Thursday, 29 September 2011

Malam..

Apa diharap padi seberang,
             Entah berbuah entahkan tidak;
Apa diharap kasihnya orang,
             Entah betul entahkan tidak.


Sunday, 25 September 2011

Ahad 25 Sept 2011

Malam tadi sempat pergi beraya di Rumah Terbuka Peringkat Kg Sri Gunung Pulai. Dalam setengah jam, selepas makan..alhamdulillah kenyang, dapat makan ketupat, kuah kacang, rendang daging lembu minum air oren! Haha. Pukul 9.30 malam, aku pun cabut balik rumah. Malam tadi tertidur awal daripada biasa.


Siang tadi dalam jam 9 pagi sampai di Akademi Tenis Johor, Taman Perling. Sempat main bergu sekali sahaja. Selebihnya kawan-kawna lain yg main dan ada acara cabut undi untuk Piala Kembara 2011 acara bergu. Aku tidak masuk. Masih perlu banyak berlatih. Enjoy. Perlawanan bermula pada 02 Oktober 2011. Datang untuk memberi sokongan kepada kelab dan rakan-rakan yang mengambil bahagian.

Pulang rumah dalam pukul 2 petang. Rehat sekejap, then ke Kg Ayer Manis ada rumah terbuka raya Kak Fidah SK Ayer Manis. Sedap makan laksa Johor. Hujan2. Pulang dalam pukul 5 petang, singgah basuh kereta di pusat cucian automatik yg cuci pun x bersih sangat tu.

Rehat2 di rumah. Esok kerja. Pulun untuk sukatan sebelum peperiksaan hujung tahun anak2 di tempat kerja. 01 Oktober ada kelas amali untuk biologi. Ya, study!

Saturday, 24 September 2011

Amali JIB115 & JIB116 vs Gunung Besar Hantu, Kuala Kelawang

Sepatutnya pagi ini, 24hb September 2011 aku ada kelas amali untuk subjek biologi. Tarikh belum tetap so malam tadi aku pun menelefon la ke pembantu makmal yg terlibat di SMK Taman Desa Skudai tu. Tup2 cakap amali ditunda ke 1hb Oktober 2011! Tarikh tu ialah tarikh yg sama dengan trip aku ke Gunung Besar Hantu, Kuala Kelawang. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Kenapalah tunda ke tarikh itu?
Kesimpulannya, sekarang aku just berdoalah untuk sebarang keajaiban berubah lagi tarikh tu. Harap2lah begitu. Ke minggu yang satu lagi! Mudah2an! Tekanan akibat lama x masuk hutan!!

Minggu ini kawan-kawan Pusat Koko ada yg bertugas masuk kem. Pun sebab amali inilah aku terpaksa batalkan niat ikut serta bertugas. Tup2 begini jadinya..alahai.. So, Ahad 25hb ni (esok) aku just turun untuk tenis. 

Rosak plan GBH aku! Ahh.. :(

Thursday, 22 September 2011

Minggu Akhir Syawal 1432H

Sedar dan memang sedar, Syawal sudah hampir ke hujungnya.

Minggu ini 19hb Sept - 23hb Sept aku berkursus KSSR Bahasa Melayu Tahun 2 di SMK Kelapa Sawit. Seminggu x masuk kerja! Rugi sebab budak-budak tu memang banyak ketinggalan sukatan dan esok 23hb ada jamuan Merdeka Raya sekolah. Guru kelas ditugaskan merebus dan membawa ketupat untuk makanan setiap anak-anak murid. Aku hampir terlupa! Nasib baik sempat menelefon PK HEM untuk minta tolong sediakan ketupat. Lega, selesai! Rugilah aku terlepas beraya di tempat kerja..makan ketupat, kuah kacang dan sate! Ahhh! Berkaraoke lagu raya dan berseronoklah semua. Alhamdulillah, aku berasa lebih gembira di tempat kerja baharu tu.

Dalam minggu lepas dan sehingga 20hb Sept yg lepas, aku juga sibuk menyiapkan tugasan untuk subjek biologi. Pening memikirkan, mujur sempat dihantar sebelum tarikh akhir yg sebenarnya pada 27hb Sept 2011! Mati-mati ingatkan 22hb Sept! Yg bestnya dapat cek secara dalam talian untuk pastikan pihak universiti sudah menerima atau belum menerima tugasan yang dipos oleh setiap pelajar PJJ. Lega! Syukur. Tugasan subjek lain banyak pula yang menanti. Kelas malam pada 20hb Sept juga dapat aku hadiri.

24hb Sept, Sabtu ini aku ada kelas amali untuk subjek biologi juga. Ini tugasan berkumpulan. Oh ya, untuk PJJ ni aku satu kumpulan dengan kawan2 Johor juga - Zulhairi, Sarifah dan Faiz. 

Malam esok ada jamuan rumah terbuka YDP MPKu. Pergikah? Mungkin boleh pergi ajak budak2 kampung ni. Then, Sabtu siang macam di atas la, ada amali. Malam minggu pula ada jamuan raya peringkat kampung sini, Sri Gunung Pulai. Ahad siang 9-12 turun bermain tenis dengan kawan-kawan Kembara Tennis Club yg baru aku kenali. Tali raket mesti ditukar. Kesian raket aku yang cap ayam tu. Fun. Petangnya maybe ke rumah kawan untuk berhari raya. Laratkah? 

01hb - 02hb Okt 2011- Trip ke Gunung Besar Hantu, Kuala Klawang join group abg Sham. Harap-harap tiada halangan.

Minggu2 seterusnya hanya fokus untuk kerja dan kuliah beserta tugasan.

Semoga Allah terus melindungiku dan memudahkan segala urusanku.

*perlu beli tights lagi untuk aktiviti memanjat.

Sunday, 11 September 2011

Menjerit dalam air

Aku rasa patut cuba teknik ni untuk menghilangkan segala stress. Ada bunyi keluar?

Minggu ini :

1. Tugasan belum buat pun. Ahhh mana semangat nih? 'M' besar yang perlu ditumbangkan. Deadline makin dekat!
2. Malam tadi aku ke Bazaar JB. Ahh, ada cincin cantik dan membelinya.
3. Ada perkampungan. Bermalam di tempat kerja. Ahh. Berangkut lagi..
4. Bagilah aku peluang untuk hidup aman..

Sunday, 4 September 2011

Berakhirnya Cuti dan Hari Raya

Hari terakhir berada di Sandakan. Esok pagi pukul 11, balik ke Kulai. Banyak yang menunggu di sana. Kerja. Tugasan.

Sandakan Airport - Kota Kinabalu International Airport.
Kota Kinabalu International Airport - Kuala Lumpur International Airport.
Kuala Lumpur International Airport - Senai Airport.

Raya kali ini sempat beraya di rumah :
Pakcik di Rajawali.
Pakcik di Tinosa.
Ibher di Taman Nuri.
Ren di Batu 12.
Arita di Peringkat 2.
Sharfie di Rajawali.

Penat. 
Macam-macam. 
Back to work. 
No more raya. 
Pening. 
Tugasan menunggu. 
Kerja menanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...