Friday, 5 November 2010

17 hari lagi


Hari ini hari Jumaat. Cuti umum sempena Deepavali. Dapat berehat dan bermalas-malasan di rumah. Apa yang aku buat..? Cuci tandas yang sedang berlumut sana-sini. Lenguh tangan menyental lantai. Kasut sukan yang kotor bertanah sejak naik Ledang tempoh hari; baru hari ini berbasuh. Haha. Rajin.

Malam ini ada perjumpaan dengan Tok Ketua Kg. Katanya mahu minta tolong tengok & taip bahan-bahan berkenaan maklumat profil kampung. Hendak dibukukan segala macam maklumat.

Lapar. Ada longgokan kain yang menanti untuk dilipat.



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...