Monday, 22 November 2010

Perhimpunan Gerak Wajadiri Johor (GEWAJO), Pontian.


 
Tarikh : 20hb November 2010.
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi.
Tempat : Stadium Mini, Pontian.

Tahniah! Telah berlangsung dengan jayanya seperti butiran di atas. Seramai 14 orang peserta dari Kg Sri Gunung Pulai di bawah Perguruan Seni Silat Sayong, telah mengambil bahagian. 

Cuaca agak mendung pada mulanya. Raptai dimulakan. Masih ramai kumpulan peserta daripada perguruan lain yang belum tiba. Kami yang terawal. Aku sakit perut. Aduhai perut. Semasa raptai, nasib baik sempat berlari ke tandas. Lega.
cerahnya aku..
Dimaklumkan, seramai lebih kurang 450 orang yang telah mengambil bahagian kali ini. Selanjutnya akan diadakan di peringkat negeri bertempat di Stadium Larkin, Johor Bahru. Jangkaan pada awal Januari 2011. Ramai adik-adik Taekwando yang belum dapat menguasai langkah GEWAJO. Tidak mengapa, boleh belajar lagi. Seronok! Oh, juga ada persembahan daripada Kumpulan Silat Sunda Rajawali dan Kumpulan Silat Akar Sepuluh. Best. Persembahan adik-adik Cina Taekwando pun ada.


Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Haji Joharuddin bin Samiun, Penolong Pegawai Daerah Pontian. Mengikut aturcara, selesai pada pukul 3.00 petang tetapi pada pukul 10.30 semua sudah berjalan. Habis. So dapatlah pulang awal. Muka ku bertambah gelap walaupun tidaklah berpanas sangat.

peserta dari Benut.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...