

Perjalanan ke sini lebih kurang sejam. Papan tanda arah memang sangat membantu. Di Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, Lanchang ini, aku menghabiskan masa lebih kurang 3 jam. Dapat tengok gajah, pegang gajah, usap gajah dan ambil gambar bersama gajah. Aktiviti menunggang gajah terlepas sebab aku terlewat. Aktiviti mandi bersama gajah pula tidak dapat dijalankan kerana paras air sungai yang agak tinggi (hujan) dan berbahaya kepada anak-anak gajah. Ramai juga pengunjung yang datang. Bagi makan gajah dengan tebu dan kacang, nampak gajah dimandikan dan persembahan daripada gajah-gajah yang bijak dan jinak. Sekali dia bertempik, memang kuat dan nyaring.

Kian hampir ke Kuala Gandah
Gambar bersama gajah di Kuala Gandah
Sesi bergambar bersama anak-anak gajah.


Jumpa lagi big elephants, comel-comel  baby elephants dan semua gajah Kuala Gandah. Sehingga berjumpa lagi. Juga kepada staf2 dan pelawat-pelawat lain yang sudi tolong snapkan gambarku yang datang berseorangan. Mini tripod pun banyak membantu.
Pulang dari tempat gajah, aku singgah di 'Deerland' yang juga terletak di Kuala Gandah. Dalam 10-15 minit sahaja dari tempat gajah tadi. Di sini banyak rusa. Ada ular sawa. Ada cerpelai, arnab, burung puyuh, ayam dan 2-3 jenis haiwan lain. Haiwannya tidak banyak. Nah ini sempat ambil gambar dengan ular sawa. Oh, kepada yg hendak ke sini, bayaran masuk RM6.00. Di Pusat Konservasi Gajah tadi tiada bayaran dikenakan.

Ular sawa albino
Ini cerpelai tidur yg diberi pegang oleh petugas. Baunya hancing!
Berpatah semula memasuki Temerloh.
Aku tidur di sebuah hotel sederhana. Namanya Hotel Isis. Simple. Yang ni hotel yang dekat dan dijumpai masa pusing-pusing bandar. Rupa2nya dekat ja. Penat. Letih. Berehat. Esok pagi kena ke Universiti Malaysia Pahang, Gambang untuk jumpa dengan sepupu, Linda. SELAMAT TAHUN BARU 1433 HIJRIAH BUAT SEMUA. Sempat baca post2 kawan dalam facebook.

Gambar ni semasa plg dari Kuantan. Wow TITIK TENGAH!
Antara mercu tanda di LPT Temerloh

Atas ni semasa di atas Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Plaza Tol Temerloh menghala ke Gambang dan Kuantan (kalau terus boleh sampai Terengganu dan terus ke kawasan2 Pantai Timur). Sejam suku sampai UMP. Jumpa Linda dan kami ke Kuantan. Besar juga bandar Kuantan. Kami makan di East Coast Mall. Makan di 'Laksa Shacks' x silap ejaan nama kedai tu. Pengunjung pun ramai. Singgah ke Parkson membeli cenderahati sebagai tanda kenangan...
Di bawah ni ialah gambar semasa di Esplanade Kuantan. Uniknya Pahang, nama2 setiap daerah dinyatakan dengan blok huruf besar di tepi Sungai Pahang yang mengalir. Kali ini aku hanya dapat nampak BERA, TEMERLOH dan KUANTAN. Untuk daerah lain aku kurang pasti sama ada tanda nama begini atau tidak.

Sungai Pahang. Linda tolong ambilkan gambar.

Semasa di Bandar Kuantan,sempatlah nampak Hospital Tengku Ampuan Afzan @HTAA yang selama ni aku cuma dengar namanya disebut dalam berita tv. Berpatah balik ke Gambang hantar Linda ke UMP. Pesan belajar baik2. Sepupu yang sangat jarang dijumpa. Aku meneruskan perjalanan ke Temerloh. Balik semula ke bilik dalam pukul 7.15 malam. Letihnya. Gerimis2. Kenyang lagi so rasa tiada selera hendak makan malam. Mandi, berehat dan tengok-tengok gambar setakat yang ada dalam kamera. 
Malam terakhir di Pahang.


Isnin 28hb Nov, solat subuh. 6.30 pagi. Alarm hset bangun pagi berbunyi..dingdong.

Hari terakhir berada di Pahang. Harap akan ada lagi jejakku di sini suatu masa nanti.
Pukul 8.30 pagi aku keluar sebentar pergi bersarapan di tepi Sungai Pahang @ Esplanade Temerloh. Sempat mengambil gambar. Ada 3-4 keluarga yang turut berada di sini. Sempat bertanya serba sedikit tentang Temerloh dengan pakcik pemilik gerai pertama tempat aku bersarapan. Gerai berhampiran jambatan gantung yang katanya belum boleh dilalui. Ada kucing manja.

