Sunday, 31 July 2011

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan!

Ramadhan tiba lagi. Insya Allah, esok akan mula berpuasa dan solat tarawih akan bermula pada malam ini. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan lebih baik daripada sebelum2nya.

Kelmarin sudah pun diedarkan jadual giliran membawa moreh ke masjid. Aku dapat giliran pada 1, 11 dan 21 Ramadhan. Esok! Insya Allah bawa apa yang patut dan elakkan membazir. Mungkin kuih dari bazaar yang jadi pilihan. Esok juga hari cuti umum sempena awal Ramadhan.

Hari ini Ahad, aku cuma berehat di rumah. Baru pulang dari kursus tu, bahu sakit lenguh gara-gara buat push-up. Dapat 25 kali dalam masa 1 minit. Sedikit, kan? Haha. Sama juga dengan sit-up. Pun dapat buat 25 sahaja dalam masa 1 minit. Bagi ujian lari 2.4 kilometer, aku dapat catatan 13 minit dan 03 saat. Berjaya kawal nafas. Tahu apa yang memberi semangat sepanjang tempoh aku berlari? Aku cuba membayangkan kesungguhan The Williams Sisters semasa mereka beraksi di gelanggang. Haha! It works!

Basuh kain, jemur kain. Paling ganjil kejadian dua jam yang lepas : "ANAK BIAWAK MASUK DALAM RUMAH!!!". Hairan betul aku. Aku keluar rumah jenguk-jenguk kaki lima, tiba-tiba anak biawak meluru masuk ke dalam rumah dari depan pagar rumah! Sunyi-sunyi waktu petang, mungkin anak biawak baru belajar. Dia panik terkejut tengok aku mungkin, tu yang berlari terus masuk ke dalam rumahku. Aku lagi la panik. Ke mana anak biawak tu lari??! Masuk dapur? Dalam bilik? Bawah peti sejuk? Apa mahu buat ni? Cepat-cepat aku capai cermin mata, sambar penyapu. Alamak, rupa2nya aku sedang panaskan periuk di dapur sebab tadi mahu menggoreng samosa kentang! Minyak makin panas dan aku takut mahu masuk ke dapur! Kuatkan hati, cepat-cepat aku lari ke dapur matikan api. Minyak pun memang terlebih panas. Nasib baik belum berasap! APA PUNYA KEJADIAN PETANG-PETANG BEGINI NIH!! Rupa-rupanya anak biawak tu masuk ke bilik mandi then dia merayap ke bawah meja dapur gas. Aku cepat tekan kepalanya guna penyapu tapi biawak tu kuat meronta. Saiznya sebesar lengan budak umur 10 tahun. Meleleh liurnya waktu aku tekan kepalanya! Yuckss. Terlepas dan dia lari masuk dalam bilik air lagi. Mencakar-cakar dinding mahu lari. Last2, dia masuk dalam lubang tandas dan lesap!!! Selamat kau. Jangan pulak muncul semula dari lubang tandas time aku mencangkung di situ! Haha.

Selesai memuat naik gambar semasa kursus. Kawan-kawan guru peserta pun ramai yang sudah 'friend' dalam facebook. So sekarang aku merayau-rayau dalam internet sambil tengok tv. 

Masih menunggu surat daripada PPD pasal pertukaran. Cepatlah! Tarikh pulang untuk hari raya nanti sudah confirm. Pulang ke Sandakan pada 28 Ogos dan balik semula ke Kulai pada 5 Sept. Kelas / kuliah USM bermula pada 20 Ogos ttapi sampai sekarang aku belum dapat surat. Cepatlah! Tugasan satu apa pun belum mula belum tengok modul. Esoklah baru mula! Haha. Pemalas.

Sunday, 24 July 2011

Minggu depan (esok sebenarnya) 25 - 29 Julai aku ada kursus di Pusat Kokurikulum, Johor Bahru. Seronoklah dapat berkayak..berbasikal..water safety..malam kebudayaan.. Kursus Kejurulatihan Pusat Kokurikulum, Kem Tasek Utara Johor Bahru. Ni kira outdoor juga! Minggu Ujian, so keluar dari tmpt kerja dengan dada yang agak lapang. 

