Monday, 24 October 2011

Hujung minggu

Ahad, 23 Oktober 2011

Hari ini seperti biasa aku turun ke Johor Tennis Academy @Taman Perling. Bermain tenis. Kami juga ada sesi cabutan undi untuk acara perseorangan yang akan berlangsung sepanjang Oktober, November dan Disember ini. Hohh!! Bersemangat nih aku mahu main single walaupun pukulan moonball! ballbashing! Yeah, im a ballbasher! Haha. Sekumpulan pula dengan kawan2 yang hebat. I'll try and give my best. Yang menyeronokkan, serve aku semakin baik walaupun perlahan. Asalkan masuk! Yang kurang best? Semestinya pukulan belakang @ backhand! Kenalah berguru @ cari coach. 

Dalam Kumpulan C - C2

Nasi

Merupakan hari ke-4 aku tidak makan nasi. Kenapa? Aku risau dengan peningkatan berat badan sejak bekerja ni. Makanan di tempat kerja pula memang sedap-sedap. Tempat lama dan tempat baru ni dua2 jenis masakan yang sedap dan menggemukkan. Kiranya sekarang aku cuma mengambil kentang (sepatutnya ini pun dielakkan tetapi ada lebihan kentang di rumah, jadi terpaksalah hantam kasi habis dulu kentang tu). Sayur, kismis dan buah.

Cuti sekolah ini aku tidak pulang ke kampung. Insya Allah andai ada kesempatan bolehlah pergi ke Kuala Lumpur jumpa adik-beradik di sana.

*Selesema dan batuk hari ini. Petang ni kalau sempat aku pergi ke perpustakaan di Johor Bahru. Cari bahan untuk tugasan. Banyaknya perlu dilukis!
Sekian.

Saturday, 22 October 2011

Menu Sihat : Salad Kentang Bersayur

Aku kembali teringat tidak silap dalam tahun 2010, one of my friend - Nisma Shaniza; yang memberi aku salad kentangnya. Eh eh sedap la pulak salad kentang yang dia buat. Kentang rebus dipotong dadu + isi ayam yang dikisar + mayonis? = Sedap. Bermula daripada situ, timbul idea untuk aku cuba menghasilkan sendiri resipi ala2 salad. Sempena musim-musim menjaga kesihatan, aku pun cuba lagi membuat salad kentang. Masuk dalam lunch box dan bawa ke tempat kerja. Kenyang!

Sosej, Holland Peas & baby carrot antara bahan2 yg digunakan

BAHAN-BAHANNYA

1. 5 biji kentang
2. 10 keping Holland Peas (bentuk macam petai mini! haha)
3. 5 batang baby carrot (sedap dimakan begitu sahaja!)
4. 1 cawan sayur campur (yg biasa dicampur dalam nasi goreng tu!)
5. 2 sudu makan kismis (beli yang timbang!)
5. 5 biji kurma tanpa biji (beli yg biasa ada biji pun ok)
6. Dua batang sosej
7. Sos Thousand Island (x kisah brand apapun, as long as HALAL. Mayonis biasa pun ok)
8. Garam dan serbuk perasa secukupnya

CARA PENYEDIAANNYA

1. Kupas kentang, potong kepada enam bahagian untuk setiap biji. Rebus sehingga empuk. Tos dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Baby carrot dan Holland peas dibersihkan. Celurkan dalam air mendidih selama lebih kurang 10-15 saat (jgn lama2, nanti kemusnahan vitamin terjadi!). Tos dan ketepikan. Sayur campur dan sosej (potong ikut suka) juga dicelur.
3. Masukkan semua dalam mangkuk. Tuangkan sos thousand island dan campurkan sedikit garam serta serbuk perasa. Gaul sehingga mesraaaa..
4. Taburkan kismis dan buah kurma.
5. Ambil sudu, cedok dan boleh ngapp! Haha

my lunch box for today :)

The Moon Represents My Heart - Teresa Teng

Salah satu lagu Mandarin yang terkenal pada zaman 80an sehinggalah sekarang. Mungkin ramai yang pernah dengar tetapi tidak tahu tajuk dan penyanyi. Tajuknya dalam Mandarin ialah 'YUE LIANG DAI BIAO WO DE XIN' Aku suka dengan lagu ini. Tenang dan ringkas namun penuh makna. Lagu ini banyak dinyanyikan semula (cover version) oleh penyanyi2 Hong Kong dan Taiwan. Indonesia dan Malaysia pun ada. Tidak ketinggalan Filipina. Teresa Teng yang sudah meninggal dunia pada tahun 1995. Siapa Teresa Teng? Anda boleh lihat di sini : Teresa Teng
thanks to edonn.com

Wednesday, 19 October 2011

Santai-santai waktu petang

Pulang kerja sampai rumah jam 3 petang.

Tadi sempat singgah menjamu selera tekak orang mengidam ni. Gerai Asam Pedas Madu Tiga! Warungnya terletak jalan menghala ke Plaza Tol Kulai sebelah kanan. Hari-hari lalu situ tapi baru hari ni tergerak hati mau singgah. Ada juga gerai asam pedas ni masuk dalam surat khabar. Ni entah cawangan yang ke berapa. Memang betul pun pemilik gerai tu ada tiga orang bini. Terkenal bukan bermakna boleh cas pelanggan sesuka hati! Harga makanan kau MAHAL lah! Aku makan satu potong ikan merah dan satu ekor sotong sederhana yg dimasak asam pedas + nasi putih + telur dadar + teh ais = RM 21.00! Ikan & sotong asam pedas satu pinggan sederhana tu harganya RM17.00! Ikan dikira RM12 dan sotong seekor yang sederhana RM5! Cukup sekali makan di situ! Sedap tapi harga sungguh cisss!

