Sunday, 7 November 2010

Dunia terhenti seketika


Tidak tahu apa yang patut aku gambarkan perasaan saat ini. Mata tidak dapat lelap.

Sekarang jam menunjukkan pukul 2.56 pagi bersamaan 07hb November 2010. Lebih kurang satu setengah jam yang lalu, aku masih berada di Hospital Temenggung Sri Maharaja Tun Ibrahim, Kulaijaya Johor.

Semuanya bermula apabila selesai latihan silat pada pukul 11.00 malam tadi, aku kehausan. Lantas mengambil keputusan untuk pergi ke warung di kampung sebelah untuk membeli minuman berais. Sempat membeli 10 cucuk sate ayam. Cuaca hujan gerimis dan jalan raya agak basah. Selesai, aku pun menuju ke kereta. Hendak membuat pusingan U @ U-turn. Nampak ada kereta, tunggu lagi then nampak sebuah motosikal dari arah belakang. Aku congak motosikal tu agak jauh..aku pun memusing stereng..BUMMMMMMMM!!!!

Depan mataku penunggang motosikal tu merempuh bahagian kanan hadapan sisi kereta. Ya Allah..PANIK KAGET TERGAMAM!!! Penunggang motosikal tu terpusing terlentang di atas jalan raya ala2 sommersault!!! Ya Tuhan..! Aku terlibat dalam kemalangan!!! Berhenti dunia ni seketika.

Orang ramai yang ada di warung tadi terus meluru. Ya Allah..aku menekup pipi. Orang ramai mengerumuni penunggang motosikal yang kelihatan tidak bergerak di atas jalan raya. TAKUT! Aku kaget. Seorang pakcik mengarahkan aku supaya mengalihkan kereta  yang berada di tengah-tengah jalan. Aku melihat bahagian kereta yang kena rempuhan tadi. Kemek besi di bahagian atas tayar hadapan sebelah kanan but kereta still boleh bergerak. Selesai sahaja, aku terus pergi melihat mangsa yang telah dialihkan ke tepi kedai runcit yang bersebelahan dengan warung tadi. Aku paling takut kalau lelaki tu mati @ berdarah @ putus @ apa2 yang serius.

Aku menggamit tangan abang Osman yang kebetulan satu kampung dan berada di situ ketika itu. Nasib baik lelaki penunggang tu masih sedar dan mengerang2. Sakit di bahagian kakinya. Mungkin patah? Aku memang panik. Rasa macam mahu menangis tapi air mata pun tiada. Sah2lah aku ketakutan! (Rasa macam aku buat karangan kes kemalangan!)

Orang ramai mengangkat lelaki tu ke tempat duduk belakang keretaku. Ya ampun, aku kini mesti menghantar lelaki tu ke hospital yang jaraknya lebih kurang 20 kilometer. Tanpa berlengah aku segera melarikan kereta di atas permukaan jalan yang basah. Sempat bertanyakan nama dan meminta maaf sangat2. AKU YANG BERSALAH. Namanya Yazid. Responnya baik. Eh, tahu pula dia aku ni cikgu..? Dalam sakit-sakit pun sempat dia mendengar orang di warung tadi panggil aku cikgu.

Tiba dipertengahan jalan, si Yazid tadi tiada suara. Aku memanggil namanya "Yazid! Yazid! Yazid!!!" Takutnya aku saat ini!! Sungguh!! Segera aku menelefon Tok Ketua Kampung. Menjelaskan perkara sebenar. Akan datang ke hospital tu katanya. Lega sedikit. Ya Tuhan..!

Sampai di hospital, beberapa attendan terus mengangkat Yazid ke dalam. Nasib baik dia sudah sedar kembali. Aku menunggu di luar. Sempat meminta dompetnya untuk tujuan pendaftaran di kaunter. Eh, warga Indonesia..? Tapi slangnya..? Tiada MyKadnya! Yang ada cuma Kartu Republik Indonesia, lesen memandu L dan P. Kasihan. Ya Allah..semuanya salahku..

