Tuesday, 2 November 2010

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009 Kulaijaya, Johor


Tradisi - Anugerah untuk pretasi tahun sebelumnya akan dibuat pada tahun berikutnya.
Blazer yg dibawa sia2 tidak pakai sebab dalam dewan ni PANAS! Cair bedak murahku! Haha. Gelapnya aku!
Thanks to Diana yg sudi ambilkan gambar!
Alhamdulillah dan syukur atas anugerah perkhidmatan ini. Majlis penyampaian sijil telah selamat berlangsung siang tadi, pukul 2.00 petang bertempat di Dewan Suluh Bestari, SMK Senai, Kulaijaya Johor. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Baharom bin Ali, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaiaya, Johor.

Aku meminta kebenaran untuk keluar awal dari sekolah iaitu pada pukul 11.30 pagi. Pulang ke rumah untuk mandi dan menukar baju lain kerana baju yang dipakai daripada pagi tadi sudah berbau masyamm. Bersiap punya bersiap..hampir pukul 1.00 petang juga baru aku bertolak dari rumah. Sudahnya, sampai ke dewan tu pada pukul 1.30 petang. Nasib baik sempat mendaftar. APA?! DIKENAKANAN BAYARAN??

Aku jadi panik 30% apabila perlu membayar RM10.00 kepada petugas di kaunter pendaftaran penerima anugerah. Aku tidak membawa duit yang cukup! Haha. Rupa-rupanya bayaran tu adalah untuk bayaran gambar yang akan diberikan kelak kepada penerima. Seorang cikgu sekolah menengah bernama Encik Azizin bin Ibrahim dari SMK Tunku Abdul Rahman Putra telah bermurah hati meminjamkan aku duit. Duit dalam dompet cuma ada RM3 sahaja ketika itu! Haha. Belum sempat cucuk duit di ATM. Nah, aku berjanji akan membayar semula duit tersebut kepada Cikgu Azizin walaupun beliau mengatakan "tak ape".. Malu juga. Terima kasih! Masih ramai orang yang baik dan pemurah di muka bumi ini. Jasamu dikenang!

Majlis berjalan lancar. Suasana disulami dengan bunyi muzik gamelan / cak lempong. Serupa dengan istiadat hari konvokesyen. Oh ya, aku juga sempat menyapa beberapa orang rakan lain. Cik Rokiah binti Abu Bakar @  Cik Kiah, orang kuat Majlis Guru Perpustakaan dan Media Daerah Kulaijaya. Woww..salute. Padanlah dengan beliau yang suka bersuara dan tampil ke hadapan. Kak Kiah bah tuuu..!

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku singgah di ATM CIMB Senai, cucuk duit - masukkan dalam sampul dan singgah di SMK Tunku Abdul Rahman Putra - meminta pertolongan kerani di pejabat untuk menyerahkan sampul berisi duit yang aku pinjam daripada Cikgu Azizin tadi. Alhamdulillah, terbayar hutang duit; hutang budi juga yang dibawa mati.

Sampai Gunung, terus masuk ke sekolah. Bersama-sama Kak Tiny membuat sedikit sebanyak persiapan untuk Hari Sains Peringkat Sekolah pada hari esok. Moga semua berjalan lancar.

'Melewati hari-hari kini dengan penuh erti..bersama bangkitnya, mentari..'
- Di Garis Ini - Gee.

2 comments:

  1. yay. arman.tahniah! so proud of u bro :)

    ReplyDelete
  2. tq kak..sukses utk smua hendaknya..

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...