Sunday, 31 July 2011

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan!

Ramadhan tiba lagi. Insya Allah, esok akan mula berpuasa dan solat tarawih akan bermula pada malam ini. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan lebih baik daripada sebelum2nya.

Kelmarin sudah pun diedarkan jadual giliran membawa moreh ke masjid. Aku dapat giliran pada 1, 11 dan 21 Ramadhan. Esok! Insya Allah bawa apa yang patut dan elakkan membazir. Mungkin kuih dari bazaar yang jadi pilihan. Esok juga hari cuti umum sempena awal Ramadhan.

Hari ini Ahad, aku cuma berehat di rumah. Baru pulang dari kursus tu, bahu sakit lenguh gara-gara buat push-up. Dapat 25 kali dalam masa 1 minit. Sedikit, kan? Haha. Sama juga dengan sit-up. Pun dapat buat 25 sahaja dalam masa 1 minit. Bagi ujian lari 2.4 kilometer, aku dapat catatan 13 minit dan 03 saat. Berjaya kawal nafas. Tahu apa yang memberi semangat sepanjang tempoh aku berlari? Aku cuba membayangkan kesungguhan The Williams Sisters semasa mereka beraksi di gelanggang. Haha! It works!

Basuh kain, jemur kain. Paling ganjil kejadian dua jam yang lepas : "ANAK BIAWAK MASUK DALAM RUMAH!!!". Hairan betul aku. Aku keluar rumah jenguk-jenguk kaki lima, tiba-tiba anak biawak meluru masuk ke dalam rumah dari depan pagar rumah! Sunyi-sunyi waktu petang, mungkin anak biawak baru belajar. Dia panik terkejut tengok aku mungkin, tu yang berlari terus masuk ke dalam rumahku. Aku lagi la panik. Ke mana anak biawak tu lari??! Masuk dapur? Dalam bilik? Bawah peti sejuk? Apa mahu buat ni? Cepat-cepat aku capai cermin mata, sambar penyapu. Alamak, rupa2nya aku sedang panaskan periuk di dapur sebab tadi mahu menggoreng samosa kentang! Minyak makin panas dan aku takut mahu masuk ke dapur! Kuatkan hati, cepat-cepat aku lari ke dapur matikan api. Minyak pun memang terlebih panas. Nasib baik belum berasap! APA PUNYA KEJADIAN PETANG-PETANG BEGINI NIH!! Rupa-rupanya anak biawak tu masuk ke bilik mandi then dia merayap ke bawah meja dapur gas. Aku cepat tekan kepalanya guna penyapu tapi biawak tu kuat meronta. Saiznya sebesar lengan budak umur 10 tahun. Meleleh liurnya waktu aku tekan kepalanya! Yuckss. Terlepas dan dia lari masuk dalam bilik air lagi. Mencakar-cakar dinding mahu lari. Last2, dia masuk dalam lubang tandas dan lesap!!! Selamat kau. Jangan pulak muncul semula dari lubang tandas time aku mencangkung di situ! Haha.

Selesai memuat naik gambar semasa kursus. Kawan-kawan guru peserta pun ramai yang sudah 'friend' dalam facebook. So sekarang aku merayau-rayau dalam internet sambil tengok tv. 

Masih menunggu surat daripada PPD pasal pertukaran. Cepatlah! Tarikh pulang untuk hari raya nanti sudah confirm. Pulang ke Sandakan pada 28 Ogos dan balik semula ke Kulai pada 5 Sept. Kelas / kuliah USM bermula pada 20 Ogos ttapi sampai sekarang aku belum dapat surat. Cepatlah! Tugasan satu apa pun belum mula belum tengok modul. Esoklah baru mula! Haha. Pemalas.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...