Sunday, 25 September 2011

Ahad 25 Sept 2011

Malam tadi sempat pergi beraya di Rumah Terbuka Peringkat Kg Sri Gunung Pulai. Dalam setengah jam, selepas makan..alhamdulillah kenyang, dapat makan ketupat, kuah kacang, rendang daging lembu minum air oren! Haha. Pukul 9.30 malam, aku pun cabut balik rumah. Malam tadi tertidur awal daripada biasa.


Siang tadi dalam jam 9 pagi sampai di Akademi Tenis Johor, Taman Perling. Sempat main bergu sekali sahaja. Selebihnya kawan-kawna lain yg main dan ada acara cabut undi untuk Piala Kembara 2011 acara bergu. Aku tidak masuk. Masih perlu banyak berlatih. Enjoy. Perlawanan bermula pada 02 Oktober 2011. Datang untuk memberi sokongan kepada kelab dan rakan-rakan yang mengambil bahagian.

Pulang rumah dalam pukul 2 petang. Rehat sekejap, then ke Kg Ayer Manis ada rumah terbuka raya Kak Fidah SK Ayer Manis. Sedap makan laksa Johor. Hujan2. Pulang dalam pukul 5 petang, singgah basuh kereta di pusat cucian automatik yg cuci pun x bersih sangat tu.

Rehat2 di rumah. Esok kerja. Pulun untuk sukatan sebelum peperiksaan hujung tahun anak2 di tempat kerja. 01 Oktober ada kelas amali untuk biologi. Ya, study!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...