The 'problem' is..


AKU MALAS MAHU KEMAS BAJU & PACKING BARANG...!

Ada cerita dalam lagu

Terlewatkah aku mengaturi langkah
Ataupun  terlalu gentar memulakan
Hingga kesempatan yang hampir digenggam
Kini jatuh berserakan..
Terlewatkah aku melafazkan kata
Sehingga pergimu meninggalkan makna
Di dalam termangu mencari jawapan
Masih belum ketentuan

Mengapakah hatiku sering keliru
Membezakan kaca dan permata
Terlalu lamakah mengambil masa..
Hingga waktu berlalu terpisahlah aku
Dalam kebuntuan resah rindu
Mimpi-mimpi semalam masih tersimpan

Jadi serpihan yang berkaca
Amat tajam dan menyeksa
Seribu kesalan mengisi ruang
Sepanjang jalan..

Di mana silap perhitungan
Hingga ku jadi kempunan
Pada sebuah pertemuan tak kesampaian

 *Betul?

Malam minggu

Alahai tengah2 malam, mengapa ada kesedihan..? Semuanya begitu cepat.


I'll keep trying.

Wednesday, 20 July 2011

Log 20 Julai

Minggu yang sibuk (baru terfikir mahu menyibukkan diri) buat itu ini. Tiket! Pemantau! Hiking! Puasa! Satu persatu zup-zap dalam kepala.

1. Esok ada pemantau datang - Khidmat Bantu dari Bahagian Teknologi Pendidikan Johor (BTPNJ). Nabil dari PKG menelefon - "Datin Noraini, Puan Helen, Encik Osman". Silakan datang. Tengok apa yang ada.

2. Petang tadi sempat aku keluar selama sejam setengah - ke kedai hardware membeli cat kuning untuk tutup lukisan hodoh sepanjang dinding luar perpustakaan. Hantu betul catnya cat kapur tidak dapat cover cat lama! Kena beli undercoat! Fail. Nasib kamulah dapat tengok dinding dicat bercapuk-capuk. Dapat bantuan tukang cat pun buat kerja separuh hati.

3. Aku sayang JPN Johor! Haha. Baru dua minggu lepas aku hantar surat untuk waran tiket pulang hari raya ni, tadi dapat panggilan daripada kerani yang issue tiket tu. "Tarikh 27 Ogos fulled! " "OK, 28 Ogos pun boleh!". "Tarikh balik 4 September pun penuh!" "OK, bagi saya yang 5 September!". Settle. Dapat cuti seminggu dan paling penting tiket settle walaupun surat diapply kurang daripada tiga bulan.

4. Hujung minggu ni kawan-kawan buat trip ke Gunung Besar Hantu, N.9. Entah serius atau tidak tu. Besar hati mahu ikut! Boleh lesapkan diri hari Sabtu ni! 30 Ogos ni pula ada trip ke Broga + Tok Wan. Trip melancong dengan Azmi Neng Rahmah entah jadi atau tidak. Duh.

5. Esok ke Galeri Seni Johor. Jemputan untuk Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis Permainan Tradisional Peringkat Negeri Johor. Selepas kerja, zup ke JB. Chitchat dengan orang-orang seni.

TUNGGU SURAT DARIPADA PPD TENTANG PERTUKARAN! Setakat ini, 'orang2 atas' tu belum bagitahu apa2. Tunggu aku terkejut dapat surat baru mahu explain "Oh, kamulah sebenarnya yang dicalonkan untuk keluar!". Berterus-terang lebih awal, kan lebih baik? X sebab aku meraung depan pintu pagar "oh tolong jangan keluarkan aku!" haha. Sekian. Sambung buat kerja.

Tuesday, 12 July 2011

Log 12 Julai

Tiga hari yang 'lapang' bermula daripada hari ini iaitu 12-14 Julai 2011. Aku menghadiri kursus selama tiga hari berturut-turut. Kursus dengan nama kursus yang sangat panjang. Ada dalam surat makluman kursus dan aku malas mahu selak surat tu. Pasal pengurusan kelab persatuan di bawah program 1 Murid 1 Sukan. Gabung bersama rakan-rakan guru dari sekolah menengah. Ini versi sukan dan aku hadir di bawah kuota guru penasihat SEPAK TAKRAW!

