Thursday, 11 November 2010

Kursus Literasi dan Numerasi (LINUS) Tahun 2 Siri 8/2010 Negeri Johor



Tarikh   : 08-10 November 2010.
Tempat : Pelangi Balau Resort, Kota Tinggi Johor.

Syukur, berjaya juga aku menghadirkan diri untuk kursus ini setelah insiden kemalangan yang menimpa.

Aku bertolak lebih kurang pukul 2.00 petang. Paginya ke tempat kerja seperti biasa untuk menyiapkan tugas2 selaku AJK Sijil dan Hadiah. Selepas pukul 1 petang, aku pulang ke rumah untuk menyiapkan barang2 keperluan semasa berkursus. Singgah di Kulai untuk urusan menempah hadiah sempena Hari Anugerah Cemerlang dan singgah hendak mengambil duit (batalkan niat sebab rasa kurang perlu ketika itu).

Pendaftaran kursus bermula pada pukul 2.30 petang - 4.30 petang. Aku bertolak sendirian dengan memandu kereta. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah sepanjang pemanduan lebih kurang 2 jam ke tempat kursus. Hampir pukul 5.00 petang barulah aku sampai. Cuaca mendung dan kadang kala gerimis.

Pelangi Balau Resort terletak di Tanjung Balau, lebih kurang 45 minit dari Bandar Kota Tinggi (tidak ingat berapa km sebenarnya). Pertama kali menjejakkan kaki ke sini ialah pada bulan September 2006 bersama warga rombongan tempat bertugas.

kawasan perumahan baharu ala2 mahal reka bentuknya

rupa bentuk bilik2 standard di Pelangi Balau Resort
Baik, sebaik sampai aku terus ke kaunter pendaftaran @ reception counter. Menulis nama dalam borang yang telah disediakan. Bilik 223. Nampaknya rakan sebilik dan sekursus sudah sampai awal.

Aku menuju ke bilik. Rakan sebilik bernama Adly. Baru mula bertugas pada Januari tahun ini. Setelah memperkenalkan diri, aku kembali semula ke kereta. Mengambil barang2 - bilik - kemas barang - mandi - buat jamak. Pukul 7.30 mlm, kami pergi ka kafeteria untuk makan malam. Malamnya ada taklimat. Ada lebih kurang 150? orang peserta. Ucapan-ucapan daripada para pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Biasa-biasa sahaja. Minum malam, balik bilik, berbual2 dengan roomate then tidur.

semasa ceramah..curi2 ambil..
Esoknya 09 Nov 2010, kami dipecahkan. Team BM dalam bilik @ dewan sebelah manakala team Maths di dewan utama. Sesi ceramah berjalan lancar dan baik. Rakan-rakan kursus kebanyakannya ramah-tamah kecuali ada beberapa orang yang mahal senyuman. Mungkin mulut ada anak alien keluar meronta2 kalau terpaksa membalas senyumanku. Petangnya, aku bersama Kak Fidah & Azliza (rakan satu kumpulan) keluar ke Bandar Penawar mencari cenderahati untuk diberikan kepada para penceramah @ Fasilinus. Sempat mengutip wang sebanyak RM2 daripada setiap peserta kursus. Kami membeli tuala. Sempat singgah di kedai yang menjual peralatan komputer. Semangat! Lucu pun ada.

mujur ada kedai ini tmpt membeli cenderahati

Deretan rumah kedai..depan sikit tu ialah Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) yg bersetentang dengan SM Sains Kota Tinggi..juga berhampiran dengan SM Agama Kota Tinggi..
Pulang sahaja daripada membeli cenderamata, aku bergegas ke bilik - menyalin baju dan terjun ke kolam renang yang ada di resort ini. Sekejap sahaja. Dalam 15-20 minit, aku kembali semula ke bilik. Bersiap, makan malam dan masuk ke bilik ceramah. Malamnya ceramah berjalan seperti biasa.

10 Nov 2010, paginya masing2 bersiap mengemas beg dan barang2, segera memasukkan barang ke dalam kereta sebab telah dimaklumkan bahawa ada kumpulan seterusnya yang akan berkursus dan menggunakan bilik2 resort. Pagi itu still ada ceramah berkaitan tajuk 'Saringan' dan Pengurusan Bilik Darjah. Pukul 12 tengah hari, kami bergabung semula di dewan utama untuk majlis penutupan. Aku diberi peluang untuk berucap selaku penghulu peserta kursus. Yayyy..sangat nervous, malu dan tersasul juga. Saya sudah mencuba yang terbaik! Bersemangat juga ketika berucap. Ada pantun segera di tengah2 ucapan . Haha sudah lupa.

Makan tengah hari, berbual2 dan bertukar2 nombor telefon dengan rakan-rakan kursus.

Penat tetapi seronok. Paling penting, tugas baharu menanti pada tahun 2011. Oh in-house training juga perlu dijalankan. Ahh..
 
selamat tinggal, Pelangi Balau Resort.. :)
 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...