Ini RM12?? Sangat mahal bagi aku! Satu potong!
Sekarang di rumah. Hujan daripada gerimis bertukar jadi agak lebat. 'Main komputer' sambil makan kek keju @ cheese cake! Sedapnya! Lepas ni tidur. Malam sambung 'main komputer'. Assignment tangguh dulu la.. Malam ni aku mahu makan sate.
Yummieyyyy! :)

Saturday, 15 October 2011

Sekadarnya

Seringkali aku mahu serius menjalin hubungan dengan seseorang yang aku suka dan sayangi, kenapa seringkali itu jugalah pandanganku terlalu jauh sangat ke hadapan. Seringkali yang aku lihat ialah HALANGAN & CABARAN untuk mendirikan kebahagiaan..

Aku bimbang jika orang yang aku sayangi itu akan berasa tidak bahagia apabila berkahwin & hidup bersamaku & aku takut andainya tidak dapat @ gagal mengatur kehidupan menjadi lebih bahagia.

Itulah yang dinamakan - BELUM BERSEDIA.

So? Kita enjoooyyy!! Haha..

Tertutup buatmu

Selagi aku menurutkan kata hati
Selagi itu hidupku, begini..
Tak terdaya rasanya membuat keputusan
Sekalipun menantimu
Satu penyeksaan..

Butakah mata, tulikah telinga ini
Jiwaku seolah-olah, terkunci..
Sukar kuterima..kenyataan yang pedih;
Sering dikhianati kekasih..

Tiba akhirnya kesedaran..
Hadirmu hanya bebanan
Kejahilan ini,
Andai kubiarkan
Musnah masa depan..

Bukan membenci
Tetapi jemu
Telah berkali mendustaiku
Mulai kini,
Ruang hatiku
Tertutup buatmu..

Friday, 14 October 2011

Tekanan

Berasa tertekan dengan tugasan..laporan..tidak susah sangat tapi bab menaip tu paling la.. Lagi tertekan sebab beberapa kali terlepas trip mendaki bersama kawan-kawan.

Lepas ni kena tuisyen matematik. 

Esok ada amali. Ahad main tenis. Isnin buat ujian. Buat laporan. Lagi.

Tunggu cuti. Aku mahu jalan2 ke Terengganu. Atau boleh ke Tioman lagi? :)

Saturday, 1 October 2011

Pengorbanan

Setiap orang perlu melakukan pengorbanan. Bukan pengorbanan korban untuk Hari Raya Aidiladha @ Hari Raya Haji. Aku maksudkan ialah pengorbanan selain daripada itu. Pengorbanan yang memerlukan aku, kamu dan kita semua supaya melupakan @ melepaskan sesuatu untuk mendapatkan perkara lain.

Aku? Banyak pengorbanan yang aku lakukan tetapi bukanlah pengorbanan besar @ bermakna. Ada yg bermakna tetapi tidak perlu dikongsi di sini.

Pengorbanan air mata. Satu kelemahanku ialah banyak waktunya aku susah untuk menyembunyikan perasaan sedih. Entah di mana2 ada kesedihan, di situ air mata aku titiskan. Sehhh...tapi betullah, susah untuk menahan air mata. Aku rasa aku terkena sumpahan Neng Yatimah. Ikut mak, ya mak memang jenis yg mudah menangis tapi di sebalik sifat mak yg mudah menangis itu, banyak pengorbanan dan kesusahan yg dia lalui sepanjang hidupnya. Kesusahannya untuk kami, selalu aku terlupakan.
Adakalanya, aku mengorbankan airmata untuk orang yang salah dan pada tempat yang salah. Kenapa untuk orang yang salah? Kerana, orang tidak tahu, bahawa aku bersungguh dengan sesungguhnya dan apabila rasa tidak diterima @ dihargai, dengan mudah aku menangis di belakang. Kau tahu? TIDAK. Kenapa? Kerana aku tidak pernah dan tidak akan beritahu. Berada di pantai juga membuatkan aku mudah untuk mengalirkan air mata. Aku merasakan begitu rapat dan 'dekat' dengan pantai. Kadang-kala, pantai seakan faham kesedihan. Bunyi ombak..angin laut..cahaya jingga senja. Sebab itulah aku suka pergi ke pantai. Lega. Banyak kekusutan yang dapat dileraikan. Mungkin untuk sekejap sahaja tapi sekurang2nya membantu.

Pengorbanan? Kakak juga antara orang yg banyak berkorban untuk aku. Banyak. Bukan sedikit. Tiba masa untuk aku berkorban, sedikit demi sedikit.

Berkorban? Banyak perkara yg perlu dikorbankan untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Mahukan A, kena lepaskan B. Begitu juga sebaliknya. Manusia bukannya ada super power untuk membolot semuanya. Mungkin boleh mencapai semuanya tetapi beruntunglah kalau dapat peluang sebegitu.

Aku berjanji tidak akan mengorbankan perasaan lagi. Berkorban dengan memikul tggjwb org lain, aku yg perit menanggung! Huh.

*apala yg aku menaip ni..pusing2 fikir2..kalah orang main saham..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...