Apa patut aku rasa ni, gembira atau tidak gembira? Terang-teranglah tidak gembira. SEPAK TAKRAW? Kosong, Zero, Nol! Tiada langsung minat dan kemahiran di situ. Kalau TENIS, jangankan tiga hari.. TIGA BULAN pun aku sanggup. Terpaksalah tabah untuk esok sebab esok ada sesi praktikal / amali tentang sepak takraw. Siang tadi kami diberi penerangan pasal peraturan permainan sepak takraw. Lokasi kursus di SMK Bandar Tenggara 1, nun diceruk daerah dalam 80km ulang-alik dari rumah. Mujur esok bertukar lokasi ke SMK Bandar Putra. Pesan jurulatih tadi, jangan lupa pakai pakaian sukan dan kasut getah. Oh yeah! Killer dan tekong melipat badan di jaring!

Paling 'besar' minggu ini? Ya, namaku antara yang dihantar sebagai calon untuk dipindahkan tempat bertugas atas sebab lebihan guru. Sekarang sedang menunggu surat daripada pihak yang berkenaan. Lebih daripada lima tahun berada di tempat yang sama dan akhirnya keluar dari situ dengan doa dan harapan mendapat lebih kekuatan dan kejayaan di tempat baharu. Tiba masanya tenaga & kemahiran kurang diperlukan di sini dan ada tempat lain yang mungkin lebih memerlukan.

Oh, kelmarin menghubungi adik-beradik yang lain, harap-harap Syawal kali ini dapat berhimpun semuanya.

Sunday, 10 July 2011

Udang besar Sungai Rengit


Monumen udang ni terletak di tengah-tengah Pekan Rengit dalam daerah Kota Tinggi Johor. Makanan laut menjadi identiti pekan ini. Asam pedas ikan pari antara menu yang terkenal (sebab menu ini yang aku pernah makan dan rasa paling sedap!).

Gambar ini diambil pada 03hb Julai 2011 yang lepas. Waktu ini kami dalam perjalanan pulang dari Tanjung Kapal Beach Resort atas urusan Hari Keluarga SK Sri Gunung Pulai. Pada tahun 2010, aku juga pernah mengambil gambar udang ni tetapi hasilnya tidak memuaskan dan untungnya hari cerah pada tengah hari ni, dapatlah gambar udang besar yang jelas. Rangka udang ni diperbuat daripada keluli manakala badannya pula terdiri daripada kepingan plat aluminium. Mungkin bahan-bahan ini tahan karat kerana udang ni kan terdedah dengan cuaca dan berhampiran dengan hawa masin daripada air laut berhampiran.
Pekan Sungai Rengit ni kecil saja. Kiranya aman dan kuranglah rasa pening kesesakan bandar andainya menetap di sini. Nah ini udangnya lagi.

kalau dapat udang besar begini, boleh masak jamu satu kampung

Saturday, 9 July 2011

Ya Allah, peliharakanlah negara kami bumi Malaysia

Cuma pandangan dan pendapat peribadi mengenai Perhimpunan Bersih 2.0 yang menjadi salah satu peristiwa penting dalam negara pada hari ini, 09 Julai 2011. Salah satu punca perhimpunan ini diadakan adalah kerana lahirnya rasa tidak puas hati dengan ketelusan sistem pilihan raya di negara ini. Terus terang, aku tidak ambil pusing dengan perhimpunan ini kerana tiada dorongan kuat untuk aku mengikuti perkembangannya. Pihak majikan pun ada mengeluarkan 'amaran' supaya tidak melibatkan diri dengan sebarang bentuk perhimpunan haram.

Inilah situasi politik di Malaysia pada hari ini. Semakin banyak isu yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Masing-masing cuba menyuarakan pendapat dan hak. Jelasnya, banyak pihak dalam kalangan masyarakat yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinan sekarang. Ramai juga yang hanya ikut-ikutan tanpa faham dengan jelas apa yang mereka perjuangkan (cuma pendapat peribadi). Cetek pengetahuanku dalam perkembangan politik semasa dan rasanya tidak layak untuk aku menulis panjang lebar tentang situasi ini.

