Wednesday, 20 April 2011

Tips / Peringatan untuk Juruacara & Pengacara Majlis!


ini menyanyi pla ni.

Amanah menjadi seorang juruacara / pengacara sesebuah majlis; ibarat anda diberikan stereng untuk memandu sebuah bas yang penuh dengan pelancong. Para 'pelancong' @ audiens tahu akan destinasi hala tuju 'bas' tetapi mereka tidak tahu what to expect sepanjang perjalanan. Mereka cuma tahu yang 'indah-indah' dan smooth. Tahniah sekiranya anda dipilih menjadi seorang juruacara / pengacara! All the cameras & eyes are YOURS! Tapi AWAS, jangan sama sekali anda melakukan perkara-perkara berikut !

1. Menyatakan @ memberitahu audiens pada awal majlis "Saya minta maaf kerana saya KURANG BERSEDIA. Kurang sihat..bla bla bla..sakit tekak..bla..bla suara tiada..x cukup tidur..bla..bla..SAYA TERPAKSA MENGGANTI ORANG."
 - Audiens @ orang ramai hanya menjangkakan yang terbaik daripada anda. So? Try your best bebeh! Anda menjatuhkan kredibiliti anda sebelum anda mencuba. Orang yang memberikan tugas kepada anda itu sebenarnya TIDAK BUTA. Orang tahu menilai kemampuan anda. Sekiranya anda mempunyai masalah sakit tekak / suara 'tidur', orang pasti memahami keadaan anda. Jika situasi begini berlaku, tiada salahnya anda meminta digantikan. Orang atasan / ketua / penganjur pasti memahami. Kan :)

2. Tona / intonasi yang kedengaran dibuat-buat!
- Selalu berlaku dalam kalangan juruacara wanita / perempuan. Tona dan nada suara yang sengaja dilunakkan & kedengaran terlalu 'beralun'. Hilang tona semulajadi dan 'mood' BERSAHAJA TETAPI BERTENAGA'  juga terjejas. Ada yang kedengaran 'over' dan mengada-adakan nada suara. INGAT, ada audiens @ pendengar @ pemerhati yang 'penat' apabila mendengar suara juruacara yang seolah-olah mengambil terlalu banyak 'tenaga'. Tenang dan pastikan turun-naik suara sentiasa sesuai mengikut situasi. Kalau part yang mengumumkan kejutan @ pemenang sesuatu pertandingan pun dia bantai nada macam orang berpantun bermadah2..lemaslah samdol oiiii.. AWAS! Lelaki pun ada! Kalau juruacara lelaki ada yang buat begini, memang ponenlah itu.. Agak2 ya?

3. Jangan pinjam suara orang lain.
- Manusia memang suka meniru. Admit it but please, jangan 'pinjam' style suara orang lain especially meniru style mereka-mereka yang established dalam bidang ini. Kesannya? Anda akan kedengaran janggal dan sama seperti no.2 di atas - Mengada-ada. Mungkin suara anda 'kurang sedap' tetapi originaliti itu lebih penting, kan. Seperti kata Kak Gee - Fauziah Latiff idolaku - 'create your own style'. Ingat, penganjur @ pihak atasan tidak akan melantik anda sebagai pengemudi sesebuah majlis jika suara anda tidak sedap. Suara yang 'sedap' @ lunak itu satu bonus; jika tidak, kemahiran bermain dengan nada dan intonasi akan membantu anda untuk mengatasi kekurangan rasa sedap suara anda. Be yourself :)

4. Tidak bersedia / tiada teks / catatan / cue cards.
- Sehebat mana pun anda, MENYEDIAKAN TEKS / CUE CARDS untuk mengemudi sesebuah majlis itu adalah AMAT penting. Sama ada anda menjadi bidan terjun @ juruacara asal yang dipilih / diupah, pastikan ada teks. Teks penting untuk membimbing anda supaya tidak hanyut @ 'termerepek' yang akan menyebabkan anda kelihatan 'bodoh'. Dalam majlis-majlis yang tidak formal pun (seperti majlis sambutan hari lahir) sekurang2nya anda mesti ada catatan @ contengan sebagai garis asas. Ingat, MANUSIA ITU SALAH SATU SIFAT SEMULAJADINYA IALAH? MUDAH LUPA. Orang yang telah berpuluh tahun @ cari makan dengan bidang ini pun boleh buat silap, inikan pula saya atau mungkin anda yang mungkin baru diberi kepercayaan. Sekiranya anda telah biasa @ otai dalam bidang ini, jangan pandang mudah tentang teks. TIADA RUGINYA anda menyediakan teks. Jika tiba2 anda pengsan @ kecemasan dipertengahan majlis, teks anda itu menjadi amat berguna untuk si pengganti anda! TEKS PENGACARAAN / CUE CARDS + JURUACARA = PELAKON + SKRIP.

