Tuesday, 28 June 2011

Log 28 Jun

Ahad yang lepas telah berlangsung sukan tahunan (belum sempat pindahkan gambar daripada kamera ke dalam komputer riba).

Hari ke-2 selepas sukan berakhir iaitu hari ini, Selasa 28 Jun. Kepenatan masih bersisa. Walaupun aku sudah tidur lebih daripada cukup tetapi rasa penat dan lenguh-lenguh masih ada. Paling terasa ialah gatal-gatal di bahagian kaki. Daripada kecil lagi aku macam ada alahan / alergi dengan rumput. Cuba juga cari-cari info berkaitan alergi dengan rumput ni melalui Google dan memang ada kes-kes yang serupa. Aku mula perasan kaki gatal selepas terkena rumput apabila selalu main di padang / semak-semak, pulang nanti kulit kaki termasuk betis, mesti akan gatal2. Digaru2 sedap lama2 jadi kudis / luka. Kaki start gatal ni bermula selepas aktiviti menghias khemah rumah sukan. Rumput padang yang lembap2 menambah kegatalan. Tidur malam memang menggaru. Krim gatal 'Econazine' memang sentiasa ada. Dari dulu lagi memang selalu berbekal krim gatal ni. Kasihan, kulit gelap ada parut2 bekas gatal luka lagi. Hingga sekarang ni pun masih gatal di bahagian atas kaki.

Cuaca mendung-mendung begini menambah kepenatan. Petang ada mesyuarat. Patut aku ambil Cuti Rehat Khas (CRK). Buat kerja pun ala kadar. Akhirnya terdampar di internet. Oh, kelmarin kami (aku, Ai dan Kak Imah) pergi menziarahi Mai (kawan sekerja). Bapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan dan koma beberapa hari. Semoga dikuatkan hati. Bukan mudah menghadapi kehilangan orang tersayang. Terima dengan redha kerana manusia lain juga akan melalui situasi yang sama. Kita serupa. Kami singgah di rumah Kak Imah makan nasi & lauk utama iaitu Ayam Hutan Masak Kari! Kenyal2 dan liat dagingnya tapi sedap juga. Masing-masing pulang dengan satu bekas tapau daripada Kak Imah. Malamnya aku makan cicah dengan roti. Habis. Kenyang.

Kecewa dengan Williams Sisters. Kedua2nya kalah di pusingan ke-4 Wimbledon malam tadi. Stop from tennis at the moment.

Rehat. Rasa macam mau terlelap.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...