Hingga bertemu lagi..

Pukul 10.15 pagi, aku mula berkemas. Tepat 10.30 pagi aku keluar dan lebih kurang 10.35 pagi, aku pun bergerak meninggalkan Temerloh. Mengikut laluan yang sama ketika datang dua hari lepas. Perjalanan pulang yang kurasakan jauh. Mengantuk. Sampai di rumah pada pukul 4.10 petang. Hujan lebat. Penat. Hanya gambar menjadi kenangan percutian singkat ke Pahang. Insya Allah, jumpa lagi :)

Bersama selamanya.

Dalam hidup yang singkat ini, semua manusia rasa ingin disayang dan menyayangi. Pernahkah kita terfikir untuk terus hidup bersama dengan orang2 yang kita sayang semasa di dunia apabila di alam akhirat kelak? Dengan amal yang sedikit dan serba-serbi kekurangan diri, aku tetap berdoa agar dapat bersama dengan insan2 yang aku sayangi di dunia ini. Aku percaya, semua manusia pun inginkan kebahagiaan yang sama, kan? Semua manusia inginkan syurgaNya dan masuk ke dalamnya serta hidup bahagia bersama mereka yang tersayang. Baik keluarga mahupun teman-teman.

"Ya Allah, Tuhan yang maha pengasih, penyayang dan maha mengetahui segala kejadian di langit dan di bumi. Tingkatkan keimanan hambaMu ini, permudahkan urusan hambaMu agar sentiasa taat mematuhi perintah dan segala laranganMu. Teguhkan hati hambaMu ini agar sentiasa berpegang dan berpaut di jalan-jalan yang Engkau redhai. Ya Allah Tuhan yang menguasai segala dilangit dan di bumi, masukkan hamba ke syurgaMu bersama insan-insan yang hamba sayangi. Kuatkan hati-hati kami agar sentiasa bersamaMu. Satukan hati-hati kami agar selalu mengingatiMu.."

Thursday, 24 November 2011

Queen Venus & Princess Serena : Williams Sisters!

Welcome back for the greatness of 2012..!


Gambar2 daripada Yahoo! Sports @Exho in Colombia. 

Friday, 18 November 2011

Cuti pun bermula

inilah sebahagian pemandangan yg aku lalui setiap hari ke tempat kerja. ini suasana sekitar dalam
pukul 6.50 pagi - 7.00 pagi.  kadang2, boleh nampak matahari oren mcm telur masin kalau cuaca baik. damainya rasa..
boleh katakan tiap hari nampak ada binatang mati; biawak la, ular hitam la, tupai la, burung la, burung hantu pun ada. paling banyak biawak. hancur kena lenyek. *menuju ke Layang-Layang.

Hari ini merupakan hari terakhir bekerja secara rasmi. Budak-budak pun gembira dan riang-ria. Kami sempat bersalam-salaman antara guru, kakitangan sekolah dan murid-sebelum berpisah untuk tahun 2011. Seperti biasa, ada sedikit keharuan dalam perasaan tapi berjaya ditahan. Si Armansah, kan. Memanglah begitu. Sikit2 melankolik. Cis.

Ada juga Majlis Jamuan Perpisahan Murid-Murid Tahun 6 yang diadakan di kantin sekolah. Kenyang. Alhamdulillah. Lupa bawa kamera dan tiada pula keinginanku mengambil gambar. Sedap menu siang tadi. Sate ayam dan daging melimpah-limpah ke ladang gandum. Tidaklah. Tapi kenyang dan puas juga. Teringat zaman-zaman sekolah dahulu..tengok cikgu-cikgu makan sedap di kantin, aku just tengok. Berangan2 waktu tu. Sekarang? Ha, aku dapatlah juga makan sedap-sedap. Hihi.
Sempat kemas kelas dan meja kerusi untuk kelas Tahun 2 pada 2012. Aku jadi guru kelas. So, sebelum mula sesi persekolahan 2012, bolehlah menghias dan menceriakan bilik darjah tahun 2 yang kusam-kusam tu.
Seperti biasa, walaupun cuti tapi bagi aku kerja-kerja lain tetap ada. Tugasan PJJ, kerja-kerja online (sambung buat pada minggu hadapan, extend kerja seminggu di sekolah). Seronoknya, dapat juga luangkan masa bermain tenis pada setiap hujung minggu. Oh ya for tennis, i lost 3 straight matches in group stage. Try my best next time. Kalah! Uwaaa. Apapun, enjoy dan seronok!
Ada anak kucing comel di kantin sekolah. Ambil? Fikir-fikir dululah. Belang-belang kelabu juga warnanya. Jinak-jinak takut dengan aku tapi sejak dua hari ni aku bagi makan masa aku bersarapan di kantin, anak kucing tu makin jinak dan manja walaupun masih nampak cuak dengan aku.
Mudah-mudahan tercapai hajat hendak ke Terengganu minggu hadapan.