5. Kebersihan & keceriaan penampilan.
- Semua orang sukakan kebersihan. Menjadi juruacara majlis bermakna semua mata akan bertumpu kepada anda. Penampilan dan perawakan mesti diambil berat. Pastikan tiada cili @ daun sup melekat di celah gigi. Mutiara kuning penghias mata tu please rajin2lah cek. Tiada salahnya anda membawa sekeping cermin kecil untuk memeriksa mana2 bahagian yang patut. Bagi lelaki, pastikan bulu2 di kepala (rambut) dan di bahagian muka dijaga rapi. Minimakan cela @ kecacatan pada wajah. Dapatkan khidmat nasihat mereka yang pakar - jurusolek @ dentist @ stylist dan sesiapa sahaja yang boleh membantu anda tampil lebih menarik - JIKA MAMPU, APA SALAHNYA? Jika sebaliknya, ikut apa yang terdaya. Simplysiti ada jawabnya. *Hype! Kahkahkah!

6. Ego!
- Biasalah tu, biasanya manusia ni tidak suka dikritik. So? Untuk meminimumkan % membuat kesilapan semasa majlis, banyak baiknya jika kita meminta bantuan / merujuk dengan rakan2 @ mereka yang lebih senior dan berpengalaman terutamanya dalam aspek bahasa. Kadangkala kita ini terlalu advance - habis diselongkarnya @ terkeluar semua perkataan2 bombastik zaman2 Za'ba. Tidak salah menggunakan perkataan yang canggih2 ni tetapi mesti diingat siapa audiens kita? Level / tahap pemikiran mereka? Jika majlis itu ialah 'MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN UNTUK PENDUDUK-PENDUDUK ORANG ASLI KAMPUNG XYZ', xkan la sesuai hendak menggunakan perkataan-perkataan / istilah yang biasa digunakan dalam majlis ilmiah. MINTA AJAR / PENDAPAT daripada mereka yang lebih senior. Insya Allah, ada ganjarannya. Merendah diri itu akan mengangkat darjat dan martabat berlipat kali ganda. Berguru. Jangan hanya mengharap bacaan daripada buku. Kelak sesat macam? Ya, H.A.N.T.U.

7. Jangan Syok Sendiri.
- Syok sendiri maksudnya anda tidak mempedulikan reaksi audiens / penonton / tetamu. Kadangkala, suasana yang agak mendatar perlu 'diubah'. Cuba nyatakan sesuatu yang ada kaitan dengan majlis @ audiens. Ini boleh dilakukan apabila audiens mula kelihatan resah / gelisah setelah sesi ucapan yang berjela. Kalau majlis hiburan yang menyanyi2 pun orang akan bosan andai persembahan kurang menarik, inikan pula majlis formal @ rasmi yang 'membunuh'. So, be smart dan pandai2lah. Latihan, pengalaman dan pemerhatian yang berterusan akan menjadi pedoman buat kita. Pernah terasa kecil hati @ seperti tidak dipedulikan oleh audiens? Haha, tepuk kepala, cuba ingat. 

Aku malas mau menaip panjang2. So aku ringkaskanlah.

8. Jangan mengesip gula2 @ menyimpan gula getah dalam mulut semasa anda sedang mengacarakan majlis. Hodoh okay! Macam samseng negro punya style!
9. Senyum mengikut keadaan. Percayalah, semua orang sukakan senyuman tapi jangan senyum meleret2, senyum sekilas sudah cukup utk jadi lebih menarik.
10. Kawalan mikrofon. Ada orang yang bersuara nyaring dan ada yang mempunyai suara jenis tenggelam / deeper tone. So, agak2 @ pandai2lah kawal jarak mikrofon. Sama ada akan jadi bingit atau tidak jelas sebutan anda!
11. Ya, sebut tentang SEBUTAN. Pernah dengar mereka yang bercakap seperti 'mengunyah' perkataan? Sedangkan FARA FAUZANA sendiri pun adakalanya bercakap seperti kurang jelas semasa mengacarakan / menghoskan RANCANGAN MELODI. Bercakap terlalu cepat dan sebutan setiap patah perkataan kurang jelas. Walaupun  itu rancangan hiburan bersifat santai tetapi penyampaian sebutan mesti jelas.

BELAJAR dan SENTIASA BELAJAR. Sehebat mana pun kita, setiap kali mendapat amanah / tugasan..tidak kira khidmat percuma @ mendapat bayaran, belajarlah daripada kesilapan dan pengalaman. Hormati senior-senior anda @ orang lama. Ambil apa2 yang baik daripada mereka. Improvisekan. Buat kerja dengan senang hati. Jangan mudah melatah @ emo @ sentap dengan teguran. Ambil positif dan tidak salah jika anda nyatakan pendapat @ pendirian anda. Yang BENAR MESTI MENANG, bukan?

*Suara pengacara yang sedap didengar - Ahmad Tarmimi Siregar. Zaman mudanya dulu selalu menghoskan rancangan-rangcangan di RTM.
*Suara latar iklan yang high in quality - Ramly Abu Bakar (ingat lagi iklan Cornetto dulu2?)

5 comments:

  1. Jazakallah...tips yang sangat berguna, tahun ini saya kene jadik MC mesy PIBG kat sekolah, owwhhh, tersangat nervous!!!

    ReplyDelete
  2. Tahniah!

    Tips yang sangat berguna untuk juruacara / pengacara majlis.

    Terima kasih.

    Wassalam.

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...