Wednesday, 17 November 2010

Stesen Petronas Kota Tinggi - Desaru


sempat lagi snap! snap!

Kali ini, buat sedikit review mengenai sebuah stesen minyak Petronas yang mungkin agak popular dalam kalangan pengunjung-pengunjung pantai & laut sekitar Kota Tinggi. Stesennya bersaiz agak kecil berbanding stesen-stesen minyak yang terdapat di kawasan bandar but still ada ATM.  So kira oklah kan. Kalau-kalau terdesak perlukan duit tunai, bolehlah singgah di sini.

Selalunya, stesen minyak ini agak meriah pada hujung minggu. Ini kerana ia menjadi tempat berkumpul @ gathering point @ melunaskan hajat sebelum menyambung perjalanan. Terletak di persimpangan ke Desaru / Tanjung Balau dan kalau jalan terus dari jalan besar tu,boleh terus menuju ke Gugusan Felda Adela / Tunggal dan hujung lagi terus ke Sungai Rengit, Teluk Ramunia, Pengerang dan lain-lain. So, kalau sesiapa yang letih dan mahu berehat seketika, bolehlah singgah beli air / qada hajat / solat di surau stesen minyak ini. Makanan ringan dan keperluan2 asas ada dijual (samalah kan seperti stesen minyak yang lain). Di hadapan stesen minyak ni juga terdapat papan2 tanda yang menunjukkan arah resort2 @ chalet2 yg terdapat di kawasan pantai Kota Tinggi. Amat membantu khususnya kepada mereka yang baru pertama kali sampai di sini.

Kemudahan surau juga ada disediakan. Suraunya memang kecil. Maksimum dua orang jemaah untuk menunaikan kewajipan pada satu-satu masa. Persinggahan baru-baru ini menyaksikan surau ini telah diperindah bahagian dalamannya. Terima kasih kepada pihak pengurusan yang prihatin dalam soal ini.

pili wudhu



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...