Semasa menunggu di luar, ada cikgu rakan sejawat yang sama-sama menjaga UPSR dua bulan lepas. Menceritakan perkara yang sebenar. Beliau pula menghantar anak yang demam untuk mendapatkan rawatan. Selang 10 minit aku berpaling ke belakang, ternampak Cikgu Mohidi. Ahhhh..rupa2nya isteri Tok Ketua sudah memaklumkan kejadian itu. Berbual-bual. Tidak lama kemudian, Tok Ketua dan Abang Rostam sampai. Aku memang cemas masa ni. Terlupa pada sate ayam dan horlicks ais yang ada di dalam kereta. Hilang rasa kantuk dan lapar. Lebih kurang sejam setengah menunggu di luar, aku masuk ke dalam untuk mendapatkan telefon si Yazid. Berusaha untuk menghubungi sesiapa yang ada kaitan dengannya. I guess dia tiada kelurga di sini since dia orang Indonesia. Rupa2nya dia berada dalam bilik x-ray. Aku keluar semula. Selang 15 minit, dia sudha pun berada di luar bilik x-ray. Syukur, tiada yang serius. No patah..just bahagian lutut kiri yang merempuh kereta tu agak bengkak dan lebam2. Syukur. Tok Ketua masuk ke dalam berbual-bual bersamanya. Jururawat membenarkan si Yazid pulang. Dapat MC. Oh kerjanya di "Ladang Sawit IOI Swee Lam?"

Kawannya yang bernama Usup aku telefon (nombor terakhir yang muncul di telefonnya). On the way ke hospital, katanya. Si Yazid (umurnya 23 tahun) sudahpun berada di ruang menunggu. Menggigil kesejukan. Kasihan. Aku mendapatkan kerusi roda. Kebetulan ibu bapa, adik beradik dan kawannya si Usup tu sampai. Baiknya pakcik tu. Ingatkan habislah aku kena ganyang. Ada sesi torture lagi daripada pakcik tu "dia ni keluar tak pandai bagitahu nak ke mana-mana". Aku meminta maaf yang amat sangat. Membayarkan bil hospital RM50. Sempat ku selitkan dua not RM50 di tangannya. Ibunya menolak tetapi apalah sangat jumlah itu dengan kesakitan yang dia rasai berbanding aku. Motosikalnya lagi rosak.

Atas nasihat Tok Ketua and the gang, tidak perlulah aku buat claim insuran kerana prosedur rumit. Aku mengambil keputusan untuk menanggung kos membaiki keretaku dan motosikal si Yazid. Paling penting dia selamat.

Esok aku terpaksalah ke Tampoi untuk membaiki stereng kereta yang sudah lari alignmentnya. Senget. Tayar rasanya. Bahagian kemek akan diketuk kemudian. Motosikal yang rosak mesti dibaiki. Mujurlah kedai telefon sebelah warung tadi sudi menyimpan motosikal tersebut di dalam premisnya. Esok pagi akan menjenguk untuk dibaiki.

Pengalaman ini sangat berharga dan harapanku cukuplah sekali ini aku mengalaminya. Isnin ni pula hendak pergi berkursus. Harap-harap esok sempatlah siap. Ketuk bahagian yang kemek itu kemudian sahaja diuruskan. Apapun, syukur tiada kecederaan teruk. Biarlah rugi sedikit asalkan nyawa orang selamat.

Aku mahu menangis sekarang. Inilah namanya ujian lagi..

3 comments:

  1. achmieyz=clap2(tepuki2)...kagum dgn reponsibiliti anda..tahniah!seram juga aku dgar critamu ni tadi man..tp bagusla yg penting suma selamat...ok juga masi peranakan mu kan man??ehhehe

    ReplyDelete
  2. Itulah dia kemalangan... memang tak berbau! Glad to hear that everyhting is okay!

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...