Tuesday, 28 June 2011

Log 28 Jun

Ahad yang lepas telah berlangsung sukan tahunan (belum sempat pindahkan gambar daripada kamera ke dalam komputer riba).

Hari ke-2 selepas sukan berakhir iaitu hari ini, Selasa 28 Jun. Kepenatan masih bersisa. Walaupun aku sudah tidur lebih daripada cukup tetapi rasa penat dan lenguh-lenguh masih ada. Paling terasa ialah gatal-gatal di bahagian kaki. Daripada kecil lagi aku macam ada alahan / alergi dengan rumput. Cuba juga cari-cari info berkaitan alergi dengan rumput ni melalui Google dan memang ada kes-kes yang serupa. Aku mula perasan kaki gatal selepas terkena rumput apabila selalu main di padang / semak-semak, pulang nanti kulit kaki termasuk betis, mesti akan gatal2. Digaru2 sedap lama2 jadi kudis / luka. Kaki start gatal ni bermula selepas aktiviti menghias khemah rumah sukan. Rumput padang yang lembap2 menambah kegatalan. Tidur malam memang menggaru. Krim gatal 'Econazine' memang sentiasa ada. Dari dulu lagi memang selalu berbekal krim gatal ni. Kasihan, kulit gelap ada parut2 bekas gatal luka lagi. Hingga sekarang ni pun masih gatal di bahagian atas kaki.

Cuaca mendung-mendung begini menambah kepenatan. Petang ada mesyuarat. Patut aku ambil Cuti Rehat Khas (CRK). Buat kerja pun ala kadar. Akhirnya terdampar di internet. Oh, kelmarin kami (aku, Ai dan Kak Imah) pergi menziarahi Mai (kawan sekerja). Bapanya telah meninggal dunia akibat kemalangan dan koma beberapa hari. Semoga dikuatkan hati. Bukan mudah menghadapi kehilangan orang tersayang. Terima dengan redha kerana manusia lain juga akan melalui situasi yang sama. Kita serupa. Kami singgah di rumah Kak Imah makan nasi & lauk utama iaitu Ayam Hutan Masak Kari! Kenyal2 dan liat dagingnya tapi sedap juga. Masing-masing pulang dengan satu bekas tapau daripada Kak Imah. Malamnya aku makan cicah dengan roti. Habis. Kenyang.

Kecewa dengan Williams Sisters. Kedua2nya kalah di pusingan ke-4 Wimbledon malam tadi. Stop from tennis at the moment.

Rehat. Rasa macam mau terlelap.

Saturday, 25 June 2011

Log catatan Jun

Esok ialah hari sukan. Setengah jam yang lepas, aku baru ja selesai menghias khemah bersama budak2 Rumah Kuning / Laksamana. Berdasarkan pungutan mata, rumah kami berada di kedudukan paling bawah (uncit!) sama seperti tahun lalu. Apapun, enjoy and have fun. Adatlah tu, menang kalah yg penting we've tried our best dan bukannya duduk goyang kaki ja. Letih tapi kepuasan. Maskot Spongebob - siap! sepanduk - siap! bendera-siap! (thanks to my colleague Mai yg bersusah-payah dan terpaksa stayback dalam keadaan risau sebab ayahnya sedang tenat di hospital akibat kemalangan. Harap semuanya baik2 dan dikurniakan situasi yang terbaik). Kak Zu juga, Penolong Kanan HEM selaku guru Rumah Sukan Kuning, juga banyak bertungkus-lumus dan keluarkan kos sendiri untuk persiapan sukan. Ahh, untungnya bekerjasama dengan orang-orang yang tahu erti berusaha. Tadi aku sempat ccari kayu untuk hiasan khemah. Oh idea Kak Zu pasal tempurung kelapa yang dicat kuning. Esok akan jadi hiasan untuk laman khemah rumah sukan kami. Bersemangat untuk esok!

Minggu hadapan pula ialah Hari Keluarga. Aku sendiri la dalam bilik. Malam-malam boleh berenang sebab ada kolam di beach resort tu. Harap2 ada karaoke. Boleh juga menyanyi2 hiburkan hati yang happy.

Tunggu2 surat daripada PPPJJ USM tentang kelas kuliah sidang video. Tengok tugasan, smua bukan tahap main2 punya soalan. Wah, sekian lama aku tidak menghadap 'assigment'.

Dua minggu lepas, kan aku ke Bazaar JB @ Pasar Karat time tu one of my best friend Azmi turun ke JB dengan tujuan melancong ke Singapura (terasa macam jauh, padahal dekat). Pagi tu dia bertolak ke Singapura dengan bas. Ke Universal Studio Singapura (USS), itu hajatnya. Dalam pukul 9.30 malam dia sampai semula d JB (tengok aksi2nya di Singapura & aku dapat duit dua Dollar Singapura, rehat2 sebentar then kami pun ke Pasar Karat tu). Terjumpa pula dengan Kak Fidah Ayer Manis. Asyik ronda-ronda tengok baju dan kasut, sampai pula ke gerai orang yang menjual kala jengking. Woww, bersemangat aku mau memiara kala jengking! Mudah dijaga, just bagi makan cengkerik! Tengoklah minggu depan, baru ke sana lagi beli kala jengking tu. Tempoh hari mahu beli tapi bajet tidak lancar.

Ok, sekejap lagi aku mahu practice untuk senamrobik, since aku handle sesi senamrobik esok pagi. Mengantuk dan letih tapi mesti juga buat. Bersemangat! Mau makan dulu. Lapar.

*Lebih kurang 6 minggu lagi 1 Ramadhan akan tiba. Apa persiapan semua segi?

Tuesday, 21 June 2011

Mengaminkan doa


Ada satu gambar yang aku crop. Ini sewaktu hari sambutan khas untuk kami para pekerja. Menonjol perutku tapi aku suka tengok riak muka di sini. Suka2 sendiri.



Monday, 20 June 2011

Lapar


Saat ini aku sedang menahan lapar sedangkan pukul 4.30 petang tadi, aku sudah makan satu mangkuk tomyam campur dan kuay teow goreng. Mungkin sebab sudah membuang jam 5.30 tadi, maka lapar semula. Lapar minta makan tapi macam mana mahu kurus balik ni kalau malam-malam begini pun mulut minta diisi lagi.. Bertahan, tunggu esok pagi.

Puas dapat hias-hias blog yang lama terbiar ni. Terpaksa juga makan sedikit ni. Bancuh susu soya.

Seterusnya.


Log catatan kali ini bersamaan 20hb Jun 2011 :

1. Membuat persiapan untuk aktiviti sukan sekolah pada hujung minggu ini. Mencari-cari idea apakah maskot yang sesuai pada kali ini. Lebah, bunga matahari, semut, harimau.

2. Alhamdulillah selamat urusan mendaftar di PJJ USM pada 5-8 Jun yang lepas. Tugas sekarang ialah sentiasa periksa portal pembelajaran, baca modul dan bersedia untuk bertindak dengan soalan yang terkandung dalam Perancangan Akademik setiap subjek.

3. Keputusan permohonan untuk pindah TIDAK BERJAYA. Akan mencuba lagi untuk sesi kedua pada bulan September.

4. Bersemangat untuk mengikuti Wimbledon 2011.

5. Teruskan bersemangat untuk menghadapi hari2 seterusnya. Alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...