Tuesday, 12 July 2011

Log 12 Julai

Tiga hari yang 'lapang' bermula daripada hari ini iaitu 12-14 Julai 2011. Aku menghadiri kursus selama tiga hari berturut-turut. Kursus dengan nama kursus yang sangat panjang. Ada dalam surat makluman kursus dan aku malas mahu selak surat tu. Pasal pengurusan kelab persatuan di bawah program 1 Murid 1 Sukan. Gabung bersama rakan-rakan guru dari sekolah menengah. Ini versi sukan dan aku hadir di bawah kuota guru penasihat SEPAK TAKRAW!

Apa patut aku rasa ni, gembira atau tidak gembira? Terang-teranglah tidak gembira. SEPAK TAKRAW? Kosong, Zero, Nol! Tiada langsung minat dan kemahiran di situ. Kalau TENIS, jangankan tiga hari.. TIGA BULAN pun aku sanggup. Terpaksalah tabah untuk esok sebab esok ada sesi praktikal / amali tentang sepak takraw. Siang tadi kami diberi penerangan pasal peraturan permainan sepak takraw. Lokasi kursus di SMK Bandar Tenggara 1, nun diceruk daerah dalam 80km ulang-alik dari rumah. Mujur esok bertukar lokasi ke SMK Bandar Putra. Pesan jurulatih tadi, jangan lupa pakai pakaian sukan dan kasut getah. Oh yeah! Killer dan tekong melipat badan di jaring!

Paling 'besar' minggu ini? Ya, namaku antara yang dihantar sebagai calon untuk dipindahkan tempat bertugas atas sebab lebihan guru. Sekarang sedang menunggu surat daripada pihak yang berkenaan. Lebih daripada lima tahun berada di tempat yang sama dan akhirnya keluar dari situ dengan doa dan harapan mendapat lebih kekuatan dan kejayaan di tempat baharu. Tiba masanya tenaga & kemahiran kurang diperlukan di sini dan ada tempat lain yang mungkin lebih memerlukan.

Oh, kelmarin menghubungi adik-beradik yang lain, harap-harap Syawal kali ini dapat berhimpun semuanya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...