Monday, 1 November 2010

Bengkel Gerak Wajadiri Johor (GEWAJO) 31hb Okt 2010



Bengkel secara teori dan amali ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Daerah Pontian. Atas jemputan dan ajakan Encik Norhisham (Jurulatih Seni Silat Sayong Kg. Sri Gunung Pulai), aku bersama dua orang lagi iaitu Hafiz dan Amirah telah hadir ke Hotel Pontian bagi menyertai bengkel tersebut. Alangkah bertuahnya! Tanpa yuran..dapat berbengkel di hotel..makan pun sedap..dapat sijil..dapat bergambar-gambar dan paling penting? Dapat ILMU serta KEMAHIRAN. Bermula daripada pukul 9 pagi - 3 petang, kami berbengkel secara amali. Ada 14 jenis gerak seni pertahanan diri yang perlu dikuasai. Gerak seni pertahanan diri ini akan dipersembahkan pada 20hb November di Padang Bandar Pontian. Perlu mencari 1000 orang lagi bagi mempersembahkan gerak seni wajadiri yang sama. Sakit badan! Panas! Keliru! Pening-pening lalat!


bersama peserta2 kawasan Pekan Nanas & Gunung Pulai
Bengkel ini disertai lebih kurang 40 orang peserta yang datang daripada pelbagai cabang @ kumpulan seni pertahanan diri sekitar daerah Pontian. Ada Persatuan Silat Cekak Hanafi, Persatuan Taekwando GTF, Persatuan Silat Pahlawan dan sebagainya. Memang letih. Belajar langkah-langkah asas yang baharu. Adoi..berlatih di ruang lapang bahagian atas hotel. Nasib baik kaki tidak melepuh sebab terpaksa memijak di atas lantai mozek yang panas (bayangkan  matahari panas sekitar pukul 2 - 3 petang. Enjoy!)

Ada dibekalkan CD berupa rakaman kesemua 14 jenis gerak langkah. CD tersebut perlu digunakan untuk ulangkaji sendiri di rumah. Insya Allah dalam latihan silat mingguan pada hari Sabtu nanti, kami akan mengulangkaji semula gerak langkah tersebut. Ahh..semangat untuk menunggu 20hb November nanti. Seronok. Macam-macam aktiviti sekarang. Rugi kalau masa lapang dibiarkan begitu sahaja. I'll explore more!

*22hb Nov terbang ke Sabah. Yahuuuuuu...!!!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...