Wednesday, 23 February 2011

Terkini


Bulan Februari hampir berakhir. Aku tunggu berita gembira dalam tempoh seminggu lagi. Oh, apakah itu? 

Awal Februari sempat ikut group SOS ke Gunung Korbu dan Gunung Gayong di Hutan Lipur Ulu Kinta, Perak. Memang hardcore. Kejung satu badan. Penat tu 4-5 hari jugaklah baru habis. Yang hairannya sampai sekarang tulang kaki bahagian tapak tepi (dalam) macam sakit-sakit sampai sekarang. Mungkin kesan terlampau lama berjalan masa trekking. 

Kerja memang x pandai habis. Terus terang, bosan dengan suasana yang sama. Betul kali cakap lecturer dulu (lupa nama), kalau kerja kita ni, paling lama pun sebaik2nya 5 tahun, selepas lima tahun mostly orang akan jadi statik, pegun, zon selesa, performance tidak up - sebab suasana sama. 

Ular peliharaan di Sabah- si Georgie sudah mati. Kesian. Pening kali dengan perangai orang di rumah yang terlebih meriah.


Bilakah aku dapat jumpa Fauziah Latiff artis kesayanganku. Hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...