Thursday, 4 November 2010

Hari ini dan semalam


Kepenatan & keletihan walaupun kurang aktiviti fizikal sepanjang hari-hari bekerja. Buat macam-macam kerja dalam satu masa menyebabkan otak menjadi tepu.

Siang tadi selesai sudah program Hari Sains peringkat sekolah. Sempat berbincang mengenai urusan sijil & piala Hari Anugerah Cemerlang. Syukur, piala sudah ditempah petang tadi dan barang-barang untuk membuat sijil pun sudah dibeli. Minggu ini hampir setiap petang aku keluar ke Bandar Kulai. Huh. Bosannya melalui perjalanan pergi - balik.
Kelmarin keluar ke bandar, sempat refill gas lighter yang kehabisan. Rupa-rupanya ada dua kali free refill. Itu amoi tidak cakap awal-awal! Cis dia! Cari pembalut hadiah di Tesco Kulai tapi tiada yang bercorak bunga-bungaan. Habis. Terpaksa ke toko buku. 

Benci dengan lembu-lembu yang selalu memblocking jalan raya. Dasar. Tekan hon kuat-kuat pun tiada respon. Tadi ada lagi lembu yang buat hal - sengaja lambat-lambat melintas. Kena hamun.

Esok Jumaat, cuti sempena raya kel'ss. Aku mahu kemas rumah dan urus kain-kain dalam bakul ini. Tiga minggu tidak berlipat.

Nampaknya batal program ke Gunung Belumut. Insya Allah, next time.

Esok petang bercadang ke kedai sukan untuk membeli raket tenis yang akan dibawa pulang ke Sandakan. Rumah bersepah, sakit mata. Esok ja dikemas.

Yeaaayyyy..!!! Isnin - Rabu outstation lagi! Pelangi Balau Beach Resort!!! Siap2 baju renang!


3 comments:

  1. Short entry for a lot of activities! Tak pe tak jadi ke Belumut, boleh plan tahun depan! Aku nak masukkan dalam plan tahun depan jugak!

    ReplyDelete
  2. hoi..ke mana ko joe siap ada resort2 lagi ni?

    ReplyDelete
  3. @small hiker : ya, mudah2an apa yg dirancang dpt dilaksanakan.

    @ndra_Gaga : kursus BM tahun dua tu di Kota Tinggi. goodbye tmpt kerja...lapang yung. ada lagi poolnya. siap2 duyung.

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...