Thursday, 5 May 2011

Tiada tajuk.


Aku ni mau makan tapi ndak taula apa barang mau dimakan. Sup sudah. Teringat2 aku sup sedap kedai makan sebelah jambatan di Bandar Kota Tinggi. Nasinya pun sedap.

Esok 6 Mei. Esok petang sempat ni ke bandar bank in duit yuran. Lambat-lambat nanti terlepas tarikh! Medical c/up sudah. Tunggu surat kebenaran dan pengesahan daripada JPNJ.

Oh 28 Mei nanti ada Perhimpunan Belia Sedunia di Putrajaya. Aku sangka program tu bermalam, rupa2nya pulang-balik. Hah! 28 tu harap2 event mencandat jadi! Terlepas juga event ke Manukan.

Ahh macam2. Penat. Tidur.

Monday, 2 May 2011

Menulis lagi.


1 Mei 2011. Isnin.

Cuaca mendung. Hari ini cuti umum Hari Pekerja. Pagi-pagi lagi keluar rumah menuju ke Taman Merdeka. Ada janji berjoging dengan Raja Muhammad Azlan Shah bin Raja Aznin Shah. Pengawal semua cuti Hari Pekerja, so raja datang seorang diri. Satu pusingan siap! Sambung joging satu pusingan lagi di Hutan Bandar kemudian sarapan juga di Hutan Bandar. Sedap pla sup daging di situ! Mau lagi datang. Sup daging (bakso kali?) punyalah besar bebolanya! Dipotong empat.

Cerita itu cerita ini, kami pulang diiringi hujan gerimis. Wah. Tahniah kerana bakal bertunang pada tahun hadapan. Jumpa semula dekat roundabout Taman Nong Chik sebab terlupa serahkan buku. Pulang semula ke Kulai. Ada kelapangan bulan Jun nanti, jumpa di Penang naaa..

Mendung. Menaip2. Kerja yang patut aku taip aku belum taip. Sedap juga ni tidur. Kroohh3!

*Terkejut lalu terkentut - Zizan.
*Kenapalah orang2 di fb suka share link youtube pasal Raja Lawak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...