Saturday, 25 June 2011

Log catatan Jun

Esok ialah hari sukan. Setengah jam yang lepas, aku baru ja selesai menghias khemah bersama budak2 Rumah Kuning / Laksamana. Berdasarkan pungutan mata, rumah kami berada di kedudukan paling bawah (uncit!) sama seperti tahun lalu. Apapun, enjoy and have fun. Adatlah tu, menang kalah yg penting we've tried our best dan bukannya duduk goyang kaki ja. Letih tapi kepuasan. Maskot Spongebob - siap! sepanduk - siap! bendera-siap! (thanks to my colleague Mai yg bersusah-payah dan terpaksa stayback dalam keadaan risau sebab ayahnya sedang tenat di hospital akibat kemalangan. Harap semuanya baik2 dan dikurniakan situasi yang terbaik). Kak Zu juga, Penolong Kanan HEM selaku guru Rumah Sukan Kuning, juga banyak bertungkus-lumus dan keluarkan kos sendiri untuk persiapan sukan. Ahh, untungnya bekerjasama dengan orang-orang yang tahu erti berusaha. Tadi aku sempat ccari kayu untuk hiasan khemah. Oh idea Kak Zu pasal tempurung kelapa yang dicat kuning. Esok akan jadi hiasan untuk laman khemah rumah sukan kami. Bersemangat untuk esok!

Minggu hadapan pula ialah Hari Keluarga. Aku sendiri la dalam bilik. Malam-malam boleh berenang sebab ada kolam di beach resort tu. Harap2 ada karaoke. Boleh juga menyanyi2 hiburkan hati yang happy.

Tunggu2 surat daripada PPPJJ USM tentang kelas kuliah sidang video. Tengok tugasan, smua bukan tahap main2 punya soalan. Wah, sekian lama aku tidak menghadap 'assigment'.

Dua minggu lepas, kan aku ke Bazaar JB @ Pasar Karat time tu one of my best friend Azmi turun ke JB dengan tujuan melancong ke Singapura (terasa macam jauh, padahal dekat). Pagi tu dia bertolak ke Singapura dengan bas. Ke Universal Studio Singapura (USS), itu hajatnya. Dalam pukul 9.30 malam dia sampai semula d JB (tengok aksi2nya di Singapura & aku dapat duit dua Dollar Singapura, rehat2 sebentar then kami pun ke Pasar Karat tu). Terjumpa pula dengan Kak Fidah Ayer Manis. Asyik ronda-ronda tengok baju dan kasut, sampai pula ke gerai orang yang menjual kala jengking. Woww, bersemangat aku mau memiara kala jengking! Mudah dijaga, just bagi makan cengkerik! Tengoklah minggu depan, baru ke sana lagi beli kala jengking tu. Tempoh hari mahu beli tapi bajet tidak lancar.

Ok, sekejap lagi aku mahu practice untuk senamrobik, since aku handle sesi senamrobik esok pagi. Mengantuk dan letih tapi mesti juga buat. Bersemangat! Mau makan dulu. Lapar.

*Lebih kurang 6 minggu lagi 1 Ramadhan akan tiba. Apa persiapan semua segi?

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...