Saturday, 16 April 2011

Updates untuk 16 April 2011


Memandangkan waktu ini aku bosan, jadi hilangkan bosan dengan main taip2 di sini. Updates! Updates!

1. Alhamdulillah, yahoo! Dapat sambung buat degree Biologi di USM Penang menjelang Jun nanti. Mesti yakin untuk belajar semula! Cabaran semakin bertambah.
2. Borang pertukaran pulang ke Sabah sudah aku hantar. Sekali dengan lampiran surat pengesahan doktor mengenai tahap kesihatan emakku. Mudah-mudahan dapat! Aamiiiinnn!
3. Hujung minggu ini sangat bosan sebab terpaksa diam-diam di Kulai! Last minutes membatalkan hasrat naik Gunung Rajah sebab esok (Ahad) ada mesyuarat Persatuan Belia Sekawan Kampung. Sebal betul! Rasanya itu sahaja peluangku untuk sampai ke Puncak Rajah dan sekarang? Punah. Trip ke Yellow-Pass & Yong Yap pun masih samar-samar sama ada dapat ikut atau tidak. Semuanya aktiviti Sabtu / Ahad punya pasal! Merepek ada program kerja hari Sabtu!
4. So kiranya waktu-waktu yang sibuk sebab hendak menyiapkan segala dokumen untuk dibawa ke USM semasa pendaftaran bermula 5 - 8 Jun 2011. Sempat berkenalan di Facebook dengan beberapa orang yang sama kursus nanti.
5. Kerja? Macam biasalah, makin banyak yang merepek2. Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang gah dengan program2nya dan pada masa yang sama menyusahkan! Tidak payah mengajar betul2, menghadaplah kerja2 merepek di tempat kerja tu. Bilik itu, bilik ini.

Ok, aku sudah penat menaip. Nurul Syuhada rambut berkarat sedang potpet2 Majalah 3. Eh, rambutnya hitam sudah. Lapar.

1 comment:

  1. cepat balik sabah..ndak sabar mo berkaraoke sama abg!

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...