Apa yang aku harapkan ialah agar negaraku Malaysia sentiasa dipelihara keamanannya dan kekal keharmoniannya seperti sebelum-sebelum ini. Malaysia bukanlah sebuah negara yang terkenal dengan demonstrasi jalanan / tunjuk perasaan tetapi kini telah ada tanda-tanda ianya semakin kerap berlaku. Kepada Allah, aku memohon di catatan ini dan juga di atas tikar sembahyang, agar dikekalkan kesejahteraan negaraku ini dan dihindari daripada sebarang bentuk perpecahan apatah lagi peperangan. Sesungguhnya nikmat keamanan itu tiada tolok bandingnya. Keamanan itu syurga dunia. Rakyat Malaysia khususnya dan rakyat seluruh dunia amnya, jadikan dunia ini sebagai tempat yang aman dan penuh dengan kasih sayang. 

Musim Buah

Walaupun musim buah kali ini tidak seberapa (terutamanya musim durian macam tahun 2006-2007, lambakan durian!) tetapi alhamdulillah, masih dapat merasa sebahagian daripada hasilnya. 

ada manggis, rambutan kuning, durian dan kuini

Sekejap lagi baru aku start operasi makan barang-barang ni. Kenyang lagi ni lepas sarapan. Ni semua hasil daripada kawan yang bagi. Budak-budak hantar rambutan kuning tu. Mana larat aku habiskan ni semua. Step by step ni.

Tengoklah kalau rajin malam ni aku ke Pasar Karat, JB. Jalan-jalan tengok barang.Yang tidak mahu ditengok pun akan tertengok - ayam-ayam jalanan di JB tu. Haha.

Wednesday, 6 July 2011

Lawatan ke Muar

Dalam catatan sebelum ini, aku ada cerita pasal kawan lama yang terputus hubungan - Ashaari.  Diringkaskan cerita, aku pun datang ke Muar. Dia berkursus di situ. Malam 05 Julai dlm pukul 9 sampai di Hotel Classic. Bukan namanya si Arman kalau tidak sesat. Sempat sesat. Kami merayau-rayau berkereta mencari tempat makan. Akhirnya singgah di Secret Recipe. Itupun agak lewat dalam pukul 10.20 malam. Tutupnya pukul 11.00 malam.

Cerita itu ini. Malam stay dibiliknya dan pukul 5 pagi, aku bertolak semula ke Kulai sebab tiada mohon cuti.

Kenyang. Tadi makan nasi & pisang muda masak kari.

Monday, 4 July 2011

Minggu Pertama Julai

2011 - Lebih daripada separuh telah ditempuh.

2-3 Julai yg lepas (kelmarin) kami baru sahaja selesai berseronok-seronok sempena Hari Keluarga. Lokasi kali ini ialah di Tanjung Kapal Beach Resort, Kota Tinggi Johor. Dari depan resort tu memang nampak kapal-kapal sedang berlabuh. Pantai agak kotor dengan sampah sarap. Angin kuat. Bagus sebab aku tertinggalkan kamera di rumah.

3 Julai, it was my birthday! Happy 27th! :) No special plan yet. A gift for myself? Any suggestions? Haha. Some close friends yg wish via facebook & SMS. Like.

Baru sahaja selesai makan durian dua biji. Ada orang hantar empat biji. Esok sebiji (1 biji ja? haha) bagi kepada Ai.

Selesai aku melipat kain! Sekarang mesin sedang mengeringkan kain pulak. Paling aku tidak suka ni melipat kain. Rasa macam terlalu lama melipat tu.

Kelmarin, menerusi facebook aku terjumpa profil kawan sekelas, Awangku Ashaari. Around 1993, kami sekelas di SK Kinabutan. Ramai-ramai kawan sekelas, dia yang aku terjumpa. Mutual friends dengan Cikgu Marindo, cikgu yang mengajar kami waktu itu. Tiga orang kawan lama yang aku terjumpa dalam facebook, setakat ni semuanya tidak ingat dengan gambaran keadaan waktu itu. Kuat juga memoriku, wah!

Menanti hujung minggu untuk merayap ke Pasar Karat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...