Sunday, 13 November 2011

Friday, 11 November 2011

Emak

*Mak mendukung kucing kami, Si Ngemeng.

Siang malam hatinya runsing
Mengenangkan anak-anak
Membuat dunianya selalu pusing
Hari-harinya kian sepi ditinggalkan suami
Yang telah pergi dipanggil Ilahi
Hari-harinya serupa
Membasuh, menyapu, masak dan lainnya
Pada baringnya terkebil-kebil
Merenung siling memikirkan anak-anak
Semua besar dewasa, bukan lagi anak kecil
Seringkali
Perasaannya seakan terpencil
Anak ramai masing-masing pelbagai fi'il

Dari kejauhan
Kami berdoa 
Agar emak sejahtera, sihat sentosa
Ditabahkan hatinya, dikuatkan semangatnya
Moga masih punya ruang dan kesempatan
Untuk kami bersama
Pada hari-hari dan tahun-tahun yang mendatang..

Kg Murni Jaya,
Layang-Layang, Johor.
9.05 pagi.
Pagi yang cerah.

Wednesday, 9 November 2011

November

Minggu-minggu terakhir sebelum bercuti. Cuti yang agak panjang.

aaaahhh
Lebih kurang sepuluh minit lagi jam genap ke pukul 1 petang. Pulang. Tadi ada panggilan dari Pejabat Pos Serahan Cawangan Kulai. Kelmarin konon2 datang mau ambil barang kiriman, mesti baju tu. Posmen pula bawa bungkusan tu ke sana ke mari tapi tidak juga dihantar ke pejabat. Hari ini terpaksa datang semula ke pejabat pos tu. Kalau berulang lagi, aku mau mengamuk! Saja buat aku macam bola ke sana ke mari.

Tugasan laporan amali 'maya' perlu disiapkan. Ahh, bila agaknya aku dapat tuisyen matematik lagi? Tugasan maths pula menunggu.

Hujung minggu ni bermula perlawanan untuk acara single tenis. Tengoklah macam mana kejadiannya. :)

Semoga kehidupan sentiasa lancar dan teratur. Ameen.

Wednesday, 2 November 2011

Belajar menerima

Dalam banyak hal @ perkara negatif yang orang buat terhadap aku, banyak yang aku boleh terima. Bermaksud, aku dapat bertahan dan redha. Tapi dalam satu perkara yang aku anggap serius, apabila orang MENIPU, itu yang buat aku jadi marah @ tawar hati. Apapun, jangan lepaskan kemarahan kepada sesiapa. Belajar untuk redha dan bersabar. Setiap orang ada alasan tersendiri. Teruskan hidup. Biar susah, jangan menyusahkan. Sesiapapun.

Tuesday, 1 November 2011

01.11.2011

Waktu-waktu begini aku masih belum tidur. Korbankan tidur. Ni semua gara-gara melukis tugasan untuk Plant Diversity.

Sengaja. Tarikh cantik. Sepuluh hari lagi untuk 11.11.2011.

Sambung kemudian..

**sambungan**

Pagi ini..skrg berada di tempat kerja. Ahhh curi tulang! Haha. Disebabkan malam kelmarin aku telah mengorbankan tidurku, maka malam tadi merupakan tidur yang amat puas. Daripada pukul 8 malam - 5.50 pagi. Tidur mati!
Gembira sebab :
1. Lab report dah hantar.
2. Dapat makan ayam goreng sedap di Arked Meranti UTM. Kenyang. Chicken Chop murah mcm tiada time aku jenguk2 barisan gerai2 tu.
3. Semalam sempat aku singgah ke Jusco Taman U. Masuk dalam Body Shop. Alahai, wanginya..sedapnya..enaknya bau White Musk For Men Eau De Toilette tu.. Harga RM115. Tergerak hati..beli..akhirnya x jadi beli..kena berjimat bulan ni. Sebab aku mahu melancong dalam negara..kih3.. (Dalam hati..tengok2 petang ni ada yg merayap ke Body Shop sebab x dpt mengawal hati dgn pewangi ni..hah.. Jangan2!)

jarang sangat aku membeli pewangi badan sebab bila fikir2 benda ni macam kurang penting walaupun memang perlu untuk keyakinan. wah yakin ka. tapi yang ini? ammaaa...baunya sangat sedap...keluar dari Jusco..dalam kereta..pulang rumah..sampai rumah pun aku masih hidu2 bhgn atas tapak tangan..baunya yg staff tu sembur..sedapnyaaaaahhh! BELIKAH?? Haha.

Next report mula buat hari Jumaat. Sekarang masa untuk menanda kertas. Harap2 ramai yang dapat A. Weekend turun main tenis lagi. Oh jangan lupa kemas rumah.
Sekian. Lapar lagi.

*tiap kali teringat @ terbaca perkataan 'Eau De Toilette' - aku terbayang mangkuk jamban. Haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...