Thursday, 22 September 2011

Minggu Akhir Syawal 1432H

Sedar dan memang sedar, Syawal sudah hampir ke hujungnya.

Minggu ini 19hb Sept - 23hb Sept aku berkursus KSSR Bahasa Melayu Tahun 2 di SMK Kelapa Sawit. Seminggu x masuk kerja! Rugi sebab budak-budak tu memang banyak ketinggalan sukatan dan esok 23hb ada jamuan Merdeka Raya sekolah. Guru kelas ditugaskan merebus dan membawa ketupat untuk makanan setiap anak-anak murid. Aku hampir terlupa! Nasib baik sempat menelefon PK HEM untuk minta tolong sediakan ketupat. Lega, selesai! Rugilah aku terlepas beraya di tempat kerja..makan ketupat, kuah kacang dan sate! Ahhh! Berkaraoke lagu raya dan berseronoklah semua. Alhamdulillah, aku berasa lebih gembira di tempat kerja baharu tu.

Dalam minggu lepas dan sehingga 20hb Sept yg lepas, aku juga sibuk menyiapkan tugasan untuk subjek biologi. Pening memikirkan, mujur sempat dihantar sebelum tarikh akhir yg sebenarnya pada 27hb Sept 2011! Mati-mati ingatkan 22hb Sept! Yg bestnya dapat cek secara dalam talian untuk pastikan pihak universiti sudah menerima atau belum menerima tugasan yang dipos oleh setiap pelajar PJJ. Lega! Syukur. Tugasan subjek lain banyak pula yang menanti. Kelas malam pada 20hb Sept juga dapat aku hadiri.

24hb Sept, Sabtu ini aku ada kelas amali untuk subjek biologi juga. Ini tugasan berkumpulan. Oh ya, untuk PJJ ni aku satu kumpulan dengan kawan2 Johor juga - Zulhairi, Sarifah dan Faiz. 

Malam esok ada jamuan rumah terbuka YDP MPKu. Pergikah? Mungkin boleh pergi ajak budak2 kampung ni. Then, Sabtu siang macam di atas la, ada amali. Malam minggu pula ada jamuan raya peringkat kampung sini, Sri Gunung Pulai. Ahad siang 9-12 turun bermain tenis dengan kawan-kawan Kembara Tennis Club yg baru aku kenali. Tali raket mesti ditukar. Kesian raket aku yang cap ayam tu. Fun. Petangnya maybe ke rumah kawan untuk berhari raya. Laratkah? 

01hb - 02hb Okt 2011- Trip ke Gunung Besar Hantu, Kuala Klawang join group abg Sham. Harap-harap tiada halangan.

Minggu2 seterusnya hanya fokus untuk kerja dan kuliah beserta tugasan.

Semoga Allah terus melindungiku dan memudahkan segala urusanku.

*perlu beli tights lagi untuk aktiviti memanjat.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...