Saturday, 6 November 2010

Sabtu yang biasa


Otak agak berserabut dengan keadaan rumah yang bersepah. Kelmarin sudah membasuh tandas. Bilik dan ruang tamu lagi menanti untuk dikerjakan. Tahniah! Ruang tamu sudah dikemas lewat petang tadi. Pagi tadi sempat bermalas-malas atas tilam sebelum pergi mandi pukul 9.30. Lapar. Aku ke warung. Makan nasi lemak dan minum teh tarik. Wah, tuan warung a.k.a Tok Ketua bagi makan free. Maybe sebab aku sedang menolong beliau itu dalam kerja-kerja menyiapkan profil kampung. Kalau begitu, tunggu sehingga selesai kerja-kerja menaip barulah singgah ke warungnya lagi. Segan pula makan free nih.

Selepas makan, lebih kurang dalam pukul 11.00 pagi, singgah ke rumah Ijam. Tengok budak-budak tu menghadap internet (kecil2 sudah pandai berFacebook!) dan ada juga yang main PS2. Nah, aku ambil kesempatan join main PS2 wrestling. KALAH! Manalah aku  tahu fungsi butang2 joystick tu! Last dulu main PS2 masa tahun 2006 tinggal serumah dengan kawan-kawan bujang. Tu pun dalam 4-5 kali sahaja. Seronok juga.

Pukul 12.00 tengah hari, aku keluar ke Pekan Nanas. Teringat hendak membeli raket tenis. Pergi ke ATM Public Bank yang teruk tidak dapat keluarkan duit. Bermasaalah punya ATM Public Bank! Terpaksa pusing lagi ke Maybank kemudian barulah dapat masuk ke kedai sukan. Mula-mula berkira-kira untuk membeli raket Wilson Hammer berwarna kuning. Kemudian tuan kedai abang Cina tu tunjukkan satu raket jenama Prince. Raket terpakai. Dijual dengan harga RM50 sahaja. Setelah membelek-belek raket tersebut dan berkalkulasi serta keperluan raket yang tidak seberapa, aku membuat keputusan untuk membeli raket terpakai itu sahaja. Dapat save banyak daripada bajet asal RM200.00. Dapat beli satu tiub bola tenis dan tiga gelung grip untuk raket tenis dan raket badminton. Sukanya.


Petang tadi pukul 3.45, sempat pergi rewang @ kerja kahwin di rumah Ismalia (bekas murid). Kakaknya akan melangsungkan perkahwinan pada hari esok. Sampai sahaja di sana, hujan turun. Pakcik-pakcik dan wak-wak yang ngomong Jowo sedang menghiris-hiris daging lembu. Aku pun turut serta. Sempat makan kuih dan makan nasi. Kerja pun hampir selesai. Minggu ni (esok) ada dua majlis kahwin serentak dalam kampung ini. Terbahagi-bahagi orang-orang kampung ni untuk pergi membantu persiapan kedua-dua kerja kahwin tu.

Malam nanti ada latihan silat. Belajar 14 jenis langkah GEWAJO untuk persembahan 20hb November nanti. Ahh..dalam hati mahu pergi tengok wayang. Hmm. Ada lagi tu malam ni orang berkaraoke di rumah pengantin. Ada request konon menyuruh aku menyanyi. Haha. Yahoo..bersemangat mahu pergi kursus Isnin nanti. Yeaayyy..dapat mandi di kolam renang! Sebelum pergi kursus, kenalah menyiapkan kerja-kerja menaip sijil. Syukur piala sudah ditempah. Tinggal ambil sahaja pada 11hb November nanti.

*Ada orang ajak aku sekereta masa pergi kursus Isnin nanti. Haha. Terima kasih. 
Saya lebih suka berdikari.

1 comment:

  1. bro..kt mn bl raket 2nd tu???

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...